05 September 2015

Travelogue : Jakarta & Bandung Part II

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , No comments

ARghhh!! tension baq hang. aku tak jumpa gambar 1st vacation aku ke bandung. But it's ok, aku continue story without picture. Nanti kalau ada, aku selit-selit masuk k.

Day 2.
After breakfast, kami check-out hotel untuk menuju ke Bandung di mana ianya mengambil masa selama 4 jam dari kota Jakarta. Pffff. Naik kematu punggungku. Hari tu hari Sabtu kalau tak salah aku. So jalan tak la macet. Sebab minggu liburan. 2 jam perjalanan, non hado RnR. Aku tengok lori-lori selamber badak ja brenti tepi jalan melepaskan hajat memasing. Eeee, no manners. Tapi itulah yang aku dapat lihat  bagaimana cultural sesebuah negara itu. Jauh perjalanan luas pemandangan. Sebab tu la kita kena banyak travel ke negara orang. AT LEAST kita dapat menghargai negara sendiri yang serba serbi cukup. 

Penat perjalanan dengan bus. Sampai di Bandung, kami terus ke tempat-tempat shopping. Penuh dengan factory outletnya. Kiri kanan, perghh!!! heaven. Toko menjual jeans murah-murah. Rumah Mode. Gudang tas tangan. Haishh!!! Macam-macam la. Kira sesampai terus shopping.

Day 3.
Hari ke-3, kami menaiki bus menuju ke Tangkuban Perahu. Ianya bekas gunung berapi yang masih ada debu-debu. Tapi tak aktif. Sejuk. Sampai di check-point pertama, kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda yang disediakan disitu. Van kecik la, yang memuatkan 6-8 orang. 

Di check-point ini ada gerai-gerai kecil. Kebanyakannya menjual baju sejuk, mafla, tutup telinga. Sejuk, memang sejuk. Tapi tak sesejuk oversea la. Standard cameron highland kita. Dan seperti biasa, peniaga-peniaga ni akan follow ke mana saja kita pergi. Even kalau korang perasan, yang dari kota bandung pun boleh sampai ke Tangkuban Perabu ni. Aggresif. Aku rimas. Yang juai-juai tu, mula sorang, tapi bila dah beli, 10 orang rakan diorang tetiba boleh ada dalam 1 1 masa. Tak ke haru. 

Marlin pun banyak. So beware la. Tawar habis-habisan. Dan FYI, jangan murah tertipu dan baik hati sangat. Buah-buah strawberry yang depa juai di atas gunung tu sebenarnya dicelup dengan gula. Tu yang bila diorang bagi rasa, kita akan rasa manis bangat. Tapi hakikatnya ianya telah dicelup dalam ayaq gula. Kan dah tertipu. 

Cantik view di atas. Ayaq kat toilet pun sejuk. 1 benda yang aku perasan, FM tak banyak dijual di toko-toko di bawah. I meant di kedai area pekan Bandung. So if korang nak beli, beli je kat atas tu. kat area tangkuban perahu. Tapi kena tawar betul-betul la. Beg-beg yang digunakan untuk isi telekung banyak sangat dijual. Even kita brenti bus pun, depa akan naik juai bila bus brenti. 1st day sampai 10 unit utk Rp100,000. 2nd day up jadi 11 pcs. sampaikan masa nak balik, diaorang ni macam tau2 sj berapa hari kita kat Bandung, Jakarta ni sampai ada yang leh dpt 16 pcs utk Rp100,000. Bayangkan la... T-Shirt Bandung pun mcm tu jugak. 

Settle di Tangkuban Perahu, kami singgah di kolam air panas. Just rendam-rendam kaki saja. Dan juga singgah di ladang strawberry diorang. 

Selesai sesi melawat, kami meneruskan agenda shopping di Pasar Baru. Tempat ni memang terkenal. Banyak kedai. Setiap level, 1 barang. So kalau korang masuk level yang juai telekung, mata memasing akan berpinar-pinar. Putih saja. Pintu pun banyak, so kena la hafal dan sekali lagi, BEWARE. 

Pasar Baru ni tutup tepat jam 5 petang. So, plan la siap-siap apa yang korang nak cari or beli. Persekitaran? KOTOR. Ayaq makanan semua aku tak berani nak beli. Dan tak teringin pun nak beli. Dengan debu-debu motor, kereta, masyaAllah. So selalu la bawa air dari hotel. 

Makan sepanjang trip aku memang tip-top. Sebab pi dengan ajen, so bab makan memang dititik beratkan. Kami terus ke Jakarta selesai berjalan-jalan di Bandung. Sampai di hotel malam. Dan memasing pun dah penat sangat.

Day 4.
Pulang ke Malaysia. Seperti biasa, selepas breakfast, check-out dan terus jalan-jalan. Flight kami  jam 3 petang, makanya kami kena ada di airport 3 jam lebih awal. untuk urusan imegresen dan airport tax.  Yang best nya kami tidak pula eksaited nak ke Manga 2. Di Jakarta, orang kata ke Manga 2 adalah wajib. Hurm,...tapi tidak bagi aku. Sebab dah penat shopping dekat Bandung. Kami ke Tanah Abang sahaja. Seperti di Bandung, kedai-kedai disini tutup jam 5 petang. Kami hanya ke Tanah Abang sahaja sebelum bergegas ke Airport. On the way ke airport, kami dah terlewat sebab macet. Yer ar, hari Isnin kot. So dah keja. 

Nak sampai airport lagi 30-45 minit. Tetiba semua traffic di WAJIBkan berhenti sebab Presiden Indonesia nak lalu dan menggunakan jalanraya. HELLO!!!! we ols dah lambat. Takkan semua traffic kena berhenti kot? Kalau ada kecemasan macam mana? Pak supir kami turu bertanyakan bapak polisi minta kebenaran sebab takut terlepas flight, pun tak boleh. 15-20 minit jugak la kena berhenti disebabkan PRESIDEN nak guna jalan. Haru wey haru. 

Aiport tax di Jakarta pada masa tu seorang Rp150,000. So make sure korang dh asingkan airport tax. kalau tak haru nanti.tak leh balik Malaysia...hehehehe

Oklah, sampai disini dulu story aku pasai percutian aku ke Jakarta-Bandung 2010. Gambar akan ku cari k. 

Next akan ada entry lagi ke Bandung. Tahun 2012. Stay tune. 




~Fath_Niesa~

Reactions:

0 comments: