22 May 2016

Review : Lombok Senggigi Hotel, Senggigi Beach, Lombok Indonesia

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , No comments

Holla...

Entry kali ni plak aku nak kongsi penginapan aku sepanjang 2 malam di area Senggigi selepas 1 malam stay dekat GT. 

Seperti dekat GT, aku booked LS dekat booking.com jugak. Apa yang best bila booked dekat Booking.Com ni adalah, xpayah nak bayar2 dulu. Bila stay / check-in baru bayar. 2 malam hanya Rp810.000 complete bfast, welcome drink, mineral water semua. 


LS tak dok sebelah pantai, dia di seberang jalan. Kalau area pantai yang bila bukak2 pintu/tingkat jer nampak laut tu, semuanya mahal2 blaka. Dekat dengan Batu Balong dan Mall. Tapi kena masuk dalam sikit. Tak jauh pun. Cuma korang hanya perlu angkat beg2/ luggage korang then berjalan sikit saja masuk lorong kecik. Motor bleh masuk, mobil enggak bias muat. Hangpa tau dak perumpamaan aku yang aku nak bagi???? LUAR SETINGGAN DALAM KONDO bag hanggg... Aku suka. Damai. Murah pun murah.


Swimming pool best. Dan yang aku perati, depa ni tak banyak bilik. Ada dalam 15 unit saja. Tu yang privasi sikit. Nak lagi privasi dekat GT, 9 unit jer kot rasanya. dekat LS ni pun, kalau nak jalan2 senang saja. Tepi2 jalan tu banyak kedai makan, live band, kedai2 souvenir pun banyak dekat area Senggigi ni. 

Yang berselubung putih tu, travel-buddy aku yer....

Jom layan gambar yang aku ambik dan review dari B.C.

Sampai jer bilik, trus tukar baju, terjun pool. Dinner tepi pool hokey!!!







Address :- Jl. Arjuna No.1, 83355 Senggigi , Indonesia

Information from Booking.Com

Lombok Senggigi Hotel menawarkan penginapan di Senggigi, berjarak 600 meter dari Pantai Senggigi. Ia menyediakan WiFi secara percuma di seluruh tempat penginapan. Hotel ini mempunyai kolam renang luaran yang dibuka sepanjang tahun dan teres. Para tetamu boleh menikmati hidangan di restoran atau minuman di bar.



Semua bilik mempunyai TV skrin rata. Beberapa unit menyediakan ruang tempat duduk untuk kemudahan para tetamu. Unit-unit tertentu menawarkan pemandangan gunung atau kolam renang. Semua bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi. Tempat letak kenderaan persendirian juga disediakan secara percuma.


Tempat penginapan ini mempunyai lounge berkongsi.

Lapangan terbang yang paling hampir adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, berjarak 38 km dari Lombok Senggigi Hotel.

Sekian review hotel dekat Lombok ni. Kalau hangpa rasa nak tanya apa2 just leave ur comment k. 

Love;
F.Niesa

Reactions:

0 comments: