20 July 2015

Family Gathering 2015

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

#throwback

Syukur Alhamdulillah, segala perancangan selama sebulan terbayar jua akhirnya.

Tarikh :- 18-07-2015
Tempat :- Kediaman Rasmi Pn Hajjah Hasnah Bt Hj Ahmad
Masa :- 11.00 -7.00 ptg
Jumlah kehadiran :- 140 daripada 176 orang

Terima kasih pada Tn. Rumah Ngah dan Abg Pit yang sudi menerima kehadiran kami dan menjadi 'host'  bagi tahun ini. Jawapan bagi menetapkan dimana FM15 ini dibuat pada January 2015.

Terima kasih juga pada semua geng-geng hero Malaya yang menjadi tulang belakang dalam majlis kali ini. Tak dilupakan pada sokongan, dorongan dan sumbangan daripada semua pihak.

Duit bukanlah ukuran. Yang penting kasih sayang.
Kalau 1 hari daripada 365 hari pun susah nak berkumpul, apalah makna hidup anda.
Dan kalau duit yang dikeluarkan RM300 dalam sehari, apalah sgt jika nak dibandingkan gaji setahun RM24,000 (RM2,000 x 12 mths). Hanya 1.25% per annum sahaja.

Terima kasih juga pada MakNjang, Mak Niah, Mak Wa, Makcik, Mak Tam, Mak Teh yang tolong menyediakan beberapa juadah.

Terima kasih pada sedara mara yang stay sampai habis. Komitmen itu penting.

Diakhir kata, maaf jika terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Dan hopefully, jawatan 'presiden' (katanyaaaaa) boleh di'hand-over' pada mereka yang lain.



Reactions:

0 comments: