21 May 2016

Review : M'Adison Gilli, Gili Trawangan Lombok, Indonesia

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , No comments

#reviewbyFath

Entry kali ni aku nak kongsi dengan korang hotel / accomodation masa aku pi Lombok, iaitu di Gili Trawangan. (btw, gambar dalam enrtry ni aku yang ambik na.....)


Dekat GT aku stay di M'Adison Gilli. Macam mana aku booked? Off course la melalui Booking.Com. Well, dah nama pun dok dekat blah pulau, so rate pun rate pulau la. Semalam Rp750.000. Korang pun boleh sewa speda (basikal) dengan harga Rp35.000.  Masa aku sampai untuk check-in, kami diberikan welcome drink. Perghhh!!!!!!!!!!!! terangkat baq hang. So fresh...


Bilik superb. Toilet tip top (open air baq hang), tapi agak cuak pada mulanya. sekitar tenang tak bising2 dengan lagu-lagu. Yang paling best, setiap waktu aku leh dengar azan. Bukan senang dok tempat orang nak dengar azan macam ni selalu. Dari Henpon sendiri adalah. Subuh2, siap dengan mengaji. 

 

Breakfast pun best. Ayaq dapat 2 jenis. Hot and cold + buah + pancake/nasi goreng/roti bakar.


Swimming pool 24 hrs. Tapi lepas pukul 10.00 lampu kolan automatik tutup. Nak mandi boleh, tapi dalam gelap. 

 
 

Meh nak kongsi info daripada Booking.Com dengan korang. (gambar ni aku pinjam dari booking.com)
 
M'adison Gilli terletak di Pulau Gili Trawangan, dan menawarkan WiFi percuma di seluruh hotel. Dibina di sekitar kolam renang luaran, banglo-banglo serba lengkap ini menawarkan teres peribadi dengan buaian rajut (hammock). Kemudahan sukan air dan perkhidmatan urutan disediakan atas permintaan.

Berjarak 2 minit berjalan kaki dari Pelabuhan Gili Trawangan dan mesin ATM, M'adison Gilli berada 5 minit berjalan kaki dari tempat-tempat snorkeling di pulau ini.

Dilengkapi dengan tingkap besar, banglo-banglo kayu menyediakan bar mini, peti keselamatan di dalam bilik dan TV skrin rata dengan pemain DVD. Bilik mandi peribadi adalah separa terbuka dan dilengkapi kemudahan pancuran mandi air panas serta peralatan mandian percuma. Isian semula air mineral percuma disediakan.

Keindahan Gili Trawangan boleh diterokai dengan berbasikal atau menunggang kuda di sekitar pulau. Lawatan menyelam, snorkeling dan memancing juga boleh diatur untuk tetamu yang lebih menggemari aktiviti sukan air. Kakitangan boleh menyediakan perkhidmatan dobi dan perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan.





Love;
F.Niesa

Reactions:

0 comments: