07 August 2016

Travelog : Samosir Island, Danau Toba

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , No comments

Day 3 :- Samosir Island, Danau Toba

Selepas breakfast, kami terus check-out dari hotel. Kami berjalan kaki menuju ke jeti untuk menaiki feri. Destinasi kami adalah ke Samosir Island atau lebih dikenali dengan Perkampungan Tomok. Dari jeti mengambil masa 20 minit untuk sampai di Samosir Island. 99.9% penduduk dekat pulau ni berketurunan batak. Christian. So pepaham jer la ek, muslim food susah nak dapat dan tak payah makan kot kat dalam pulau ni.


Sebelum ni punya cerita aku dengar, orang batak ni makan orang. Dan diingatkan kalau korang tak berhajat nak beli barang2 yang terdapat di kedai-dekai dalam pulau ni, jangan sesekali tawar menawar. Kalau hangpa betul-betul nak beli baru bargain. Otherwise better diam saja. 1 more thing, jangan kata "nanti saya datang balik". Never n never say it.


Sampai di jeti seberang, kami terus ke kawasan perkuburan sejarah meninggalan kaum suku batak. Akan ada yang bercerita like story telling berhubung sejarah pulau tersebut. Aku and the geng tak menunggu lama di pulau ini, Shopping apatah lagi. Kami tak membeli pun kerana hanya akan berbelanja di Medan saja nanti.


Hampir 2 jam berada di Samosir Island, kami bergerak ke jeti Danau Toba untuk meneruskan perjalanan kami ke Medan di mana mengambil masa 8 jam perjalanan. 

Lama wey!!!! Dan jalan tu saja yang ada. 

Berhenti lunch selepas 3-4 jam perjalanan di daerah mana aku tak berapa nak ingat. Kami juga berhenti di Patern House untuk membeli kacang tumbuk Tang Teng Tong Ting Pang Peng Pong Ping dan macam-macam lagi la sebelum meneruskan perjalanan ke Medan dimana masih berbaki 4 jam.

Kami tidur bangun. Brenti solat di masjid daerah kecil. Sambung lagi perjalanan kami sehinggalah kami tiba di Medan pada jam 5.30pm iaitu 6.30pm waktu di Malaysia.

Kami terus dibawa menuju ke kedai makan untuk dinner sebelum check-in di Madani Hotel.

Malam kami dah tak keluar. Hanya merehatkan badan yang super duper penat.

Selesai hari ke 3. Next entry aku story pasal Medan. 

Love;
F.Niesa




Reactions:

0 comments: