07 April 2016

Travelog :- Lombok (Treaser)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Assalamualaikum semua.


Sebelum aku meneruskan apa-apa coretan berhubung percutian aku ke LOMBOK, Indonesia baru-baru ini, adalah dimaklumkan bahawa entry untuk persiapan ke Lombok ni, aku dah terlebih dahulu mencoretkannya and save as a draft pada 13.9.2015. Korang rasa brapa lama aku perap entry ni sampai masak? Kikikiki, bukan apa, aku takut lelama sangat t lupa, haru nak bukak balik nota-nota kak jemah.


Untuk pengetahuan korang, kali ni aku minta tolong BFF aku, Aishah tengokkan flight ticket ke Lombok dan kebetulan pada 5-6hb September 2015 telah diadakan MATTA FAIR dekat KL. Seminggu sebelum adanya MF tersebut aku dah pun ushar tiket flight ke sana, tapi mahai gila baq hang, return dalam RM800.00 tu baru tiket saja. Kuciwa disitu. Masa member aku pi MF, harga tiket RM440.00 (tu include dgn caj diorang tolong buatkan), dan aku dah malas nak fikir banyak even aku tau boleh dapat dalam below RM250.00 terus suh dia booked. So 10 orang untuk trip ke Lombok ni. Tiket dari Penang ke KL aku dapat RM50.00 return. So terubat la sedikit disitu. Harga tiket from PNG-KUL-LOMBOK-KUL-PNG total RM490.00. Ok, dah booking, so tutup mata saja. Even aku tau korang akan kata mahai. But for, it's ok. Budget still tak lari. I'll make it RM1,500.00 for my trip budget KE LOMBOK KE KITA.

6. September 2015 - Tiket Flight to Lombok
7. September 2015 - Tiket flight from Penang to KLIA2
11. September 2015 - Booking hotel di Gili Trawangan
21 September 2015 - Booking hotel di Sengigi 
14. April 2016 - Flight ke KLIA2 from Penang.
15. April 2016 - KLIA2 to Lombok
18. April 2016 - Lombok to KLIA2
18. April 2016 - KLIA2 to Penang

Actually kt tarikh-tarikh kat atas tu untuk reminder aku jer. How long I took to prepared all this thing. Arghh!!! tak penting pun untuk hangpa semua.



Well, macam biasa aku lah yang mengigihkan diri membaca dan review blog2 bloggers yang pernah jejak kaki kt sana. Buat iternary sendiri, baca, draft iternary and end up February, finalkan iternary tersebut. End of March booking transport sebab aku pi 10 orang kot. Kalau naik blue taxi, rugi balik, 3 biji nak kena carik. Senang cerita, aku ambik dekat melancong_murah_berbaloi, Insyirah nama private ejen ni. BTW aku jugak akan guna full khidmat dia untuk ke Medan 1 week after aku balik dari Lombok ni nanti. Aku ambik pakej nak ke Medan ni bukan sebab apa, aku baca dah confius. Kang salah tempat. Nak wat iternary Lombok, termasuk tempat di Medan.

Sambil mencari hotel, sambil mengodek wipimapia. Satgi jauh hulu banat tak ke haru.

Hotel aku booking dekat Booking.Com. Senang. Bayar masa stay / check-in. Kalau agoda, kena bayar dulu. Tak syiok. Itu pendapat aku la. Aku dah pernah booking dekat 2 medium ni.

Transport aku charted dekat Melancong_Murah_Baloi owner dia nama Insyirah untuk 4 hari. Tapi ada time yang aku tetapkan la. Bukan saja transport darat, sekali dgn speedboat.

Ok la. next entry aku story in details.
  • Iternary aku
  • estimate budget aku sebelum fly
  • perkongsian pengalaman setiap 4 hari aku di sana
  • actual cost aku 
Pelan-pelan kayuh jugak ler aku nak hupdate travelog aku nanti k. By the way, aku akan fly lagi 7 hari....

My Journey;
FNiesa

#KeepCalmAndTravelOn


Reactions:

0 comments: