15 April 2018

T.H.R.E.E - T.H.R.E.E

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum aku lupa untuk buat post ni, better di kelapangan yang aku ada, aku gunakan sepenuhnya.


Hari ni, Ahad 15.04.2018 merupakan hari kelahiran aku yang ke-33. Syukur Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan. Bertambah setahun lagi usia ku... 

Apa yang aku harapkan diusia sebegini???
  • Career? - Alhamdulillah  
  • Assets? So far kereta. Rumah soon. InshaAllah
  • Kebahagiaan? Alhamdulillah, dengan limpahan kasih sayang, aku tak pernah rasa sunyi. Kebahagiaan aku adalah nyawa2 aku. 
  • Travel? banyak dalam bucket list aku.
  • Umrah? Alhamdulillah, 2016 tercapai jugak menjejakkan kaki disana. Semoga Allah menjemput aku dan sedara2 ku yang lain lagi. Amiin.
  • Haji? sentiasa berdoa dipermudahkan urusan
  • Jodoh? ajal maut mahupun jodoh, semua itu RAHSIA ALLAH. Di Jabbal Rahmah lagi aku berdoa, jika ada jodohku didunia ini, temukanlah aku dengannya. Jika bukan di dunia, Engkau satukanlah kami di Syurga. Amin. Berhusnuzonlah dengan takdir Allah.


Apa yang aku kehendakilah adalah sentiasa bersama orang-orang yang aku sayangi. Keluarga aku. 

Hadiah? Tak perlu, hanya doa kalian yang aku butuhkan (perlukan) Doakan yang baik-baik, Bercakap yang baik-baik. Fikir yang baik-baik. Kalau aku redha dengan takdir Allah, kalian juga perlu redha. 



First person yang wish off course la mommy.

Mak, tiada kata yang mampu terucap dan diungkapkan atas apa yang dah mak buat untuk kakcik dari hari pertama kakcik dilahirkan sampailah saat ini. Kakcik tau, kcik byk buat mak susah hati. Tapi mak jangan risau k, doa mak sentiasa ada untuk kakcik. Kakcik tau tu. Redha mak, redha kakcik. DIA nak kakcik ada untuk semua orang. It's ok mak, kalau kakcik berkorban untuk jodoh kakcik. Semua pesanan mak kakcik ingat. Sebab tu kcik x keluaq malam...mihmihmihmih... Mak jaga diri. Ya Allah, jagakan mak buat aku sementara aku masih disini. Bukanlah pintu rezeki aku di kampung halamanku. 'Rasa' itu sangat pedih dan sakit. 

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!!!!!!


Lots of  ;
F.Niesa


Reactions:

0 comments: