23 April 2016

Travelog : Lombok (Day1 - Malimbu Hill, Gili Trawangan)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Hey guys.

Entry kali ni aku nak share experience aku dari 1st day sampai hari2 terakhir we ols dekat Lombok.

From Penang, aku, ija, apis, intan dan nunah ambik flight last 14hb April (Khamis) iaitu flight koi 11.40pm. Tapi as usual, flight kami delay. Sepatutnya take off 11.40pm, tapi sebab technical, flight take off dalam pukul 00.00, Jumaat (15/4/16). Kami sampai dekat KLIA2 koi 1 lebih dan sebab malas nak lepak Capsule / Tune Hotel, kami lepak foodcourt Quizzin saja. Sebab awal pagi, tak ramai orang. Dan mostly lepak tidoq dekat foodcourt. Chill bro. So kami semua lepak sampai pukul 5.30pagi. Tidoq ajak2 ayam saja lah. 5.30pg gerak ke surau dan time2 tu sangatlah ramai manusia dekat surau yang terletak berdekatan dengan The Body Shop.  


Selesai solat, Ija dan Apiz trus check-in luggage depa sementara aku tunggu Anum dan Ain area entrance departure international P&Q. Aishah, asrafe dan haila join aku lepak foodcourt. Gigih nau mak boyot tu nak tidoq airport. So completelah kami 10 orang. 8F2M. Bergambar seround.


7.00pagi kami masuk check-in. Memasing muka mata dah rabak. Alhamdulillah, settle semua urusan imegresen. Boarding time 8.00pagi. Tepat 8.40pagi, flight dari KLIA2 dengan pesawat AK308 selamat berlepas. Sepanjang penerbangan, cuaca baik. Cuma berawan sebab awal pagi lagi kot. 3 jam penerbangan dr KLIA2 ke Lombok. Penuh lagi warga2 lombok yang pulang ke kampung halaman. Kami bila dah ramai-ramai ni, agak riuh la sedikit dalam flight, kecuali time kami semua lena...kihkihkih.


Aku lepas makan, aku lena. Qada' yang semalam punya. Dalam dok sedap2 lena, steward wat promo barang2 in the sky diorang, Speaker la, fridge magnet la, dan macam-macam lagi la, aku pun dengar sayup2 saja. Aku tak perasan part announcement yang dibuat 'special guest', birthday girl la semua. Aku diminta angkat tangan dan bangun. 1 flight sekali dengan FA semua nyanyi birthday song dekat aku. Speechless sebentar. Dengan mamainya aku. Serius tak teringat nak take photo dengan diorang dan record moment paling terindah pernah jadi dalam hidup aku. Habis semua tu, aku sambung lena. mihmihmih. Ngantuk baq hang.  (ucapan utk FA : tqs steward dan stewardess semua. sy betul2 terharu, if korang baca entry ni, sy ingin ucapan jutaan terima kasih. dan saya tak sempat nak tngkap gambar..huaaa)


Kami touch down di LIA pada jam 11.45pagi. Settle urusan imegresen, kami dijemput oleh Pak Yusuf (wakil dari Melancong_murah_berbaloi) Korang leh check FB dia. Owner ni nama dia Insyirah. Aku charted transport dengan Insyi cover utk 4 hari dan speedboat pergi balik sorang RM106.00 (RM85.00 transport untuk 4 hari, RM21.00 speedboat pergi balik).



Transport 4 hari tu cover, pick-up from airport to bangsal. Otw kleh singgah memana kita nak pi. Then speedboat untuk ke gili trawangan. Then next day speedboat kembali semula ke Lombok. Jalan-jalan sekitar sengigi. Melawat Pusuk Monyet sampai jam 7.00mlm. Hari ke3 full day city tour. Dari 8.30 pagi sampai 8.30 malam. Hari ke4 pick-up dr hotel ke airport. OTW singgah batu balong. 

Tu sedikit sebanyak information pasai transport. Ni contact no. Insyirah : 017-5367426

Dari airport menuju ke Bangsal iaitu Harbour / jeti kita sebut, mengambil masa dekat 1 jam 30 minit. On the way ke Bangsal, kami singgah tgk tenunan dan rumah suku kaum sasak. Sepanjang perjalanan korang akan nampak banyak masjid. Dari pembacaan aku, Lombok ada lebih kurang 3000 buah masjid. dalm 200-500 meter ada masjid. Dekat-dekat ja. Aku jugak difahamkan oleh Pak Yusuf, jumlah penduduk Lombok 3 juta lebih. Waktu Lombok dengan Malaysia, tak beza pun. Cuma time solat saja depa lebih awal. Macam waktu Sabah dan Sarawak. 

Lombok : 1000 masjid, sejuta malin

Quote kat atas tu bukan aku yang bagi na. Tu informasi dari Pak Yusuf. Perumpaan yang diberikan kepada Lombok. Kenapa??? Later aku story k...

Bagi aku tenunan mereka kasar-kasar. Tapi bukan senang nak buat tau. 1-1 tu, ambik masa 2 bulan nak siapkan. Jenuh. Lagi pun aku tak minat sangat dengan kain-kain tenunan ni. Lepas dah habis tengok-tengok, kami teruskan perjalanan. 

Dalam perjalanan kami melewati Mangsit beach, Senggigi Beach dan Malimbu Beach. Dan antara tempat wajib kena bergambar adalah di Malimbu Beach / Malimbu Hill. So apa lagi, acara wajib we ols, photo time!!!!!!!!!!!

 
Kami meneruskan perjalanan menuju ke bangsal. Sampai di harbour dalam pukul 2.50ptg. Perjalanan naik speedboat 15 minit untuk sampai Gili Trawangan. Kalau nak murah, boleh ja. Korang naik public boat yang bercampur dengan warga tempatan. Rega pun tak mahal.Rp15,000 saja. Tapi dalam tu crowded la. Ada ayam, sayaur-sayuran. Heeee..Pepaham je la bila dah ramai-ramai kan. maunya 30minit nak sampai GT. Sebabkan aku ramai, so kami charted 1 speedboat. senang keja. 


Sampai di bangsal, kami trus booking snorkling untuk next day. Snorkling 5 jam, charged Rp110,000 per head. Dapat Gogle. private boat. Bayar siap!!!

Kami menapak mencari M'adison Gilli. Jauh la juga. Baca review 200 meter ja. Cisss!!!!!!!! Tapi cantik baq hang. Bilik ayaq tak leh blah. Open sky...muahahahaha. Later aku review hotel-hotel depa no. 


Direction to M'Adison (pronoun : MA-DI-SON Gilli). From harbour, korang belok kanan. dalam 100meter korang jalan, korang akan jumpa junction ke kiri (sebelum kedai aiskrim). Jalan dalam 150meter, korang sampai simpang 4. Belok kanan. Korang akan melewati Intan Inn sebelah kanan (depan restoran dan hotel intan tu ada macam bendera-bendera yang diwarna atas bakal/raga yang dilekat dekat dinding ). Tak jauh dari hotel Intan tu, ada junction ke kiri, belok kiri dan cari M'adison di sebelah kiri uolzzz. Aku just nak inform, LUAQ SETINGGAN, DALAM KONDO weyyyy. Harga semalam Rp:750,000 sebilik. Include bfast. Mana aku booking? Off course la Booking.Com


Aku dan member menapak je menuju ke Hotel. Ada Cidomo iaitu 'beca' kuda yang hangpa nak naik kalau jauh. Nak merasa naik, naik sajalah. Kami sebab dekat, so jalan sajalah. Excersize katanya.... berapa rupiah aku tak tau. Tapi pernah review blog sebelah, dalam Rp45,000 jugak la. Tapi tak sure tau. 

Selesai urusan check-in, aku dengan ija gigih mencari lunch kitaorang. Kami order dekat Intan Cafe. Nasi goreng ikan masin Rp40,000 dan air teh ais Rp20,000. Balik bilik rehat, solat, dan makan. 5.30 petang kami berkumpul untuk sewa basikal, menjelajah GT. Naik la sepeda reramai. Sakit buntut baq hang....Kekunun nak gi Ombak Sunset, sekali kau, ramainya lahai...Last-last, decide tak yah r. Malas nak berebut adn tunggu turn. Dah la ayaq tengah pasang time tu. Sunset pun tak menjadi sebab cuaca mendung. Dan kebetulan minggu yang kami pergi tu hujan selalunya bermula jam 1 petang. Takpalah, tengok orang lain punya pun ok saja.


Lepak sebelah OS sampai 6.30 ptg. Untuk pengetahuan hangpa semua, time 6ptg lebih tu dan macam pukul 7 malam dekat Malaysia. Kitaorang decide dinner terus. Ingat kan dah jam 9 malam lebih, sekali tengok jam baru 7.30malam. Gelap gelemat. Dinner juga sama. Dekat Intan Cafe. Ingat nak makan seafood, tapi mahal area2 beach, Dan dari segi kebersihan di pasar malam, membuatkan aku kenyang dalam kelaparan. Tu yang decide makan dekat Intan Cafe saja. 


Lepas dinner, sebelum balik, kami round sekali lagi GT di sebelah kanan. Mencari payung2 yang bergantungan. Lagipun kami sewa basikal Rp35,000 untuk setengah hari. Selesai ronda, balik bilik tukaq baju, terjun swimming pool.

Hokey lah, sampai sini dulu entry hari pertama aku. 

Hopefully leh membantu hangpa yang teringin nak pi Lombok. 

Love;
F.Niesa

Reactions:

0 comments: