04 September 2015

Diet Atkins

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Sedikit perkongsian.

Since 3 weeks ago, aku mengamalkan diet atkins. 5 hari cheating days. Serius, terasa rugi ya ammat bila makan nasi, bihun dan benda-benda yang berkabohidrat ni. Ingat lagi masa bulan posa, aku memang tak berbuka dengan nasi, tapi aku hentam bihun even tak banyak. Kuih-muih. Hurm, sebab tu tak turun. Salah konsep rupanya.

Member-member semua tanya kenapa nak diet, kan dah elok sekarang. Tak gemuk aih. Hurm, itu pandangan orang. Tapi aku selaku pembawa diri (cos owner diri aku adalah Allah) tau akan kondisi badan aku. Tak salah rasanya untuk menjaga kesihatan bagi kebaikan diri sendiri. Target untuk turunkan berat badan adalah sebanyak 10kg. Wish me success.

Percaya atau tak, since aku amalkan DA ni, aku lost 3.5 kg. Dan aku percaya and target utk continue 1-2 mths lagi sebelum aku beralih ke fasa seterusnya.

Kenapa DA? Hurm, aku pun tak tau mcm mana mula-mula aku terjebak nak amalkan diet ni. Tapi yang pastinya, selepas wedding Aishah, aku nekad untuk amalkan DA ni. Tapi 2 pagi mula tu aku bedal jugak nasi lemak. Bahahahaha.... TAPI TU LAST aku bfast makan NL sebelum cheating day aku masa wedding Nurul. 

Mulanya aku tak tau sangat apa tu Diet Atkins. Aku google untuk dapatkan banyak information berkaitan DA ni.

Aku masak sendiri. bayangkan pukul 6 pagi aku bangun untuk buat sup, buat tomyam, untuk bfast dengan lunch aku? Sejak aku amalkan DA ni, aku setiap pagi akan turun dapur to prepare bekalan aku. Duit pun save sebab xyah makan luaq. Later aku kongsi menu-menu aku. Gambar semua der dalam PC kt office aku. Lupa lak nak transfer n bawa balik. 

Apa itu Diet Atkins?
DA ni dia tak ambik sebarang makanan yang mengandungi carbo. Hanya protein sahaja. Nasi, bihun, mee, spagetty, roti, bijirin, berasaskan tepung, ubi, dan gula tidak diambil. Mempunyai 4 fasa. Fasa 1, max carbo yang blh ambik hanya 20g-25g. Aku tak ambik langsung. Sekurang-kurangnya 2 minggu untuk amalkan fasa 1 ni sebelum beralih ke fasa ke2. If ikut betul-betul, within 2 minggu, berat akan turun sehingga 4-6kg

Macam mana nak tau, kita boleh beralih ke fasa ke2? Sehingga kita dapat berat badan ideal. Hanya blh ambil, sayur-sayuran hijau, cheese, protein, nuts, seeds and healthy fats.



Fasa ke 2, 25g - 50g carbo.
Fasa ke 3, 50g - 80g carbo
Fasa ke 4, 80g - 100g carbo. Masa ni kena maintainkan la yer. Nasi pun dah boleh ambik.


Reactions:

0 comments: