17 March 2017

Perjalanan Umrahku : Rehat & Beribadah

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , No comments

Assalamualaikum,

Hi semua dan maaf kelewatan entry yang berterusan akibat kekangan masa.

4.12.2016, Ahad.

Selesai Umrah pertama kami, jadual untuk hari ini adalah bebas sehingga esok pagi. So masa aku dan mak lebih dipenuhi dengan amal ibadah. Zuhur pergi masjid, kemudian balik untuk lunch. Asar ke masjid masjid semula dan stay sampai Isya'. 

Alhamdulillah, aku, mak dan ngah dapat tempat solat yang direct dengan Kaabah. Dan selalunya kami duduk di penjuru Yamani. Selesai solat fardu, masa aku banyak dihabiskan dengan membaca Al-Quran, solat taubat, solat sunat dan zikir disamping melihat manusia membuat tawaf dari aras 2. Subhanallah Maha Suci Allah. Betapa indahnya perancangan DIA. 

Tahukah kita, dengan melihat kaabah sahaja pun dah dapat pahala, apatah lagi amalan-amalan lain. 

Tak ke toilet ka? Wuduk tak terbatal ker? Toilet dah la jauh.. Alhamdulillah, sepanjang berada di sana dan sepanjang keberadaan aku dekat masjidilharam, 4 kali sahaja aku ke toilet. Setiap kali aku ambil wuduk, aku akan memanjatkan doa pada DIA supaya DIA memelihara wuduk aku sehingga aku selesaikan ibadah-ibadah aku. Sehingga aku sampai balik hotel. Yang empat kali itu pun sebab aku menemani mom, selesai ziarah, terus ke masjid sebab dah tak balik hotel dah, dan 2 kali sebab membuang air kecil.

Itulah yang selalu aku niatkan dalam hati dan sepanjang berada di Madinah dan Mekah juga aku berdoa supaya haid aku tak datang sepanjang aku berada di Tanah Suci supaya aku dapat menjalankan ibadah dengan lancar. 

Seronok berada di dalam masjid. Tak terasa lama. Dengan rezeki yang murah, kejap-kejab orang sedekahkan tasbih, bun yang berintikan kurma, capati bersama buah zaiton, dan biskut-biskut yang sentiasa akan ada sedekahnya. 

On the way balik hotel, ada sahaja hamba Allah yang hulurkan roti. Besar. Boleh makan 3 4 orang. Alhamdulillah, rezeki Allah Taala.


Begitulah jadual jika selesai menunaikan umrah. 1x umrah, 1 hari rehat. Bila nak pergi niat dekat miqat, masa itu baru akan keluar ziarah.

Ok sampai sini dulu. sambung di next entry k


Lots of ;
F.Niesa

Reactions:

0 comments: