01 August 2016

Travelog : Brastagi, Medan

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , No comments

Hey hangpa!!!!
Sori tau, aku baru nak post pasai percutian aku ke Medan bulan 4/5 hari tu. Budget dengan iternary aku dah post awai2 lagi. Cuma details jer belum dari 1st day sampai last day di bumi Medan.


Day 1 :- Brastagi
Aku touch down di Kualanamu International Airport pada pukul 5.40 petang waktu Indonesia ketika itu. Kami dijemput oleh Pak Darso. anak jati Medan. Terus di bawa ke Brastagi dimana perjalanan kami mengambil masa 4-5 jam untuk sampai di puncak Brastagi. Untuk makluman korang, Brastagi ni macam Cameron Highland kita. Kawasan sejuk. Di dalam perjalanan kami singgah makan di toko yang menyediakan Nasi Ayam Penyet. Sedap. Pedaih sampai ternganga. Aku tak makan sambal dia sebab aku takut perut aku terkezut dan akan meragam tak tentu hala. Tak ke haru.



Menyusuri jalan diwaktu malam tanpa lampu jalan. Kami hanya bertemankan lampu-lampu dari kenderaan yang berada di atas jalan sahaja. Jalanraya jangan cerita. Aku dok depan ni yang sokmo terkezut beruk. Lori. Bus. Nauzubillah. Bengkang bengkok yang tajam. Fuhhh!!! Mengucap panjang wey. 

Kami berhenti singgah di Hotspring Brastagi. Ikutkan hati nak jugak mandi air panas. Tapi perut dengan tekak aku dah rasa something. Meloya tak tentu hala. Dengan bau belerang dari kolam air panas lagi membantutkan niat aku. Ikut hati dah tak nak turun dari mobil. Tapi sebab dah sampai jejauh, turun jugak. Setakat rendam kaki saja la. 

Check-in :- Hotspring Brastagi, Medan Indonesia

Kami meneruskan perjalanan hampir 2 jam untuk sampai di puncak Brastagi. Alhamdulillah, akhirnya aku dan member2 sampai dengan selamat sampai di Green Garden Hotel. 

Night View at Green Garden Hotel, Brastagi
Well, dah nama pun sebelah jer Penang-Medan, hotel tempat kami stay pun penuh dengan orang Malaysia yang 1 flight dengan aku petang tadi. Co. trip katanya. 

Selesai saja urusan check-in, aku pun masuk bilik, mandi, solat dan lepak setengah jam dekat lobi hotel. Sebabnya hanya di lobi sahaja dapat wifi. So nak tak nak, kena ler lepak sat kat situ sebab nak inform mommy yang aku dan kawan2 yang lain dah selamat tiba. 

 


Ok guys, sampai takat ni dulu na. next entry aku story plak pasai perjalanan ke Parapat, Danau Toba dan sekitar Brastagi di pagi hari.

Love'
F.Niesa

Reactions:

0 comments: