23 July 2015

Travelogue : Jakarta & Bandung

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , No comments

#Throwback

Travelog kali ini mengimbas kembali percutian ke-2 aku selepas Ho Chi Minh, Vietnam. So aku ingat-ingat lupa perjalanan aku trip kali ini.

Seperti biasa, bagi aku yang tak pernah bercuti ke negara orang, aku follow saja ejen yang disediakan. Pakej ke Jakarta - Bandung ini memerlukan kos sebanyak RM2,400.00 kalau tak salah aku. Tapi aku bayar separuh, bonda top-up separuh. Kikikiki....Tqs mom. 

DAY 1:-

Aku pergi selama 4 hari, 3 malam. So quit pack jadual aku. Pakej yang digunakan adalah termasuk tix, flight (return), makan 2x (bfast provided by hotel), transportation, dan tour guide fee. Leader untuk trip ini adalah En. Salleh (officemate bonda). Aku just bawa duit poket RM300 bersamaan RP3 juta sahaja time tu. 


Kami menaiki flight MAS dari PIA. So transit di KLIA selama 1 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Jakarta Airport. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2j 30min. Actually masa tu, AA baru offer penerbangan direct dari PIA ke Bandung yang mengambil masa hanya 2 jam sahaja. Kami tiba di Jakarta dalam tengahari. Dan stay 1 night di Jakarta. 


Kami terus dibawa menikmati makan tengahari di Restoran yang menyediakan makan Sunda. Kemudian kami dibawa melawat Menara MONAS, tak turun dari bus pun, hanya meninjau menara dari dalam bus kerana kesesakan (orang Indon panggil machet) lalutintas yang tahap gaban. Mujurla time tu, perut semua orang tak meragam. Aku difahamkan bahawa, working days memang Jakarta akan menjadi bandar paling teruk kesesakannya. 

Gelandangan. Malam dijadikan rumah dibawah jambatan
Machet tak hingga baq hang

Jakarta juga merupakan pusat pentadbiran negara Indonesia. So banyak la bangunan-bangunan kerajaan sepanjang jalan. Melalui Menara MONAS, kami terus dibawa ke pusat Peranginan mereka. Atau lebih senang dipanggil pusat rekreasi. (sorry, nama tempat ni aku tak ingat). Tempat ini menempatkan banyak binatang-binatang seperti mini zoo. Ada badak sumbu, ikan lumba-lumba, dan macam-macam lagi. Ada juga show binatang. Bijak-bijak blaka. 



Meluangkanmasa hampir 1 jam di sini, kami kemudian dibawa ke Perkambungan Budaya Indonesia. Pun aku tak ingat nama tempat ni. Tapi kalau di Malaysia, Taman Mini dimana ianya menempatkan pelbagai jenis rumah tradisi mengikut suku kaum / etnik / budaya yang terdapat di negara Indonesia. Di sini aku dapat mempelajari rumah tradisi seperti Rumah dari Jawa Barat, Jawa Timur dan banyak lagi. Boleh naik cable car juga kalau malas nak berjalan. Sebabnya, kawasan ini tersangat la besar. 

Menikmati makan tengahari di Restoran Sunda
Kemudian kami terus ke hotel untuk check-in memandangkan seharian perjalanan kami tanpa henti. 

Mom bersama Arwah Aunty Ani.
Mom bersama Arwah Aunty Ani lagi.
Mom and da Geng

Selepas merehatkan badan, kami menikmati makan malam di Restoran yang menyediakan masakan Padang pulak. Perghhh!!!!!!!! Layan baq hang.

Selesai makan, pusing-pusing kota Jakarta sebelum balik hotel untuk tidur. Kerana esok pepagi kami semua akan bergerak ke Bandung yang mengambil masa lebih kurang 5-6 jam. 


Hokeylah, selesai entry Day-1 di bumi Jakarta. Entry selepas ini ke Bandung ke Kita plak.


Publish:-
~Fath_Niesa~




Reactions:

0 comments: