23 April 2016

Travelog : Lombok (Day 2 - Snorkling Gili Meno, Gili Air, Gili Trawangan, Pusuk Monyet, Exotic)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Hari Ke-2.

Aku jam 5.00pagi dah bangun untuk solat subuh. Usai solat, aku mandi dan siap2 untuk morning walk di pantai. Target aku adalah mencari perkataan G.I.L.I. T.R.A.W.A.N.G.A.N. Spot terbaik untuk bergambor. Wajib wey....


Aku wasap group Lombok tny sapa yang nak join aku jengjalan. Aishah, asrafe, intan, nunah dan Ila join aku pagi tu. 6.00 pagi kami kluaq. Kata ja koi 6 pagi, tapi luaq dah terang benderang macam pukoi 7.00pagi.



So kami semua pun jalan-jalan la di persisiran pantai. Hajat tercapai. Selfie time!!!!!!!!!! We ols morning walk sampai pukul 7.30 pagi gerak bilik utk ready check-out dan bfast. Siap dengan berpakaian untuk snorkling.

Selepas breakfast, kami semua check-out dari M'Adison dan check-in di Intan Inn dalam pukul 8.45pagi. Rate hotel kami bayar sampai 3.00ptg, Rp350.000. Kalau tak susah wey nak siap2 balik ke Lombok settle dengan solat semua.

9.00pagi kami gerak ke boat untuk snorkling. Sebelum tu, Asrafe tlg belikan roti 4 bungkus sebab nak bagi ikan makan. Seperti yang dijanjikan. 9.15 pagi boat gerak dari 1 destinasi ke destinasi lain. 1st di terumbu karang iaitu terletak area Gili Meno. Sini banyak batu karang dan ikan. Setengah jam gak lepak sini.

Then gerak ke Gili Air. OTW kami brenti dekat tengah laut tengok penyu. Serius macam tak percaya penyu depan mata. Siap boleh berenang bersama-sama lagi uols. Beralun-alun jugak ler permukaan ayar. Bagi yang tak tahan, boleh meloya tau dak. Sini kami brenti dekat sejam. Aku, aisyah, asrafe dan nunah saja yang turun. Serius dalam. Laut pun biru gelap. Orang kata, kalau nak tau dalam ke tak, tengok pada air lautnya. Serius dalam. Agak penat jugak la masa kali ke2 aku turun ni. Tapi best.


Selepas dah puas tengok penyu, kami meneruskan perjalanan ke Gili Air. Sini aku dah tak turun. Rugi wey.... Sebab apa aku tak turun??? kihkihkih...Aku muntah 2x sampai aku dah lembik dan tak larat sangat. Tips untuk korang, tak yah ler tengok2 ikan melalui boat glass tu. Tu la yang menyebabkan aku muntah. Mata jadi kembang semacam macam kita tengok pakai kanta. Tu cerita dan pengalaman aku. Kalau hangpa aku tak tau la. 

Tapi sini aku rasa nyesal plak tak turun. Ikan besaq-besaq baq hang. Kami semua lunch dekat Gili Air. Dah namapun makan dalam pulau, harga jangan tanya la yer. Ayar nyiok pun RM15.00 dah la tak sedap, payau plak tu. Tu member aku nyer pengalaman. Aku ayaq limau ais sudah. Sebab tekak aku dah rasa lain, so nak yang masam-masam saja.  Kat sini aku spent Rp150.000.


Kol 1 kami gerak balik ke Gili Trawagan untuk siap2 balik ke Lombok. Janji dengan boat jam 3.30 ptg. Siap semua, kami tiba di Lombok pada jam 4 ptg dan dijemput oleh Pak Yusuf. 

Kami langsung ke Pusuk Monyet, tengok monyet2 yang jinak. Selepas tu, terus ke Gerai Bakso sebab yang lelain ngidam nak makan bakso original dari Indonesia.

Hari menginjak malam. OTW ke Lombok Senggigi Hotel, kami singgah di toko jual T-Shirt, Exotic. Sini nak beli t-shirt, memang terbaik. Material kain pun best. 

Selesai shopping, kami terus ke Senggigi mencari hotel kitaorang. Yang bestnyer, hotel kami dok dalam kampung sikit. Kena menapak masuk. Mula2 ngeri jugak. Macam2 kami baca doa. 200 meter ja nak jalan pun. Sebab malam dan penat, terasa jauhnya.

Lombok Sengigi Hotel terletak dekat Senggigi Beach. Dekat dengan mall. Tapi bukan sebelah laut. Dia diseberang jalan. Seperti biasa, luaq setinggan, dalam kondo. Rate bilik Rp820,000 untuk 2 malam. So 1 malam dalam Rp410.000.


Sampai hotel, kami disajikan dengan welcome drink. Watermelon juice. Sedap. Fresh bangat. Kami terus order dinner, nasi goreng 10. Senang sekali buat saja. Memasing naik bilik, tukaq baju, terjun swimming pool lagi. Mandi sampai puas. Makan malam tepi pool. Then naik bilik mandi, solat tidoq.



So, sampai sini dulu entry hari kedua aku bersama member2 yang lain.

Next entry aku share plak city tour. Main :-Air Terjun Sekutel dan Air Terjun Kelambu.

Love;
F.Niesa

Reactions:

0 comments: