07 August 2016

Travelog : Medan (Istana Maimoon, Masjid Raya, Shopping)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , No comments



Day 4 : Istana Maimoon, Masjid Raya, Medan Mall, Pasar/Pajak Ikan, Toko Batik

Hari ke empat.. Sebelum tu aku story dulu pasal hotel kitaorang. Hangpa tak payah nak risau, hotel semua 3/4 star. Untuk 2 malam akhir, kami lepak Madani Hotel. Betul2 simpang 4 dekat dengan Istana Maimoon, Masjid Raya dan shopping mall. Sorry this time tak der gambar. Hilang pulak dalam simpanan aku.

Macam biasa, aktiviti kitaorang bermula lepas breakfast. Tapi harini kluaq lambat sikit. Pukul 10.00 pagi. 1st destinasi adalah ke Istana Maimoon. Kat sini ke awal. Kalau tak nanti ramai orang. Ada apa kat sini ek? 1st nak shopping, kat sini aku prefer dari pasar ikan atau dari mana-mana saja. Lagi murah. Tapi actually apa yang menariknya di sini adalah istana ni istana peninggalan raja-raja lama. Tapi generasi dia masih ada yang tinggal dalam istana tu. Cuma ruang-ruang untuk pengunjung saja boleh lewati. Ruang privasi tak dibenarkan masuk.


Kat sini kita boleh try baju-baju orang istana. Basic Rp10.000. Full pakej hanya rp60.000. Tu yang memasing tetiba transform jadi puteri sejam. 

Istana Maimoon
 

Kemudian kami ke Toko batik. Kat sini ada jual telekung dan kain pasang. Tapi bagi aku tak pi pun tak pa, sebab dekat pasar ikan nanti lagi banyak dan rambang mata. Most important murah gila nak dibandingkan dengan toko batik ni. Bayangkan kain pasang jenis yang sama, aku tanya di kedai toko tu rp270.000 tu belum less. Kalau less pun dia boleh bagi rp250.000. End up aku tak beli. Aku beli dekat pasar ikan dan dapat rp150.000 saja dekat pasar ikan. Hah!!! acaner tu?? 

Seterusnya kami ke pasar ikan. Kat sini aku shopping habis. Buah belinjau. Buah salak. Telekung untuk mak. Seterusnya kami ke Medan Mall. Kat sini yang menariknya baju2 murah. Branded. Tapi tak menarik untuk aku sebab size tak der. Kbai. sodehhhh!!!!


Last sekali kami decide patah balik semula ke Istana Maimoon untuk shopping kat sini. Lagipun aku mencari baju budak-budak. So kt istana maikoon ada semuanya. Kahkahkahkah. Mujoq Pak Darso layankan aja kitaorang ni. 

Sebelum makan malam, kami singgah untuk solat jamak dekat Masjid Raya. Masjid ni dekat dengan hotel aku. Kiranya ni masjid negeri diorang la. Sedih sikit sebab masjid negeri tak dijaga dengan baik.Di tempat wuduk boleh pulak mandi dengan buang air kecil. Haishh!!!Marah betul aku. Dan ambik kesempatannya pulak ramai. Better masjid-masjid daerah diselenggara dengan baik. 

Masjid Raya

Selesai solat, kami terus ke tempat makan. Lapaq dan letih. Menu terakhir di bumi Medan. Nasi Ayam penyet lagi. mihmihmih. dan last dinner bersama Pak Darso. Kami paksa suh makan semeja jugak. 


Lepas makan kami terus balik ke bilik untuk packing. Minta tolong Pak Darso carikan kotak dan salotep sebab aku terlupa nak bawa wey...Selalunya aku bawa, this time terlupa. 




Day 5 :- It's a wrap!!!!

After breakfast kami terus check-out. Flight pukul 12.00tghari. 1 jam perjalanan dari bandar medan nak ke Kualanamu airport. Dan international 3 jam sebelum dah kena check-in. Lagipun kami ada luggage nak kena check-in. 



IT'S A WRAP!!!!!
BACK to REALITY

Love;
F.Niesa

Reactions:

0 comments: