24 May 2016

Travelog :- Medan (Iternary)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , No comments

Hello guys.....
Kali ni aku nak share iternary aku dengan hangpa semua k.
BTW, flight aku delay 1 jam.

Welllll as we knowwww.... AA always delay. (hampehhhh)

Aku share jadual perjalanan aku yang dah pun diaturkan oleh private agent aku. Sekali dengan time makan yang diorang sediakan. Sebelum tu aku nak inform, beza Penang/Malaysia dengan Medan 1 jam tau. So kalau kita pukoi 2, depa baru pukoi 1. Tapi time solat sama... kalau zuhur dekat Penang pukoi 1.30pm, depa pukoi 12.30.


Dan untuk makluman, Penang dengan Medan, bersebelahan ja. Tak panas punggong pun dok dalam flight tu. Dok atas awangan hanya 20 minit. Tapi kalau campoq dengan masuk dalam flight, nak take-off segala bagai tu, sejam la jadinya. Dan imigresen form takyah isi atas flight, Turun ja flight, bus sedia menunggu. Ada yang jalan kaki kat blah atas. Aku yang keluar kot pintu belakang ni, depa sediaan bus untuk pi ke arrival hall. 

Lepas settle cop pasport semua, sebelum keluar, hangpa kena isi declaration form. 1 group 1 saja. Settle.

Day 1:- Dinner
  • Pick-up from airport jam 5.40 petang (WI)
  • Berastagi Hotspring
  • Check-in Green Garden Hotel

Day 2 :- B, L, D
  • Check-out hotel
  • Ladang Strawberry, petik buah (tak sempat. hujan)
  • Gundaling Hill. Tengok gunung berapi Sibayak dan Sinabung.
  • Pasar buah, kebuh jeruk (buah limau - tak sempat hujan)
  • Sepiso piso waterfall
  • Simarjarunjung (cuba teh halia (banderet) dan pisang goreng panas (rp20.000 per set) 
  • Istana Lama a.k.a Rumah Bolon
  • Dinner di Rumah Nikmat.
  • Check in Danau Toba Cottage Hotel
Day 3 :- B, L, D
  • Check-out
  • Perkampungan Tomok / Samosir Island via Feri
  • Back to Jetty dan otw ke Medan.
  • Patern House - shopping tang, ting, teng, tong etc
  • Check in Madani Hotel
Day 4:- B, L, D
  • Istana Maimoon
  • Masjid Raya
  • Toko Batik
  • Pajak Ikan
  • Medan Mall 
Day 5 :- B
  • Balik penang !!!!!!!!!!!!!!!! 

Ok. next entry aku kongsi actual budget aku.

Love;
F.Niesa

Reactions:

0 comments: