07 August 2016

Travelog : Brastagi & Parapat, Medan

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , No comments

Day 2 :- Pagi di Brastagi


Selamat siang!!!!
Lepas selepas breakfast, kami check-out dan bertolak ke Parapat. Untuk makluman, nak sampai Parapat mengambil masa lebih kurang 5-6 jam. Sebelum kami ke Parapat, kami berjalan-jalan dahulu di sekitar Brastagi. 




Dari hotel, kami ke Bukit Gundaling. Dari bukit ini, boleh melihat dengan jelas Gunung berapi Sinabung dan Sikayak di mana ianya masih aktif. Tapi memandangkan bukan luck kami hari ni, kami hanya dapat melihat asap-asap yang dimuntahkan dari gunung berapi ni.



Seterusnya kami singgah di pasar buah. Serius, semua buah-buah kat sini fresh-fresh belaka. Avocado murah wey. Macam beli buah rambutan kat Malaysia saja. Kalau destinasi Brastagi ni last, for sure aku borong banyak buah. Tapi malangnya tidak. So aku tak shopping buah-buah kat sini sebab aku dok ada lagi 3 hari nak redah bumi Medan ni. Beli untuk makan saja. Buah limaunya manis baq hang. Hah! sebelum aku terlepas nak inform, bik aku bagi tau sekarang.



Hangpa kalau pi Bandung ka, Medan ka, atau memana la di bumi Indonesia ni, jangan lepaskan peluang rasai jus-jus buah depa macam avocado, durian belanda semua tu. sebab fresh. Manis jus tu, dari buah tu sendiri. Tak gaduh nak buh gula dah. Dan yang penting murah. Kalau kat Malaysia, maunya RM7-RM8. Tu pun campoq ayaq pa. Dan yang pastinya aku tak minum. Kahkahkah. sebab 2 2 buah tu aku memang tak makan pun even kat Malaysia. Tapi aku order ja epal jus, markisa jus semua. 

Meluangkan masa hampir 1 jam berjalan-jalan sekitar pasar buah, kami kemudian memulakan perjalanan ke Parapat. Niat dihati ingin singgah di Strawberry farm nak petik buah ler kekununnya. Tapi sebab hujan, kami teruskan perjalanan kami. Tidoq, bangun, tidoq balik, tak sampai-sampai lagi. 

Destinasi seterusnya adalah ke Sipiso Piso Waterfall. Kat sini korang leh turun jalan-jalan kat bawah. Tapi aku malas nak hiking balik naik atas. Mihmihmih. so tengok view dari atas saja la. 



Kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Simarjarunjung. Kat sini korang boleh cuba teh halia bersama pisang goreng panas. 1 set Rp20.000. Teh halia kat sini depa panggil Banderet. Yang femesnya banderet tu. Pisang goreng panas biasa-biasa saja, Tu bagi pendapat aku la. Tapi aku order extra sebab kitaorang last makan masa di hotel. So semua dah macam lapaq gila. Nak sampai Parapat pun lama lagi. Kebetulan masa on the way ke simarjarunjung hujan lebat. Alhamdulillah kami sempat sampai di puncak. Sebaik masuk bangunan saja, hujan selebat-lebatnya bersama guruh. 

Ni ingredients yang terdapat dlm Banderet.
Actually teh halia ni sangat bagus untuk badan kita. Buang habis semua angin-angin dalam badan. rasa seperti tekak-tekak kena cuci, Rasa lapang saja lepas minum air ni. Dia ada dijual dalam bentuk sache jugak. Tapi korang kena beli masa di Patern yang jual ting tong pong segala mak nenek. Kedai tu on the way ke Parapat. 1 kotak ada 15 sache. Rp40.000 saja.

Kemudian kami singgah pula di Rumah Bolon a.k.a Istana lama. Hurm...Aku sarankan yang ada anak-anak kecik tak payah kot pergi sini. Hopefully korang faham-faham jer la ek.

Istana Lama

Untuk sampai di Parapat lagi 2 jam perjalanan. Dan sepanjang perjalanan juga kami dihidangkan dengan permandangan yang cantik. Di mana-mana juga kami pergi, semua itu adalah cantik kerana dicipta oleh Dia yang satu.


Kami tiba di Parapat pada jam 4.30pm. Kami terus ke Rumah Nikmat menikmati makan tengahari dan kemudian terus ke Hotel Danau Toba Cottage. Penat dan sangat penat dengan perjalanan yang jauh dan lama. 



Selesai hari ke-2. Next entry aku akan share sekitar Samosir Island yang terkenal dengan nama Perkampungan Tomok.

See yea...

Love;
F.Niesa

Reactions:

0 comments: