21 April 2016

Travelog : Lombok (Iternary)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Hey guys.

Actually aku baru balik 2 hari lepas dari Lombok. So kat sini aku nak kongsi iternary aku dengan korang based on my experience k.

Tapi sebelum aku pi, aku dah pun buat iternary aku sendiri. Malangnya, tak dapat nak penuhi semuanya kerana kekangan masa. Jauh baq hang bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat.


14.4.2016 (Khamis) 
  • 11.45pm (Delay : 20 minute) - Fly from Penang to KLIA2
15.4.2016 (Jumaat)
  • 00.45am sampai KLIA2 - Lepak tidoq dekat Quizin (food court)
  • 06.30am : Check-in luggage
  • 08.20am : Take off to Lombok (3 hrs)
  • 11.45am : Touch down @ LIA (Lombok International Airport)
  • 12.30pm : Tenunan dan Rumah kaum Sasak Village (30min from airport)
  • 15.00pm : Tiba di Bangsal / Harbour (almost 2 hrs from LIA)
  • 15.10pm : Naik speedboat to Gili Trawangan 
  • 15.30pm : Tiba di Jeti GT
  • 15.45pm : Check-in M'Adison Gilli
  • 17.30pm : Free and Easy . Sewa basikal menuju ke Ombak Sunset. (serius ramai orang. if nak tak der orang, morning2 dah kena p or ari ahad and weekdays). Actually nak tengok sunset pun tak kesampaian sebab mendung. Petang2 hujan kat Lombok.
16.4.2016 (Sabtu)
  • 04.50am : Subuh
  • 05.30am : ready for morning walk
  • 07.30am : breakfast
  • 08.30am : Check-out from M'Adison and Check-in @ Intan Inn just for halfday
  • 09.00am : Snorkling - Gili Trawangan, Gili Meno an Gilli Air
  • 13.30am : Bersihkan diri dan solat sebelum check-out
  • 15.30pm : Naik boat menuju ke Bangsal - Lombok
  • 16.00pm : Ke Pusut Monyet. Serius jinak2 blako.
  • 16.45pm : Singgah makan Bakso, Shopping t-shirt di Exotic Shop
  • 18.30pm : Check-in di Lombok Senggigi Hotel 
  • Free and Easy
17.4.2016 (Ahad)
  • 09.00am : after bfast, heading to air terjun Benang Setukel dan Benang Kelambu di Kaki Bukit Gunung Rinjani. (almost 1 hrs 30 minit, nak sampai kat kaki bukit. tu tak hiking lagi. 10 minit jalan, Baru sampai air terjun yang pertama iaitu Benang Setukal. Bergambar dulu. Sebab kat sini orang tak mandi. Ayaq cetek. Then hiking lagi. Kalau jalan kaki, maunya 1 jam. tapi kitaorang tak penat, so decide nak ojet saja. Rp25.000 untuk sampai ke Benang Kelambu. Surrender dah baq hang. 
  • Naik ojet 15 minit jugak la nak sampai. dengan jalan dah macam roller coaster. K r, t aku story in details k.
  • 12.00pm : Tiba di Benang Kelambu.
  • 13.00pm : Turun dari air terjun selepas mandi manda
  • 15.00pm : Bergerak dari kaki Gunung Rinjani.
  • 16.00pm : Lunch di Ampenan. Toko Ayam Taliwang dan solat Jamak.
  • 17.00pm : Shopping last minute.
  • 18.00pm : Balik Hotel
  • 20.45pm : Jalan-jalan sekitar Sengigi sambil mencari dinner
18.4.2016 (Isnin)
  • 08.30am : Check-out from Hotel 
  • 08.45am : Singgah di Batu Balong
  • 09.00am : Heading to LIA
  • 10.45am : Check-in Luggage
  • 11.35am : Boarding time
  • 12.15pm : take off to KLIA2
  • 15.20pm : Touch down @ KLIA2
  • 22.30pm : Take off from KLIA2 to PIA
  • 23.30pm : Touch down @ PIA
Syukur Alhamdulillah. Its a wrap for our vacation.

BTW aku harap sedikit sebanyak dapat membantu hangpa semua la no. Kalau tanya pendapat aku, better pi 5 hari 4 malam. 2 hari untuk travelling day dah kena tolak. So hangpa hanya ada 3 hari yang betul2 saja untuk explore LOMBOK.

Ni hanya cadangan aku la :-
  • Day 1 - Lepak 1 malam dekat Gili Trawangan
  • Day 2,3 - Lepak 2 malam dekat area Sengigi
  • Day 4 - Lepak 1 malam dekat Kuta
  • Day 5 - dah nak fly balik Malaysia pun
Actually Kuta pun banyak tempat2 best. Pink beach la, Tanjung Aan. dan banyak lagi. If dari Sengigi nak ke Kuta Beach dalam 3-4 jam gak ler. OTW tu leh singgah Desa Sasak Village. Mayura. Narmada. Tapi Kuta beach ni dah dekat dengan LIA. dia ke bawah sikit. 

Kalau tanya pasai air terjun plak, yang femes Tiu Kelep, Benang Setukel, dan Benang Kelambu. Tapi korang kena tengok gak perjalanan dari 1 tempat ke 1 tempat. Aku difahamkan oleh Pak Yusuf, if dari hotel kitaorang iaitu Lombok Sengigi Hotel, almost 2 jam setengah. Then hiking lagi dekat 2 jam. Nak mandi manda lagi. Then nak patah balik ke senggigi. So we decide ke Benang Kelambu dan Setukel sajala. Pun cantik jugak. Pun ada pelanginya jugak. Tu pun lama gak nak ke sana. 

Kebanyakkan yang aku baca and review blog2 yang dok ada, 1 hari kena spent utk trip air terjun. Dan
ikut Pak Yusuf iaitu supir kitaorang, memang jauh nak bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain. Untuk ke air terjun, tak boleh nak selit-selit ke tempat lain. Makan masa, makan jarak. 

Makan tak yah risau. Halal toiyibbah semuanya.

85% muslim. Dan paling aku suka bila pi tempat2 macam ni, setiap kali tiba waktu solat, depa akan mengaji. Azan kuat berkumandang. 1 km 1 masjid. Senang dan senang. Subuh pun leh terjaga dengan sendirinya iaitu jam 4.50pg. 

Hokey la. Apa-apa jangan malu jangan segan, tinggalkan jer comment2 kat bawah tu. 

Jumpa ni next entry dengan lebih details.

Love;
F.Niesa

Reactions:

0 comments: