20 February 2017

Perjalanan Umrahku : Umrah Pertamaku

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Maaf atas kelewatan entry berhubung perjalanan umrah aku. 

Related image

4.12.2016, Ahad.
0030 pagi, aku dan para jemaah lain yang ingin membuat umrah pada awal pagi bergerak menuju ke Masjidilharam. dalam keadaan diri masing-masing yang kepenatan, kami semua berdoa agar diberikan kekuatan fizikal dan mental bagi menyelesaikan umrah kami. Ketika dalam perjalanan, masing-masing bertalbiah sehinggalah nampak Kaabah.

Debaran sewaktu dalam perjalanan hanya DIA yang tahu. Sambil mengucap syukur kehadrat Ilahi, aku akhirnya berada didalam masjidilharam. Tapi masih belum nampak kaabah. Hati ini meronta-ronda untuk melihat Kaabah. Kami memasuki pintu bernomber 89. Sejuk. Dalam masjid air-corn 24 hours. Jalan terus menuju ke dalam masjid. Turun eskalator. Karungan kasit disimpan ditempat yang InshaAllah selamat. 

Subhanallah......Maha suci Allah. Syukur Alhamdulillah. Ya Robb, terima kasih kerana menjadikan aku sebagai tetamuMu. Aku dapat melihat KiblatMu Ya Allah. Ianya berada didepan mata aku sekarang ini. Mata aku tidak terlepas dari melihat Kaabah. MashaAllah. Subhanallah. 

Image result for doa ketika melihat kaabah
Kami berkumpul betul-betul menghadap kaabah dan berdoa. Kemudian mutawwif memberikan taklimat sebelum masing-masing melaksanakan tawaf. Dan perlu berkumpul di lampu hijau iaitu di rukun yamani sebaik selesai solat sunat tawaf. 

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, kami menuju ke garisan rukun hajarul aswad bagi memulakan tawaf sebanyak 7 kali pusingan dan berniat.

Niat tawaf umrah:- 
Sahaja aku tawaf  umrah, tujuh pusingan dengan sempurna kerana Allah Taala.

Setiap pusingan tawaf, aku akan baca seperti dibawah:-

Gambar ihsan dr En. Google
Setiap pusingan juga aku selang-seli dengan doa buat diri aku. Aku selang-seli zikir dan doa. Ustaz juga ada memberitahu, tak semestinya kita ikut bacaan doa dalam buku panduan. Kalau kita ada doa sendiri, just baca saja. Islam ini memudahkan.

Selesai 7 pusingan, aku bergerak ke belakang makam Nabi Ibrahim untuk solat sunat tawaf. 

Image result for lafaz niat tawaf umrah

Ketika menuju ke Makam Ibrahim pun ada doa. Dan untuk makluman korang juga. aku ambik daripada Utube dimana Ustaz Samsuri kongsikan doa ringkas dan murah. Let's check it out this link. 


Selesai solat sunat tawaf, disunatkan untuk minum air zam-zam. Bacaan yang perlu dibaca sebelum minum air zam-zam sambil berdiri menghadap kaabah adalah ;-

Image result for doa minum air zam zam

Selesai minum, kami menuju ke tempat Sa'ie. Kalau tak salah aku ada 3 tingkat untuk sa'ie. Level dataran (ground floor), first floor dan 2nd floor. Aku selalu sa'ie di tingkat pertama. Sepperti juga tawaf, sa'ie ada 7 ulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Bermula dari Safa dan berakhir di Marwah. Untuk sa'ie, aku baca buku panduan dan diselang-seli dengan doa aku sendiri. Jarak antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dalam 450 meter.

Selesai menjalani ibadah sa'ie, kami bergunting dan bertahallul. Untuk perempuan, pastikan menjaga aurat, Korang akan tengok macam-macam ragam nanti apabila tiba untuk bergunting. Dan juga pastikan anda selesaikan dahulu bergunting untuk diri sendiri sebelum membantu orang lain bergunting.

Alhamdulillah, umrah pertama aku selesai pada jam 3.30 pagi.

Berada di tanah suci menuntut kita semua untuk menjaga hati, perbuatan, lidah serta mata kita. Jika terlintas apa-apa yang kurang baik, cepat-cepat beristighfar. Di sana cash and carry Allah bagi. Ianya juga sebagai 1 latihan kepada diri kita samada menjadi umat yang baik. Tepuk dada tanya iman.

Oklah, sampai disini dahulu entry berkaitan umrah pertama aku. Entry-entry seterusnya aku akan kongsikan tempat-tempat yang kami ziarah.

Wallahualam. Assalamualaikum.

Lots of ;
F.Niesa

03 February 2017

Perjalanan Umrahku : Ziarah Wida' dan Mekah

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Entry ni sayu lebih untuk aku, especially masa untuk meninggalkan Madinah.

3.12.2016, Sabtu.
Seperti yang dikongsi dalam entry sebelum ni, kami diminta untuk buat wida' raudhah selepas waktu subuh, kerana selesai solat zuhur kami perlu bergerak terus ke Bir Ali. Ikut sunat, wida' perlu dilakukan sebelum naik kenderaan. Tapi depends on situasi kita ketika itu.

Semalam aku dah habis packing luggage aku dengan mom. Sayu lain macam pagi ni, sangat sekejap kami berada di bumi Madinah. 3hari 3 malam berlalu tanpa disedari. Melangkah menuju ke Masjid Nabawi bagi menunaikan solat Subuh terakhir. Seperti biasa, alhamdulillah aku, mom dan nunah sentiasa berada di saff depan.

Selesai solat subuh, aku, mom, nunah, makcik, ngah nah, tok chu dan tok terus ke raudhah dari luar. Setelah berjalan hampir 10minit, dari kejauhan aku dah nampak kubah hijau. Allahuakhbar... Ya Rasulullah, aku merinduimu. Semoga aku dijemput lagi ke haramain supaya kita dapat bertemu lagi Ya Rasulullah.

Ziarah wida' ialah ziarah selamat tinggal dimana ia sebagai menghormati kunjungan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Adalah lebih afdal melakukan ziarah wida' di Raudhah, tapi memandangkan masa yang kami ada hanya berdoa di hadapan kubah hijau masjid berhampiran perkarangan perkuburan Baqi. 

Usai tiba di perkarangan kubah hijau, hati masing masing sayu, kami semua berdoa secara berasingan. Masing-masing tidak dapat menahan sebak mengalir air mata. Aku tenang didalam sebak sambil berdoa mengucapkan salam dan selamat tinggal kepada Nabi Muhammad saw. Lama kubah hijau itu ditenung dengan perasaan yang tak dapat aku luahkan, Ya Rasulullah, aku sedang  berada dekat dengan jasadmu. Dekat dengan makammu. Semoga kita bertemu lagi Ya Rasulullah.. Insyaallah..

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam." ~ Doa Ziarah Wida'

Kami kembali ke hotel untuk sarapan kemudian naik ke bilik untuk last minute packing. Pukul 11 pagi kami diminta untuk pastikan luggage berada di luar bilik masing-masing untuk urusan loading barang masuk ke dalam bus. Makan tengahari pula disediakan awal iaitu pada jam 11.30 pagi. Bilik aku turun untuk makan tengahari, kemudian terus ke Masjid Nabawi dengan berpakaian ihram untuk solat Zuhur dan terus berangkat ke Bir Ali setelah selesai mendirikan jamak taqdim Zuhur/Asar. Sebelum keluar ke Masjid Nabawi kami telah bersiap mandi sunat ihram. 
Alhamdulillah, Kami berangkat pada jam 2.30pm dan menuju ke Bir Ali untuk niat miqat. Allah s.w.t mempermudahkan perjalanan para jemaah sewaktu bertolak meninggalkan hotel dan kota Madinah untuk menuju ke Mekah. Hati merasa sayu, Semua menyepi melayan perasaan dan juga terselit perasaan berdebar untuk sampai ke Tanah Haram Mekah..


Selamat tinggal Rasullullah SAW,Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, dan keluarga Rasulullah SAW. Selamat tinggal kota Madinah Al Munawwarah. Insyaallah..aku akan datang lagi.

Perjalanan dari Madinah menuju ke Bir Ali tidak lah jauh. Hanya 20 minit sahaja. Dekat Bir Ali ni ada masjid yang cantik. Di sini kita perlu solat sunat ihram 2 rakaat. Kemudian naik atas bus, sebelum bus bergerak, kita WAJIB untuk niat ihram umrah;

نَوَيْتُ العُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهاَ ِللهِ تَعاَلىَ


Nawaitul-'Umrota wa-ahromtu biha Lillahi Ta'ala 
Sahaja aku niat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.

Maka, bila kita dah lafazkan niat ihram umrah, kita dah pun tertakluk pada larangan2 yang boleh membatalkan umrah sesorang itu dan dia perlu bayar dam kerana melanggar larangan tersebut.

So, bermulah praktikal dimana apa yang kita pelajari sewaktu dikursus akan mula dipraktikkan. Sepanjang perjalanan juga kita perlu talbiyah sehinggalah kita nampak kaabah.


Perjalanan menuju ke Mekah mengambil masa kurang lebih 7 jam menggunakan lebuhraya Madinah-Mekah. 2 kali berhenti di RnR. SubhanAllah, dapat melihat matahari dan bulan yang cantik. Aku tetiba memikirkan bagaimana hari akhirat nanti, sedangkan cahaya haba yang dipancarkan sekarang ini pun cukup membuatkan kita semua terasa bahangnya. Bayangkanlah hanya sejengkal dari kepala saja. Allahuakbar.

Kami tiba di Mekah pada jam 9.30 malam. 1st thing yang aku nampak adalah jam besar. Subhanallah. Aku sampai tanyakan pada mom, "tu kan jam yang kita tengok dalam tv, kan mak?" "Ye. betul la tu dah dekat dah..." Allahuakbar...

Sepanjang perjalanan aku tak berhenti berdoa supaya darah period aku tak keluar disamping talbiyah. Dan aku juga berdoa, agar urusan umrah aku dipermudahkan, diberikan kekuatan rohani dan jasmani, kesihatan yang baik, Allah menerima aku sebagai tetamuNya, janganlah menghilangkan kaabah dari pandanganku.

Takut. Sapa yang tak takut bila datang ke tanah suci. Kita tak tau sebaik mana kita di muka bumi Allah. Sejahat mana kita. Cukupkah amalan kita di dunia dan akhirat. Sempurnakah solat kita? Puasa dah habis ganti ke? Hubungan sesama manusia ok ke tak? Hubungan kita dengan DIA? Adakah kita diterima sebagai tetamuNya. Semua persoaalan ini sebenarnya bermain diminda aku. Dan setiap kali solat, aku berdoa bersungguh-sungguh supaya semua amalan amal ibadah aku diterima Allah. Mohon supaya keaiban diri dilindungi Allah. Solat taubat. Solat hajat. Semua itu aku buat. Tapi aku tak pasti samada cukup atau pun tidak.

I'm not a good muslim, Not a good daughter to my mom. Not a good sister to my sibling. And not a good friend.
Kawan-kawan, sentiasalah kita berprasangka baik dengan Allah. He always by our side. Dialah Maha Mendengar. Maha Besar. Maha Pengampun. Tunduklah padaNya. #note2myself

Jika yang ada kemampuan lebih, cepat-cepatlah niat untuk datang buat umrah dan rasa nikmat kemanisannya. Bagi yang tak mampu, berdoalah supaya dipermudahkkan dan dijemput menjadi tetamu Allah. InshaAllah, dengan kuasa doa kita yang ikhlas rendah diri itu, Allah akan bukakan jalan buat hambaNya. Tak semua orang yang mampu untuk membuat umrah dijemput olehNya dan tak semua orang yang tak mampu tidak akan dijemput olehNya untuk mengerjakan umrah.

Berbalik pada perkongsian aku, kami tiba di hotel pada jam 10.30 malam. Penat. Tapi kami decide untuk menjalankan umrah pada malam hari supaya kami boleh keluar dari ihram.

Sampai disini dulu entry aku. Next entry aku akan kongsikan perjalanan umrah pertama aku.

Thanks kerana sudi luangkan masa untuk baca entry yang panjang berjela ni.

Wallahualam. Assalamualaikum w.b.t


Lots of ;
F.Niesa