17 March 2017

Perjalanan Umrahku : Miqat di Ja'ranah, Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Ziarah ke Mina, dan Arafah

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , , , No comments

05.12.2016, Isnin.

Hari ini selesai solat Subuh, kami semua berkumpul di depan hotel untuk ziarah dan ke Ja'ranah untuk niat ihram. Jemaah lelaki perlu bawa persalinan umrah dan yang perempuan bersiap dengan pakaian umrah. Ramai sangat di depan hotel sebab ramai yang akan keluar ziarah juga hari ini. 

Tempat pertama yang dikunjungi adalah ke Jabal Tsur. Jabal Thur pula adalah bukit yg didaki oleh Rasulullah saw bersama-sama Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra ( أبو بكر الصديق ) ketika menyelamatkan diri drpd ancaman orang2 Quraisy Mekah ketika berhijrah ke Madinah. Di situ, terdapat sebuah gua dipanggil Gua Thur, tempat di mana Rasulullah saw & Saidina Abu Bakar ra bersembunyi selama 3 hari. Ketika orang2 Quraisy mendekati gua tersebut, seekor burung merpati lantas membuat sarang & bertelur di dlmnya & seekor labah-labah membuat sarang menutupi pintu gua bagi mengaburi pandangan orang2 Quraisy tersebut tanpa mengesyaki apa2.


Sebuah kisah lagi berkenaan Gua Thur ini ialah pengorbanan Saidina Abu Bakar ra dipatuk ular berbisa di kakinya ketika Rasulullah saw sedang tidur di pangkuan Saidina Abu Bakar ra. Selepas Rasulluah saw mengetahui hal tersebut, Baginda saw menyapukan luka patukan ular dgn air liur Baginda saw & Saidina Abu Bakar ra pun sembuh.

Selepas itu kami ke Jabal Rahmah pula, Di sini kami diberikan masa selama 45 minit So adalah chance nak daki Jabal Rahmah ni,  Jabal Rahmah, tempat Rasulullah saw menyampaikan khutbah terakhirnya. Di sinilah juga tempat pertemuan Nabi Adam as & Hawa setelah Nabi Adam as diturunkan di Sri Lanka & Hawa di Jeddah dari syurga. Kerana itulah tempat ini terkenal dengan mereka yang ingin mendptkan jodoh dgn berdoa.




Kemudian kami terus ke Mina dan Arafah bagi mengunjungi tempat-tempat dimana pada musim haji semua jemaah-jemaah haji berkumpul pada 9 Zulhijjah setiap tahun. Disinilah juga tempat melontar. 




Dan akhir sekali kami ke Ja'ranah untuk niat ihram.

Tamat sudah entry untuk hari yang ke-6


Lots of ;
F.Niesa

Reactions:

0 comments: