30 January 2017

Perjalanan Umrahku : Sokaifat Bani Saedah, Pasar Madinah & Raudhah

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , No comments

Bismillahhirrahmanirrahim.

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan menyambung catatan perjalanan ke Haramain.

2.12.2016, Jumaat.
Hari kedua di Madinah, kami menziarahi sekitar Masjid Nabawi. Hari Jumaat hari yang pendek untuk keluar ziarah luar dari Madinah. Makanya kami ziarah sekitar masjid sahaja. Pada jam 8.00 pagi kami telah berkumpul di lobi. Ada yang follow, ada yang buat program sendiri. Harini kira bebas.

Ustaz Nasbir membawa kami ke tempat para-para sahabat bermesyuarat untuk memilih khalifah pertama sebagai pengganti Rasulullah, iaitu Bani Sayyidah. 

Sokaifat Bani Saedah nama tempat ini, tempat dimana pernah digunakan sebagai lokasi penentuan pemimpin baru selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Lokasi di mana Abu Bakar kemudian terpilih menjadi Khalifah. Sokaifat sendiri merupakan tempat berkumpulnya bagi sebuah suku atau lokasi yang dijadikan tempat bermusyawarah. Tiap suku punya saqifah masing - masing. 

Kenapa taman ini dinamakan Sokaifat Bani Saedah? Kerana Sokaifat ini milik Bani Saedah. Sokaifat yang dulunya berupa tempat mirip aula, kini berbentuk taman yang dijadikan sebagai tempat bersejarah oleh Pemerintah Kerajaan Arab Saudi. Sokaifat pernah digunakan Rasulullah solat.

Selepas penerangan ringkas dari Ustaz Nasbir, kami meneruskan perjalanan Pasar Madinah atau lebih dikenali dengan pasar yahudi. Kenapa pasar yahudi? Ini kerana berkaitan dengan ekonomi pada zaman dahulu dimana ianya dikuasai oleh kaum yahudi sebelum kedatangan Islam ke Madinah. Korang leh check-out dekat website2 yang sediakan info ini yer.


Hampir 2 jam berjalan sekitar taman dan pasar, aku, nunah dan sayyidah decide untuk tawaf masjid nabawi. Melihat Raudhah dari luar. Mom dan Mak Ngah Nah balik ke hotel untuk rehat sementara menunggu waktu untuk solat Jumaat. Dan disebabkan itulah Museum Asma UlHusna dan Perkuburan Baqi tak buka. Tapi untuk perempuan memang tak boleh masuk Hanya sekadar melihat dari pagar sahaja. Memandang hari Jumaat, makanya kami tak berpeluang lah nak tengok. 

Jalan-jalan sekitar masjid. SubhanAllah, nampak clear tali hijau dan bukti bahawa jasad orang yang ingin mencuri jasah Rasulullah di atas bumbung Raudhah. MasyaAllah. Allahuakbar. 

Hampir sejam kami lewati masjid. Para pekerja pun sibuk menghampar carpet-carpet merah sebagai persediaan solat Jumaat.

Selesai solat Jumaat, acara shopping plak Baru nak mencari barang-barang untuk dibawa pulang.

Aku lupa nak notice kan dalam entry2 sebelum ni. Disetiap waktu, untuk pertama kalinya, di tanah haramain nilah aku baru first time solat jenazah Setiap waktu pasti akan ada solat jenazah. Diorang tak der wirid dan bacaan doa seperti kita. Semua tu sendiri-sendiri lakukan. 

Sebelah malammya selepas Isya', kami ada taklimat berhubung perjalanan ke Mekah keesokkan harinya. Kami diminta untuk solat wida' raudhah selepas solat subuh kerana selepas Zuhur kami akan bergerak ke Bir Ali pada jam 2.30 petang. 

Untuk coretan hari seterusnya aku akan sambung di next entry. BTW thanks sebab sudi terus membaca entry ke haramain aku ini. 

Wallahualam. Assalamualaikum.

Lots of ;
F.Niesa

26 January 2017

Perjalanan Umrahku : Masjid Nabawi, Masjid Quba, Pasar Kurma, Bukit Uhud, Makam Saidina Hamzah R.A, Bukit Pemanah & Raudhah

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , , , , , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan menyambung catatan perjalananku ke Haramain. Subhanallah.

1.12.2016, Khamis.
Malam pertama di Madinah sangat meninggal moment terindah. U know what???? Semalam sebelum masing-masing beredar ke bilik, Ustaz telah memberitahu untuk berkumpul di lobi pada jam 4.45 pagi. Dalam jam 5.00 pagi akan bergerak ke masjid untuk solat subuh. Pada malam tersebut aku belum sempat setkan jam waktu Madinah. Sedar-sedar dah 8.30 pagi waktu Malaysia. Dalam sedar tak sedar aku pun conggak kata pukul 4.30 pagi waktu Madinah. Terus aku melompat dari katil untuk siap2 ke masjid. Tak mandi, hanya basuh muka dan gosok gigi sahaja sebab merasakan kami sebilik telah lewat. Keluar dari bilik dan terus menuju ke lift. Senyap sunyi ruang legar antara bilik2. Sesudah tiba di lobi, tiada jemaah lain. Yang ada hanya receptionist hotel. Panik memasing sebab dah kena tinggal. 

Decide untuk terus ke masjid, mungkin yang lain dah pergi. Sebaik ingin melangkat keluar, aku tergerak hati nak tengok jam di dinding lobi. Subhanallah, Jam baru menunjukkan hampir pukul 4.00 pagi. Kami bukannya lewat, tapi paling awal. Masing-masing senyum tak terkata apa-apa.

Perjalanan aku dari hotel ke masjid tidaklah jauh. Dalam 150m sahaja. Kedinginan udaranya sangat menyamankan. Angin agak kuat. Seperti tak percaya bahawa aku akhirnya dapat menjejakkan kaki di masjid Nabawi, antara masjid yang wajib dikunjungi. Tak tergambar perasaan aku saat ini. Melihat sendiri keindahan masjid yang selama ini hanya dilihat di kaca tv, google dan sebagainya. Tapi kali ini, aku melihat dengan 2 pancainderaku sendiri. Ya Allah....



PerancanganNya mengatasi segalanya. DIA bagi lebih daripada itu. Aku, mom dan Nunah dapat datang masjid awal. Awal diantara yang terawal. Dapat solat di saff paling hadapan. Mengaji. Solat sunat. 4.30 pagi azan pertama. Dan menghayati kelunakkan azan dari Masjid Nabawi, tiba-tiba terdengar seperti sesustu yang terbukak dari atas. Dan udara lebih segar. Untuk pertama kalinya aku dapat menyaksikan sendiri bumbung masjid terbuka. Kami solat berbumbungkan langit. Subhanallah. Allahuakhbar. Terima kasih Allah kerana memudahkan perjalanan aku ke haramain dan terasa seperti diterima di tanah suci ini. 

Selesai solat subuh, terus breakfast. Kami semua diminta berkumpul semula di lobi pada jam 7.30 pagi kerana mahu ke Masjid Quba untuk solat Dhuha di sana. Kelebihan solat di Masjid Quba adalah, jika kita solat disini pahalanya bersamaan dengan 1x umrah. Maha Suci Allah. 



Solat di masjid Quba memiliki keutamaan. Menurut Hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif radhiyallahu ‘anhum, ia pernah mendengar Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.( HR. Tirmizi no. 298. Ibnu Majah no. 1401)



Selepas selesai solat di Masjid Quba, kami dibawa ke Pasar / Ladang Kurma, Bukit Uhud  atau Jabal Uhud, Ziarah Makam Saidina Hamzah R.A dan Bukit Pemanah. Aku berpeluang memanjat bukit memanah. 


Bukit Uhud ataupun Jabal Uhud adalah gunung yang sangat mencintai dan dicintai Nabi Muhammad SAW. Uhud, yang bererti 'penyendiri', setiap tahun diziarahi Nabi. Kebiasaan ini kemudian diteruskan oleh para Khalifah setelah Nabi wafat. Kini Jabal Uhud menjadi salah satu tujuan utama ziarah para jemaah haji dan umrah. (cer baca balik sirah Rasulullah).


Selesai berdoa
Makam Saidina Hamzah yang terletak di kaki Bukit Uhud, iaitu kawasan bersejarah yang dulunya pernah mencatatkan sejarah hitam kekalahan pertama tentera Islam di tangan tentera kafir Qurais. Makam Saidina Hamzah yang disemadikan bersama 69 pejuang Islam yang mati syahid dalam perang Uhud yang mengakibatkan Nabi Muhammad SAW turut cedera dan terpaksa bersembunyi di salah sebuah gua di bukit tersebut.

Saidina Hamzah dibunuh oleh orang suruhan Hindun Utbah bernama Wahsyi AlHabsyi bagi membalas dendam terhadap kematian bapanya dalam perang Badar sebelum itu. Setelah dibunuh, Hindun mengeluarkan jantung Saidina Hamzah dan dimakan.

Makam Saidina Hamzah hanya diletakkan batu-batu bukit berwarna hitam dan di sekitar makam itu pula menempatkan para shuhada yang lain tanpa batu nisan. Kawasan perkuburan itu yang terletak di sebelah masjid dikelilingi oleh pagar besi berlatarbelakangkan Bukit Uhud.

Makam Saidina Hamzah R.A yang paling panjang dihujung sekali.
Bagi mereka yang menziarahi kawasan itu akan dapat melihat bukit kecil berhampiran makam tersebut iaitu kawasan di mana pasukan pemanah berkuda melanggar arahan Nabi Muhammad SAW apabila turun dari kedudukan mereka untuk merebut harta rampasan perang sebelum tentera Qurais menyerang balas.
Bukit Pemanah

Memandang JabalUhud
Kami diberikan masa selama 1 jam untuk melawati sekitar Jabal Uhud, menziarahi makan Saidina Hamzah dan Bukit Pemanah. Untuk makluman korang, kat Haramain ni terkenal dengan jus nya yang fresh dan aiskrim yang sangat sedap. Tersangatlah rugi kalau para jemaah tidak merasai kenikmatan ini. Dan disekitar Jabal Uhud banyak terdapat lori-lori yang menjual aiskrim. Hanya 2 riyal saja. Aku seperti biasa, coklat dan vanila. Nyaman sangat bila dimakan dibawah terik matahari. 


Perancangan untuk ke Masjid kiblatain tak kesampaian kerana kesuntukkan waktu. Setiap waktu solat pasti akan solat di Masjid Nabawi. Pahalanya berganda-ganda. Kami terus balik ke hotel untuk bersiap-siap ke masjid bagi mendirikan solat Zuhur. Lunch selepas solat. Aktiviti kami bebas sehingga lepas isya. Seaktu didalam bas, Ustaz telah memaklumkan bahawa selesai makan malam iaitu selepas Isya, kami diminta untuk berkumpul di lobi pada jam 8.30 malam untuk ziarah Raudah. 

Aku, mom dan Nunah, selesai solat terus balik ke hotel untuk makan tengahari. Selesai makan, kami balik ke bilik untuk rehat. Di sini, Subuh pada jam 5.30 pagi, Zuhur 12.00 tengahari, Asar 3.18 petang, Maghrib 5 lebih dan Isya 7 lebih. 

Aku dan nunah, setiap lepas Asar akan balik ke hotel kerana aku akan membasuh baju dan mandi. Mom aku tinggalkan di masjid  dari Asar hingga ke Isya. Aku dan nunah akan iqtikaf di masjid dari Maghrib hingga Isya' sahaja. 

Selesai makan malam, kami semua berkumpul di lobi seperti yang dijanjikan. Pengalaman aku diraudah, subhanallah, ramainya manusia. Bertolak-tolak. MashaAllah. Sedih. Sayu. Kenapa perlu berkelakuan begitu sedangkan kita umat Islam ingin ziarah Rasulullah. Perlu hormat tempat Baginda.

Raudhah seperti yang kita ketahui ialah tempat bersemadinya jasad Baginda Rasulullah. Ia juga merupakan antara 10 tempat yang doanya dimakbulkan Allah s.w.t. Raudhah merupakan taman Syurga. Di antara rumahku dan mimbarku terletak sebuah raudhah (taman) dari taman-taman surga. Mimbarku ada di atas telagaku (HR Abu Hurairah RA). Subhanallah, raudhah antara tempat yang sangat padat orang. Jika kita nak tahu samada kita sudah berada di ruang raudhah, kita boleh tengok warna carpetnya. Carpet raudhah hanya berwarna hijau. Dan Solat diruang raudhah adalah sunat. Jika masa kita ziarah raudhah dan tak berupaya untuk solat, cukup hanya kita berdoa dan menyampaikan salam pada baginda Rasulullah s.w.t. Jika ada rezeki solat, syukur Alhamdulillah. Tapi diingatkan, jangan sesekali menyakiti orang lain. Di kawasan raudhah pulak tu. Tak dapat solat takpa, tapi dapat solat syukur alhamdulillah,


Aku, mom dan nunah pulang ke hotel 11.30 malam. Hujan renyai-renyai. MashaAllah, merasai hujan dibumi Madinah. 

Oklah. selesai sudah catatan di hari kedua aku. Jumpa di next entry. Aku akan story pasal Pasar Yahudi, Bani Sayidah dan Raudhah dari luar masjid Nabawi.

Wallahualam. Assalamualaikum.

Lots of ;
F.Niesa

23 January 2017

Perjalanan Umrahku : KLIA-Madinah Al-Munawarah

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , , , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk entry kali ini dan seterusnya adalah bermulalah perjalanan aku ke haramain.

29.11.2016, Selasa, 9.15 malam, aku dan mom mendirikan solat sunat musafir. Usai selesai kami saling bermaaf-maafan untuk kesekian-kalinya dan aku mohon supaya dosa-dosa aku dengan mom diampunkan dan aku mohon pada mom supaya ibadah aku diterima oleh Allah s.w.t. Kami keluar daripada rumah pada jam 9.30 malam terus ke rumah pakcik dan berkumpul disana. 

Seperti yang dijanjikan, tepat 10.30 malam bus tiba diperkarangan tempat letak kereta Masjid Pajak Song. Penuh dengan sanak saudara yang menghantar kami buat kali terakhirnya. Saling bermaaf-maafan dan dipermudakan segala urusan umrah kami semua di sana. Abang long dan AB tolong uruskan bagasi aku dan mom. Bus bertolak menuju ke Padang Serai pada jam 11.00 malam. 


30.11.2016, Rabu.
Alhamdulillah, perjalanan kami sangat dipermudahkan. Kami tiba di RnR Dengkil untuk solat subuh dan breakfast pada jam 5.00 pagi. Dan bertolak semula ke KLIA pada 7.30 pagi. Pada jam 9.00 pagi kami para jemaah selamat tiba di KLIA. Flight kami ke Madinah adalah pada jam 4.30 petang. Makanya kami akan berehat di airport seharian. Di kesempatan itu juga, ramai sanak saudara yang datang menghantar kami di airport, mostly adik beradik yang stay kt KL. Kak Soraya (cousin aku) datang siap bawakan lunch untuk kami semua, 12 orang yang lain. Jazakillah..Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Mandi juga, mandi di airport. Keadaan di airport sangat meriah kerana ramai muslimin dan muslimat dari seluruh berkumpul di KLIA untuk mengejarkan umrah. MashaAllah...


Thanks to my best friend, Aishah all the way came from Cheras untuk ucapkan selamat jalan pada aku dan juga pada pakcik dawood dan makcik hawa yang tolong bawakan dia ke KLIA. Seriously memang ramai gila kat airport dengan jem lagi. Syukur ya Allah kerana kurniakan sahabat yang baik pada aku. 

Sewaktu kursus-kursus umrah, Ustaz dah remind banyak kali, ujian kita akan bermula bila-bila masa tanpa kita sedari. Contohnya dalam keadaan diri masing-masing penat, masa itu kenalah bersabar lebih. Jangan marah-marah. Kawal diri masing-masing. Perbanyakkan istighfar kepada Allah. Semua itu perlu dijaga rapi.

Untuk urusan check-in luggage para jemaah telah dimudahkan dengan bantuan daripada pihak ajensi. Penerbangan kami adalah pada jam 4.30 petang. Makanya pada 1.00 tengahari kami semua ke surau untuk solat jamak dan qasar zuhur-asar kerana pada jam 2.30 petang para jemaah perlu berkumpul untuk mendengar taklimat daripada CEO Azzuha sebelum bergerak ke pintu berlepas. Alhamdulillah, solat kami diimamkan oleh seorang hamba Allah.


Taklimat akhir telah diberikan pada waktu yang dijanjikan. Passport dan boarding pass juga turut diberikan. Kami team B adalah pakej Rayyan dibawah mutawwif Ustaz Nasbir, manakala team A under pakej Fairus, dibawah pimpinan Ustaz (astighfurllahala'zim, aku tak ingat nama dia). Selesai taklimat diberikan, kami semua bergerak ke pintu pelepasan untuk semakan passport dan juga boarding pass. Dikesempatan itu juga, saudara mara yang datang mengucapkan selamat jalan dan bermaaf-maafan buat kali terakhir.


Apa yang boleh aku katakan, timing sangat bagus. Lebih kurang 4.00 petang kami semua dah bergerak masuk ke dalam flight. Penuh flight. Semuanya menuju ke haramain. Kami berlepas dari KLIA pada pukul 5.00 petang. Syukur alhamdulillah, walaupun lewat 30 minit untuk berlepas, semuanya masih under control.


Penerbangan mengambil masa 8 jam. Bosan baq hang. No screen. Meh nak review sikit pasal flight Flynas. Flight ni actually di charted daripada Eropah kalau tak salah aku. Aku boleh katakan flight ni macam Air Asia. Sapa yang pernah naik AA, tau la macam mana. Sempit. No screen. Kerusi kecik pada AA. Kerusi dia 2-4-2. Kalau AA, 3-4-3. Seperti biasa, aku naik flight aku lena. Sebab aku tak dapat stay tepi tingkap. Makan biasa-biasa. 2x makan. Disediakan hot and cold water. Kecik dan besaq kata mcm AA la. Part yang aku suka adalah dia ada ruang solat. Aku boleh solat berdiri. Alhamdulillah. Puas sikit.

8 jam dok dalam flight. Bukak buku nota, baca sikit. Pastu lena. jaga, ronda, lena. For me, hopefully,this is my 1st and last naik this flight. BTW flight ni direct ke Madinah, so tak der la masa dan tenaga terbuang begitu saja.

Kami tiba di Medina Prince Mohammad Bin Abdulaziz Airport kurang lebih 9.15 malam (waktu Madinah), Kalau di Malaysia, korang dah nyenyak tidoq. Masa di Malaysia 2 pagi (1.12.16, Khamis). Selepas ni aku akan gunakan waktu di haramain saja. Korang boleh tambah 5 jam untuk waktu Malaysia. Airport Madinah sangat cantik. Aku tak sempat nak snap picture sebab sibuk tolong angkat luggage. Gambar ihsan dari google.com

Medina Prince Mohammad Bin Abdulaziz Airport 
Sebelum aku datang ke haramain, orang banyak menceritakan ujian sekali lagi bakal dihadapi, iaitu semasa urusan di imigresen. Ada yang kata kena tunggu sehingga 3 jam, ada juga yang kena tunggu 8 jam. Masa inilah kena sabar banyak.-banyak. Tapi syukur alhamdulillah lah, kerana semua itu aku dan jemaah lain tidak lalui, Dan nauzubillah dijauhkan oleh Allah dengan dugaan-dugaan sebegini. Beratur panjang biasa. Tapi pihak imigresen akan bukak kaunter-kaunter baru. Sentiasa berdoa agar semua urusan aku, urusan jemaah2 lain dipermudahkan. Dalam jam 10.30 malam, bus kami sedia menunggu di luar airport dan terus membawa kami ke penginapan. Jarak dari airport ke hotel rasanya tak sampai 30 minit.

Hotel yang aku menginap adalah Jawharat Al-Asima Hotel. Sebaik tiba diperkarangan hotel, kami terus diminta naik ke tingkat 2 untuk sesi taklimat seterusnya dan sesi pembahagian kunci-kunci bilik. Sebelum itu, sewaktu didalam bus, kami disediakan roti dan air mineral bekalan makan malam. Aku sebilik dengan mom dan cousin Nunah. Selesai sahaja pembahagian bilik, kami terus naik ke bilik di tingkat 8 untuk merehatkan diri.

Program akan bermula keesokkan harinya. Maaf sekali lagi, untuk gambar-gambar bilik, aku tak sempat dan tak teringat pun nak snap. Biarlah menjadi kenangan dalam diri aku sendiri. BTW just to inform, kat sana tak teringat pun nak update status FB ke, check-in sini, check-in sana, nak cari wifi ke hapa. Handphone pun aku tinggal jer kat bilik. Mostly ihsan dari cousin-cousin yang kebetulan aku ada sana. Naturally sebenarnya. Bawa handphone juga, bukan tak bawa. Tapi ntah la....

Oklah, sampai kat sini dulu untuk hari pertama di Madinah Al-Munawarah, 30.11.2016, Rabu.

Wallahualam. Assalamualaikum w.b.t

Lots of ;
F.Niesa

20 January 2017

Perjalanan Umrahku : Persiapan Diri

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , , , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Entry kali ni aku nak story and share persiapan yang perlu dibuat baik documentation, diri, rohani dan jasmani. 

Dokumentasi:-
  1. Passport Antarabangsa Malaysia yang tempoh sah lakunya TIDAK KURANG dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong. 
  2. Kad suntikan atau surat pengesahan ACYW135 daripada doktor. 
  3. EMPAT keping gambar berukuran 4CM x 6CM berlatar belakang warna PUTIH. Pakaian tidak cerah. Wanita wajib mengenakan tudung kepala gelap, manakala lelaki tidak dibenarkan memakai songkok atau menutup kepala.
  4. Untuk jemaah perempuan yang lebih 45 tahun tak perlukan mahram.
  5. Untuk perempuan dibawah 45 tahun dan masih belum berkahwin, di mana mahramnya adalah BAPA SAUDARA sebelah IBU, ini syarat2 nya;
    • Salinan sijil lahir anak saudara, dan bapa saudara, salinan sijil lahir ibu / bapa yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra (bagi membuktikan hubungan). 
    • Surat keizinan (letter of consent) dari bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN
    • Bagi ibu / bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan. 
    • Surat keizinan (letter of consent) dari adik beradik lelaki atau waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN).
    • Untuk pengesahan daripada pihak WISMA Putra, jangan risau, pihak Ajensi akan uruskan semuanya. Kita hanya urus sampai pengesahan JPN sahaja.
Cantik sangat Vaccine Card ni tau. Fix to Fly ☺

Siap ada Cop lagi.... ☺

Diri, Rohani dan Jasmani.

Untuk persiapan diri aku sendiri, aku banyakkan bertanya pada mereka-mereka yang pernah menjadi tetamu Allah sepeti mom, teman dan sedara mara aku. Selain itu aku banyak mengikuti kelas-kelas umrah yang dianjurkan oleh ajensi atau Masjid-masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal aku. Pihak ajensi aku sendiri juga ada menganjurkan kursus-kursus Umrah.


Simulasi Umrah di Masjid Kilang Lama, Kulim oleh Ustaz Hassan Razak
Mom ada bagi senaskah buku yang bertajuk Lambaian Kaabah penulisan Badariah (sorry nama penuh aku tak ingat). Buku tu menceritakan perjalanan beliau ketika dijemput menjadi tetamu Allah. So mostly banyak meninggalkan kesan dalam diri aku. Sehingga aku baca pun aku merasakan sangat kerdilnya aku ni. 

Perbanyakkan solat taubat dan solat hajat serta solat sunat. Berdoalah sesungguhnya semoga urusan Umrah dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya aku banyak membuat khilaf dalam hidup aku. Biarlah rahsia aku dan Allah. Aku hanya mampu berdoa semoga semua permintaan aku dimakbulkan Allah. Semoga Allah menutup segala keaiban diri aku.

Perkongsian daripada BFF aku, Aishah
Dari segi 'period', ikut pengiraan dan jadual, memang timing cun2 hari aku sampai Madinah. Mostly penceramah minta nasihat doktor dan untuk ajensi aku, Ust Hadi, dia tak bagi makan ubat tahan period. Seriously masa aku dengar taklimat beliau di masjid kilang lama, Kulim, moral aku down trus. Huaaaa... Sebabnya dia takut period datang secara runcit-runcit, maknanya dalam darah keluar sikit-sikit.

Mom ada bagi doa untuk tahan period. Even Ustaz pun ada kongsikan ayat ini sewaktu taklimat Umrah. Tapi make sure, baca dengan penuh keyakinan. Aku setiap kali solat akan bacakan doa ini. Dan aku juga ambil ubat tahan period selepas mendapatkan nasihat baik buruk dari Dr. Farhana iaitu Doktor panel aku sebulan sebelum aku berangkat. Apapun, pengambilan aku adalah usaha lain yang aku ambil disamping berdoa kepada Allah supaya period tak datang semasa di tanah suci.

Syukur Alhamdulillah, berkat doa aku kepadaNya, urusan Umrah aku dipermudahkan. Aku dapat solat dan mengerjakan umrah dengan sempurna. Kursus Umrah Perdana telah diadakan di Masjis Bakar Arang oleh pihak Azzuha Group Travel and Tours. Alhamdulillah kami diperkenalkan dengan mutawif dan mendapat iternary perjalanan keberangkatan kami.

Seminggu sebelum berangkat, kami menerima luggage masing-masing.


Pemilihan beg. Terima kasih Pakcik dan AB sebab tolong ambik beg

Apa yang perlu dibawa:-
  • 3 jubah hitam (termasuk baju pakai pi) 
  • 2 helai jubah putih untuk umrah (sepasang pun dah cukup)
  • 3 helai stokin
  • 3 helai sarung tangan
  • 3 helai tudung berdagu
  • 2 kasut tawaf
  • 1 kasut bertutup (pakai pi dan balik)
  • 1 selipar untuk ke masjid
  • 1 sarung kasut
  • Toiletoris
  • Tuala x payah bawa sebab hotel pun dah provide
  • 3 pasang telekung (bahagian atas sahaja)
  • 1 mini sejadah
  • Sabun basuh baju
  • 3 unit hanger
  • Ubat-ubatan
Okeylah, sampai sini dahulu entry aku untuk tajuk ini. Next entry aku akan ceritakan perjalanan aku ke haramain. InshaAllah.

Aku harap sangat dapat memberi inspirasi pada yang sudi membaca blog aku ni. Bukanlah travelog, ianya lebih pada catatan peribadi aku ke haramain.

See you next entry guys.

Assalamualaikkum.

Lots of ;
F.Niesa

19 January 2017

Perjalanan Umrahku : Detikan Pertama

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , , , , No comments

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Hmmm... Sebenarnya aku pernah post kan status dekat FB di mana aku tak tau nak mula dari mana tentang perjalanan umrah aku. Erm, totally different dengan travelog aku yang lain-lain. BTW, aku nk mohon entry2 berkaitan dengan umrah aku ni, jangan disamakan dengan entry-entry aku yang lain. Hubungan aku dengan Allah tak sama hubungan aku dengan manusia. Ok, berbalik pada posting aku dkt FB, mostly ramai yang bagi cadangan mula dengan "bila hati terdetik nak pi umrah". ☺☺☺

Ok lah, macam ni, sebelum hati aku dijentik oleh perasaan 'halus', aku seringkali diasak dengan persoalan berkaitan jodoh. Yes!!! Aku redha dan pasrah, sebab Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik buat aku dan hambaNya. Tapi aku tak faham dengan orang sekeliling. That's why juga la aku malas nak attend mana2 wedding kalau tak terpaksa. "pi la umrah. Panjat Jabal rahmah tu, minta jodoh..." Korang ingat, pi umrah tu macam pi Korea ka? Macam pi Singapore ka? Asal main redah jer ker? Dalam hati hanya DIA yang Mengetahui betapa hati aku terguris. Astaghfirullahala'zim...

2 tahun lepas, aku suarakan pada mom terasa nak pi umrah. Tapi hati aku tak betul-betul nak pi pun lagi masa tu. Aku ingat nak settlekan hutang2 lain dahulu, cthnya kereta. Bila fikir pi umrah ramai-ramai dengan adik beradik pun best jugak. Awal 2015 tanya pakcik, agak2 bila pakcik nak pi umrah. Pakcik kata nak settlekan rumah sat. Makna kata after raya 2016. Tanya abang long, bila nak pi. Dia kata nak pi 2017, sebab masa tu Masjidil Haram dijangka siap sepenuhnya construction. Kenapa aku tanya, sebabnya aku perlukan mahram. Dulu boleh tumpang mahram orang lain, tapi sekarang dah tak boleh Rasanya last masa kakak aku pi dengan mom tahun 2012 dulu.


Setahun berlalu tanpa keputusan. Aku pun apa lagi, merencanakan percutian aku bersama travel buddies, April ke Lombok, dan May ke Medan. Awal tahun 2016 aku tanya mom samada jadi ke tak umrah kita ni, tak confirm lagi kata mom aku. So saving untuk ke umrah aku gunakan dulu la untuk vacation aku yang lain. Arghh!!! aku pun time tu ingat dah tak jadi. So semakin menipis la tabunganku. 

After raya puasa, penghujung bulan August, pakcik datang rumah. Kata next week nak pi MATTA FAIR dekat PWTC. Aku kata kat mom, jom ikut sebabnya aku dah lama tak ambik cuti selepas balik dari Medan. So, ON la aku ke MATTA FAIR awal September. Sebelum tu, awal tahun pakcik aku da jugak tanya-tanyakan Ustaz yang bawa pi umrah ni. Tapi still tiada keputusan.

Makanya pada 3.9.2016 (kalau tak salah aku) berangkatlah kami sekeluarga pada hari Jumaat ke KL. Aku dengan mom tumpang pakcik sebab aku malas nak drive.

Hari yang ditunggu pun tiba, Sabtu. First time datang MATTA FAIR baq hang. Ramai gila. Tengok ler betapa ramainya rakyat Malaysia yang suka travel sana sini even keadaan kewangan Malaysia pun tak berapa nak baik. Hurmm..... BTW, ikut jadual asal, nak pi MATTA FAIR untuk survey-survey semua pakej yang ditawarkan oleh ejensi2 travel ni. At the end, jadi lain. Itulah namanya kita merancang, tapi yang tentukan sesuatu itu adalah DIA.


Sebaik menjejakkan kaki di Hall 1M, kami disambut dengan alunan lagu Kasih Padamu nyanyian Hafiz Hamidun. Sejujurnya hati aku sangat terusik dengan bait-bait lirik lagu tersebut sehingga mengalirkan air mata. Bila terdengar saja lagu tersebut berkumandang, aku rasakan betul, panggilan Ilahi semakin dekat. Perasaan halus yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Aku terus mesej Kak Ina bagi tau aku sedih dan sayu.

Habis 1 hall 1M (yang dikhaskan untuk umrah sahaja) kami jelajahi. Decide nak balik hotel then baru fikirkan mana travel ajen yang terbaik. Sebaik saja ingin melangkah turun eskaletor, seseorang datang menyapa kami semua. Cuba menarik minat kami untuk mendengar penerangan beliau. Alhamdulillah, selepas mendengarnya kami terus booked dengan ajensi tersebut. Ya Allah, hanya Engkau mengetahui perasaan aku ketika itu. Sebaik menghulurkan duit pada mom, aku terus terasa sebak (even sekarang ni pun sewaktu aku menaip, aku terasa lagi perasaan itu....) Aku dipilih menjadi tetamu Allah.

Allahuakhbar.....sesungguhnya mudah permulaan perjalanan aku ini. Engkau mencuit hati aku supaya datang ke MATTA FAIR. Permudahkan urusan pemilihan ajensi. Terima kasih Ya Allah. Dan dari hari tu, aku bertekad untuk belajar lebih keras, Memperbanyakkan solat taubat, solat hajat dan berdoa dipermudahkan segala urusan dunia akhirat aku.

Tarikh yang dipilih adalah pada 30.11.2016 - 12.12.2016. Syukur Alhamdulillah, langkah pertama telah diambil iaitu booking ajensi untuk umrah kami. Keesokkannya kami kembali ke Penang untuk selesaikan beberapa urusan dalam masa seminggu.


Nanti aku kongsi lagi k. Ni pun ambik masa dekat seminggu nak taip.


Lots of ;
F.Niesa

10 January 2017

Lambaian Kaabah 2016

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , , , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur, alhamdulillah hari ini 11/1/2017 genap sebulan aku bersama ahli keluarga aku yang lain pulang dari mengerjakan umrah. Ahli keluarga aku seramai 13 orang dimana mahram aku adalah pakcik aku, iaitu adik kepada bonda aku. 

Selain aku, bonda, pakcik, makcik (wife pkcik), yang turut serta adalah Nunah (cousin, ank pkcik), Mak wa (mak sedara), Sayidah Nafisah (cousin, ank makwa), Ngah, Kak Soraya (cousin), abg Ki (Cousin), Adik arwah tok dah, Tok Su, Tok Yam dan anak tok Yam, Ngah Maznah. 

Kami berangkat ke Madinah pada 30/11/2016 (Rabu) dan pulan ke Malaysia pada 11/12/16 (Sabtu). Kami menggunakan khidmat dari Azzuha Group Travel & Tours di mana berpangkalan di Padang Serai dan juga Bangi. 

Dijemput dan dipilih menjadi tetamu-Nya samada mengerjakan umrah mahupun haji, rukun Islam yang kelima, sangat-sangat diimpikan oleh semua umat Islam di atas muka bumi Allah ini., termasuklah aku. Allahuakhbar. Alhamdulillah.

Siapa yang tak nak pergi menjejakkan kaki ke tanah haram. Kota suci Mekah Al-Mukaramah dan Madinah Al Munawarah.? Semua itu adalah impian dan keinginan hamba-hambaNya.

Menceritakan detik-detik perjalanan umrah aku sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi pada muda mudi zaman sekarang ini. Hal ini akan aku ceritakan di next entry.


Diberi peluang olehNya menjejakkan kaki di Makkah AlMukaramah dan Madinah AlMunawarah sgt tidak aku tergambarkan oleh kata2. Hamba ini sgt hina disisiNya...YaAllah, aku bersyukur kerana Engkau memilih aku sebagai tetamuMu. Perjalanan #mencariredhaIlahi sangat2 dipermudahkan olehMu Ya Allah. Terima kasih YaRobbi kerana tidak meninggalkan aku keseorangan. Engkau sentiasa ada denganKu. Perkenankan doa2ku. PerancangMu mengatasi perancanganku....terima kasih pd yg mendoakan #fathgoingplaces#umrah2016 #perjalananumrahFKZ



Lots of ;
F.Niesa

09 January 2017

2.0.1.7 : Happy New Year

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

  

Today is the first (even dh masuk 9/1/17) blank page of 365 page book, write a good one. New year, new beginning, new chapter and new story! Hello 2017, looking forward for the adventure  Happy New Year everyone!

Ya Allah, fill my heart with your  

1/365 | 1/12 | 

#happynewyear #2017 #welcome2017 #goodbye2016 #newchapter #newyear