16 September 2015

ETS Train

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Assalamualaikum semua.
Nak hupdate gak story yang lepas2 ni.

31hb Ogos 2015 yang lepas, dikala rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58, aku and geng crews of haji ahmad and hajjah nuriah telah menyambutnya di Padang Besar. Kebetulan jatuh pada hari Isnin dan off course semua cuti, tu yang boleh set date tu.

Aku yang planned. Yer r, mak sedara aku pakat-pakat teringin nak naik ETS Train dimana ianya mulai beroperasi pada Julai 2015 yang lepas. Dalam 1jam 30minit sj sampai Padang Besar. Lagi pun masih awal lagi train ni, so tak ramai lagi yang naik. Ok ler tu, 1 jam lebih saja, dari drive dekat 3 jam nak sampai sana. 

As usual, aku tak suka beli last minute, so aku dah beli tiket train lebih awal iaitu 3 minggu sebelum tarikh. Plan mula 11 orang saja. Last-last abang aku nak follow, So jadilah 14 orang semuanya ahli rombongan cik kiah kami. 

Naik kat mana? 
Memandangkan stesen Tasik Gelugor yang paling dekat dengan tempat aku, so kami naik dekat Tasik Gelugor saja.

Harga tiket?
RM19.00 untuk dewasa
RM14.00 untuk kanak2 (4-12thn) dan warga emas or pencen goment.
FOC untuk budak yang bawah 4thn.

Tapi harga yang aku bagi ni dari Stesen Tasik Gelugor na...Jangan confius plak. Tak pepasal hangpa dok pi argue dgn yg jaga kaunter. Haruuu....Dan harga tiket ni untuk ke Padang Besar yer..Diulang, PADANG BESAR. 


Departure Time :- 7.53am
So kena ada dekat train at least 15 minute before sebab nak panjat tangga lintas laluan train lagi. Make sure jangan silap platform na. Dekat tiket tulis 30minit sebelum train sampai. So make sure korang sampai awal la. Yang ada tiket tak dak masalah. Apa pun, kena ingat, HANGPA NAIK TRAIN NA BUKAN PI NAIK GHETA SENDIRI. so please, BE PUNCTUAL. Hangpa lewat, hangpa kena tinggai. Ingat train nak tunggu ka...

Arrival Time :- 9.30am. Padang Besar yer kengkawan.

Macam aku memang sesaja nak jejalan and merasa naik ETS. So memang tak membeli sangat la, even beli jugak. heee.. Apa pun, aku dah beli tiket balik siap-siap masa dekat TG. So tak la kalut masa nak balik nanti. Masa balik, train pukul 2.00 pm. Sampai Tasik Gelugor pukul 3.30 pm. 

Aku lupa nak bagi tau, train ni akan brenti di sepanjang 9 stesen kalau tak salah aku. Kira wow!!! 

Don't worry, korang boleh terus jamak dekat stesen Pdg Besar sebab surau ada disediakan, dan sempat nak solat. Tapi make sure korang selesai shopping awai la na. Kalau dh sampai dekat train pukul 1.50pm, celah mananya nak dan solat. 



Sebelum tu aku lupa nak cerita, hangpa sampai saja Stesen Padang Besar, hangpa akan naik tangga. Kalau ke kiri, hangpa blh p toilet, tapi kalau ke kanan, hangpa terus nak pi shopping...kikiki..

Jalan sikit saja. dalam 10minit. Bagi aku la....Lintas jalan dekat roundabout tu, terus menghala ke kiri, terus saja jalan. Nanti hangpa akan nampak la kedai-kedai situ. Naik teksi pun boleh. Tapi mahai la. Padahal hangpa blh save dengan jalan kaki saja. Sebab dekat bangat. Time balik kalau nak naik sangat teksi tu, naik la...sebab nak bw brg2 uols yang banyak.


Hokey la..selamat shopping semuanya.

Aku charlow bettey dulu.

Assalamualaikum...

Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: