24 April 2016

Travelog : Lombok (Day 3 - Air Terjun Benang Setokel, Benang Kelambu, Ayam Taliwang)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Hari ke-3

Selepas breakfast, dalam jam 9.00 pagi, Pak Yusuf datang menjemput kami dekat hotel. Perjalanan ke Air Terjun Benang Setokel dan Air Terjun Benang Kelambu ni mengambil masa kurang lebih 1jam 30 minit. Kalau korang decide nak pi ayaq terjun tiu kelep (memang lagi cantik, even benang kelambu pun dah cantik, tiu kelep super cantik), perjalanan nak pergi saja dah 2jam 30 minit. Korang rasa????? That's why la bila aku review blog, dan pakej2 yang ejen sediakan, 1 hari dah kena spent untuk trip air terjun.

Kami terpaksa singgah di gudang untuk menukar mobil, sebab pendingin hawa rosak. Dah la nak pi air terjun memakan masa 1jam 30 minit, berpeluh2 we ols. Selesai urusan pertukaran, kami meneruskan perjalanan ke daerah barat tengah. Untuk pengetahuan korang, Lombok ni besaq. Kuta beach yang aku nak pi pun tak sempat nak cover. Dia terletak di daerah timur. Hurm....Isokay, tak der rezeki.

Semalam kami semua dah berbincang, antara Kuta Beach dengan Air Terjun, kami nak pi mana. End up, kami decide ke air terjun. Sebab tu la aku bagi tau, kena stay at least 5 hari sebab hari yang betul2 korang jalan2 hanya 3 hari saja. 


Selepas dah kematu punggung memasing, akhirnya kami sampai jua di kaki gunung rinjani. Tiu Kelep pun dekat gunung rinjani jugak. Hangpa ingat gunung ni kecik ka? Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang indah. Sawah padi yang bertingket-tingket, cantik baq hang.

Kami sampai di kaki bukit dalam jam 11.00 pagi. Tapi macam 12 tghari. Panaih lit lit. Kat sini kena bayar entrance fee. Kira pi kira mai, Rp70.000 sorang kami bayar. Extra Rp25.000 sebab tak larat nak hiking, we ols decide naik ojet (motor). So jumlah sorang kena bayar Rp95.000.

Ini just pandangan aku. Bila korang tengok macam mana susah nak naik atas, mendaki 3 bukit, harga yang korang bayar tu dah letak no.2. Niat sedekah saja kalau korang kata kami semua bayar mahal. Depa susah. 2 orang renjer hutan bawa dan jaga kami semua dengan baik. Tolong bawakan beg kami semua. Tolong jadi jurugambar kami. Jaga barang-barang kami semua dengan selamat. Ada apa sangat dengan harga yang kami bayar. Keselamatan kami semua terjaga. Ramai penduduk tempatan yang datang libur. Bila kami datang nak bergambar, semua orang akan bagi laluan pada kami.

Sangat mudah urusan kami semua. Ini contact no renjer yang jaga kami dengan baik. Namanya Pak Haerul. +6082339889813. Korang yang nak pi sendiri, tak mau hire melalui ejen, boleh direct kol Pak Haerul. Dia juga boleh bawa korang yang nak hiking gunung rinjani full pakej 4h 3m dalam rm650.00 saja. makan semua siap.

Selesai urusan bayaran pada Pak Yusuf, kami dibawa oleh Pak Haerul menuju ke air terjun yang pertama iaitu Benang Setokel. Kat sini orang tak mandi. Air cetek. Just untuk bergambar2 saja. Kena hiking sikit. Dalam 10 minit sampai la.

Selesai bergambar, kami terpaksa melalui 3 lagi bukit untuk sampai di air terjun benang kelambu. Menurut Pak Haerul, kalau hiking, atau jalan kaki, dalam masa 30minit - 45 minit.  Serius penat. naik turun tangga. End-up, kami semua dah penat nak menapak, kami naik ojet. Naik ojet hanya mengambil masa 10 minit. Tapi jalan yang dilalui Ya Robbi, macam roller coaster baq hang. Cerun 90 darjah. Aku mengucap awai2. Alhamdulillah kami semua selamat dan tiada kemalangan yang berlaku. Mengucap panjang aku. 

Akhirnya kami tiba di air terjun benang kelambu. MasyaAllah, ramainya lahai manusia yang datang berlibur. Kusangkakan air terjun macam dekat Malaysia yang besaq, Kecik ja tempat dia. Nanti aku share gambar k. Kami spent time dekat sini dekat 1 jam jugak la sebelum decide nak balik.
Siap tukaq baju semua dekat bawah, tempat mula-mula kami masuk. Senang. Kalau tau awal-awal, tak der nyer nak bawa beg salin naik turun bukit. Kami bergerak pulang pada jam 2.30 petang.


Kami kemudian menuju ke pusat membuat barang-barang seramik. Aku lupa nama tempat tu. Kat sini korang boleh cuba buat korang nyer pasu sendiri. Ikut suka hati uols nak buat apa. Akan ada tante-tante yang nolongnye. Kami spent masa dalam 45 minit di sini. Cantik-cantik seramik dia. Memandangkan aku berbagpackers, makanya aku tak shopping la seramik kat sini.


Selesai membuat pasu, penyu masing-masing, kami semua dah kelaparan sangat. Tengahari kami dah skip sehingga sore. Sebelum balik esok, kami nak cuba makanan khas Lombok. Apa dia??? Ayam Taliwang. Ayam Taliwang ni merupakan ayam yang berusia 40 hari yang disebelih dan di masak. Besar dia seperti burung puyuh. Sedap. Kami makan di RM Nada Alam Nyaman.

 

Selesai santap, kami meneruskan perjalanan ke toko-toko menjual dan mencari ole-ole dari Lombok lagi sebelum balik ke Senggigi. Singgah di Kelambi Lombok dan juga Lombok Exotic lagi mencari T-shirt2 lagi sebelum berangkat pulang esok.


Malam menjenggah. Kami pulang ke hotel. 8.45 malam selesai rehat, mandi dan solat, kami berjalan-jalan sekitar Senggigi sambil mencari dinner. Nampak Bayan 2. tempat apa tu? Yeay!!! Dapat beli poscard dan FM. Kalau tau dekat area kami tu ada toko yang jual banyak gila souvenir, tak yah buang masa pergi tempat yang dah pi.

Dinner di Angle Cafe di area Sengigi. Hanya aku, ila, intan, nunah, ija dan apis saja yang pergi. Yang lain dah kepenatan. Dan nak packing untuk balik.


Okeylah, sampai sini dulu penulisan aku bagi hari ke-3.

Kbai.


Love;
F.Niesa




Reactions:

0 comments: