26 April 2016

Travelog : Lombok (Day 4 - Batu Bolong)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Hari ke-4

Hari ni merupakan hari terakhir kami semua di Lombok. Arghh!!! Dah nak balik wey....Back to reality. Oh noooO!!


As usual, afetr breakfast, kami bergerak check-out dalm jam 8.30 pagi. Sebelum meneruskan perjalanan 1 jam 30 minit ke LIA, kami singgah dalam 15 minit di Batu Bolong. Batu Bolong ni terletak dalam 500 meter dari penginapan kami di LS. iaitu di area Senggigi juga.

Batu Balong ni macam tempat suci penganut buddha. Macam dekat Bali. Pelawat yang nak masuk perlu bersih dari hadas besaq. Faham kan??? Entrance fee Rp2.000 seorang. Dan kami diberikan kain kuning untuk dipakai di pinggang. 

Cantik wey dengan pemandangan lautnya. Apa lagi, bermulahlah sesi selfie dan shooting we ols. Hanya 6 orang saja yang masuk. Lelain lepak luaq sebab dah tak larat. 

 

Lepas bergambar, kami gerak ke airport. Flight balik Malaysia pukul 12.00 pm. Boarding time 11.15pm. Kitaorang sampai airport jam 11.00 pagi. Tapi imigresen bukak pukul 11.30 pagi. Dah ler ramai. panas plak tu. Hurm... Sabar jer la. 



Kami landing di KLIA2 pada jam 3.20 petang. Tak delay. Alhamdulillah. Geng Penang transit 6 jam sebelum flight ke Penang pada jam 9.00 malam. Apa lagi, sesi jelajah KLIA2 bermula. Focus adalah mencari Capsule Hotel. Bukan apa, just nak tengok macam mana rupa dia dan dapatkan info2 kalau kena transit lama. 


 

Yang bestnyer, flight kitaorang dari KL ke Penang delay sampai 9.45 malam. Sepatutnya Pukul 10.00 malam kami dah sampai Penang, tapi masih terkandas dekat KLIA2. Arghh!!! Tension kak jemah. Dengan Nunah, Ija, dan Intan dah la nak kerja esok. Aku? Dok mau relex. Jetlag baq hang..

Muka ceria sebab flight delay. kbai!!!

Kami sampi di PIA pada jam 11.00 malam. Aku, Intan dan Nunah dijemput oleh ayah Intan, manakala Ija dan Apiz, cousin dia datang jemput. 

ITS A WRAP FOR OUR VACATION!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 
 

Tqs guys, my travel-buddies untuk trip #kelombokkekita kali ni. #misi24bulan bermula. InshaAllah.

Doakan yang terbaik. Jumpa lagi di next trip. :)

Love;
F.Niesa


24 April 2016

Travelog : Lombok (Day 3 - Air Terjun Benang Setokel, Benang Kelambu, Ayam Taliwang)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Hari ke-3

Selepas breakfast, dalam jam 9.00 pagi, Pak Yusuf datang menjemput kami dekat hotel. Perjalanan ke Air Terjun Benang Setokel dan Air Terjun Benang Kelambu ni mengambil masa kurang lebih 1jam 30 minit. Kalau korang decide nak pi ayaq terjun tiu kelep (memang lagi cantik, even benang kelambu pun dah cantik, tiu kelep super cantik), perjalanan nak pergi saja dah 2jam 30 minit. Korang rasa????? That's why la bila aku review blog, dan pakej2 yang ejen sediakan, 1 hari dah kena spent untuk trip air terjun.

Kami terpaksa singgah di gudang untuk menukar mobil, sebab pendingin hawa rosak. Dah la nak pi air terjun memakan masa 1jam 30 minit, berpeluh2 we ols. Selesai urusan pertukaran, kami meneruskan perjalanan ke daerah barat tengah. Untuk pengetahuan korang, Lombok ni besaq. Kuta beach yang aku nak pi pun tak sempat nak cover. Dia terletak di daerah timur. Hurm....Isokay, tak der rezeki.

Semalam kami semua dah berbincang, antara Kuta Beach dengan Air Terjun, kami nak pi mana. End up, kami decide ke air terjun. Sebab tu la aku bagi tau, kena stay at least 5 hari sebab hari yang betul2 korang jalan2 hanya 3 hari saja. 


Selepas dah kematu punggung memasing, akhirnya kami sampai jua di kaki gunung rinjani. Tiu Kelep pun dekat gunung rinjani jugak. Hangpa ingat gunung ni kecik ka? Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang indah. Sawah padi yang bertingket-tingket, cantik baq hang.

Kami sampai di kaki bukit dalam jam 11.00 pagi. Tapi macam 12 tghari. Panaih lit lit. Kat sini kena bayar entrance fee. Kira pi kira mai, Rp70.000 sorang kami bayar. Extra Rp25.000 sebab tak larat nak hiking, we ols decide naik ojet (motor). So jumlah sorang kena bayar Rp95.000.

Ini just pandangan aku. Bila korang tengok macam mana susah nak naik atas, mendaki 3 bukit, harga yang korang bayar tu dah letak no.2. Niat sedekah saja kalau korang kata kami semua bayar mahal. Depa susah. 2 orang renjer hutan bawa dan jaga kami semua dengan baik. Tolong bawakan beg kami semua. Tolong jadi jurugambar kami. Jaga barang-barang kami semua dengan selamat. Ada apa sangat dengan harga yang kami bayar. Keselamatan kami semua terjaga. Ramai penduduk tempatan yang datang libur. Bila kami datang nak bergambar, semua orang akan bagi laluan pada kami.

Sangat mudah urusan kami semua. Ini contact no renjer yang jaga kami dengan baik. Namanya Pak Haerul. +6082339889813. Korang yang nak pi sendiri, tak mau hire melalui ejen, boleh direct kol Pak Haerul. Dia juga boleh bawa korang yang nak hiking gunung rinjani full pakej 4h 3m dalam rm650.00 saja. makan semua siap.

Selesai urusan bayaran pada Pak Yusuf, kami dibawa oleh Pak Haerul menuju ke air terjun yang pertama iaitu Benang Setokel. Kat sini orang tak mandi. Air cetek. Just untuk bergambar2 saja. Kena hiking sikit. Dalam 10 minit sampai la.

Selesai bergambar, kami terpaksa melalui 3 lagi bukit untuk sampai di air terjun benang kelambu. Menurut Pak Haerul, kalau hiking, atau jalan kaki, dalam masa 30minit - 45 minit.  Serius penat. naik turun tangga. End-up, kami semua dah penat nak menapak, kami naik ojet. Naik ojet hanya mengambil masa 10 minit. Tapi jalan yang dilalui Ya Robbi, macam roller coaster baq hang. Cerun 90 darjah. Aku mengucap awai2. Alhamdulillah kami semua selamat dan tiada kemalangan yang berlaku. Mengucap panjang aku. 

Akhirnya kami tiba di air terjun benang kelambu. MasyaAllah, ramainya lahai manusia yang datang berlibur. Kusangkakan air terjun macam dekat Malaysia yang besaq, Kecik ja tempat dia. Nanti aku share gambar k. Kami spent time dekat sini dekat 1 jam jugak la sebelum decide nak balik.
Siap tukaq baju semua dekat bawah, tempat mula-mula kami masuk. Senang. Kalau tau awal-awal, tak der nyer nak bawa beg salin naik turun bukit. Kami bergerak pulang pada jam 2.30 petang.


Kami kemudian menuju ke pusat membuat barang-barang seramik. Aku lupa nama tempat tu. Kat sini korang boleh cuba buat korang nyer pasu sendiri. Ikut suka hati uols nak buat apa. Akan ada tante-tante yang nolongnye. Kami spent masa dalam 45 minit di sini. Cantik-cantik seramik dia. Memandangkan aku berbagpackers, makanya aku tak shopping la seramik kat sini.


Selesai membuat pasu, penyu masing-masing, kami semua dah kelaparan sangat. Tengahari kami dah skip sehingga sore. Sebelum balik esok, kami nak cuba makanan khas Lombok. Apa dia??? Ayam Taliwang. Ayam Taliwang ni merupakan ayam yang berusia 40 hari yang disebelih dan di masak. Besar dia seperti burung puyuh. Sedap. Kami makan di RM Nada Alam Nyaman.

 

Selesai santap, kami meneruskan perjalanan ke toko-toko menjual dan mencari ole-ole dari Lombok lagi sebelum balik ke Senggigi. Singgah di Kelambi Lombok dan juga Lombok Exotic lagi mencari T-shirt2 lagi sebelum berangkat pulang esok.


Malam menjenggah. Kami pulang ke hotel. 8.45 malam selesai rehat, mandi dan solat, kami berjalan-jalan sekitar Senggigi sambil mencari dinner. Nampak Bayan 2. tempat apa tu? Yeay!!! Dapat beli poscard dan FM. Kalau tau dekat area kami tu ada toko yang jual banyak gila souvenir, tak yah buang masa pergi tempat yang dah pi.

Dinner di Angle Cafe di area Sengigi. Hanya aku, ila, intan, nunah, ija dan apis saja yang pergi. Yang lain dah kepenatan. Dan nak packing untuk balik.


Okeylah, sampai sini dulu penulisan aku bagi hari ke-3.

Kbai.


Love;
F.Niesa




23 April 2016

Travelog : Lombok (Day 2 - Snorkling Gili Meno, Gili Air, Gili Trawangan, Pusuk Monyet, Exotic)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Hari Ke-2.

Aku jam 5.00pagi dah bangun untuk solat subuh. Usai solat, aku mandi dan siap2 untuk morning walk di pantai. Target aku adalah mencari perkataan G.I.L.I. T.R.A.W.A.N.G.A.N. Spot terbaik untuk bergambor. Wajib wey....


Aku wasap group Lombok tny sapa yang nak join aku jengjalan. Aishah, asrafe, intan, nunah dan Ila join aku pagi tu. 6.00 pagi kami kluaq. Kata ja koi 6 pagi, tapi luaq dah terang benderang macam pukoi 7.00pagi.



So kami semua pun jalan-jalan la di persisiran pantai. Hajat tercapai. Selfie time!!!!!!!!!! We ols morning walk sampai pukul 7.30 pagi gerak bilik utk ready check-out dan bfast. Siap dengan berpakaian untuk snorkling.

Selepas breakfast, kami semua check-out dari M'Adison dan check-in di Intan Inn dalam pukul 8.45pagi. Rate hotel kami bayar sampai 3.00ptg, Rp350.000. Kalau tak susah wey nak siap2 balik ke Lombok settle dengan solat semua.

9.00pagi kami gerak ke boat untuk snorkling. Sebelum tu, Asrafe tlg belikan roti 4 bungkus sebab nak bagi ikan makan. Seperti yang dijanjikan. 9.15 pagi boat gerak dari 1 destinasi ke destinasi lain. 1st di terumbu karang iaitu terletak area Gili Meno. Sini banyak batu karang dan ikan. Setengah jam gak lepak sini.

Then gerak ke Gili Air. OTW kami brenti dekat tengah laut tengok penyu. Serius macam tak percaya penyu depan mata. Siap boleh berenang bersama-sama lagi uols. Beralun-alun jugak ler permukaan ayar. Bagi yang tak tahan, boleh meloya tau dak. Sini kami brenti dekat sejam. Aku, aisyah, asrafe dan nunah saja yang turun. Serius dalam. Laut pun biru gelap. Orang kata, kalau nak tau dalam ke tak, tengok pada air lautnya. Serius dalam. Agak penat jugak la masa kali ke2 aku turun ni. Tapi best.


Selepas dah puas tengok penyu, kami meneruskan perjalanan ke Gili Air. Sini aku dah tak turun. Rugi wey.... Sebab apa aku tak turun??? kihkihkih...Aku muntah 2x sampai aku dah lembik dan tak larat sangat. Tips untuk korang, tak yah ler tengok2 ikan melalui boat glass tu. Tu la yang menyebabkan aku muntah. Mata jadi kembang semacam macam kita tengok pakai kanta. Tu cerita dan pengalaman aku. Kalau hangpa aku tak tau la. 

Tapi sini aku rasa nyesal plak tak turun. Ikan besaq-besaq baq hang. Kami semua lunch dekat Gili Air. Dah namapun makan dalam pulau, harga jangan tanya la yer. Ayar nyiok pun RM15.00 dah la tak sedap, payau plak tu. Tu member aku nyer pengalaman. Aku ayaq limau ais sudah. Sebab tekak aku dah rasa lain, so nak yang masam-masam saja.  Kat sini aku spent Rp150.000.


Kol 1 kami gerak balik ke Gili Trawagan untuk siap2 balik ke Lombok. Janji dengan boat jam 3.30 ptg. Siap semua, kami tiba di Lombok pada jam 4 ptg dan dijemput oleh Pak Yusuf. 

Kami langsung ke Pusuk Monyet, tengok monyet2 yang jinak. Selepas tu, terus ke Gerai Bakso sebab yang lelain ngidam nak makan bakso original dari Indonesia.

Hari menginjak malam. OTW ke Lombok Senggigi Hotel, kami singgah di toko jual T-Shirt, Exotic. Sini nak beli t-shirt, memang terbaik. Material kain pun best. 

Selesai shopping, kami terus ke Senggigi mencari hotel kitaorang. Yang bestnyer, hotel kami dok dalam kampung sikit. Kena menapak masuk. Mula2 ngeri jugak. Macam2 kami baca doa. 200 meter ja nak jalan pun. Sebab malam dan penat, terasa jauhnya.

Lombok Sengigi Hotel terletak dekat Senggigi Beach. Dekat dengan mall. Tapi bukan sebelah laut. Dia diseberang jalan. Seperti biasa, luaq setinggan, dalam kondo. Rate bilik Rp820,000 untuk 2 malam. So 1 malam dalam Rp410.000.


Sampai hotel, kami disajikan dengan welcome drink. Watermelon juice. Sedap. Fresh bangat. Kami terus order dinner, nasi goreng 10. Senang sekali buat saja. Memasing naik bilik, tukaq baju, terjun swimming pool lagi. Mandi sampai puas. Makan malam tepi pool. Then naik bilik mandi, solat tidoq.



So, sampai sini dulu entry hari kedua aku bersama member2 yang lain.

Next entry aku share plak city tour. Main :-Air Terjun Sekutel dan Air Terjun Kelambu.

Love;
F.Niesa