23 July 2015

Travelogue : Jakarta & Bandung

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , No comments

#Throwback

Travelog kali ini mengimbas kembali percutian ke-2 aku selepas Ho Chi Minh, Vietnam. So aku ingat-ingat lupa perjalanan aku trip kali ini.

Seperti biasa, bagi aku yang tak pernah bercuti ke negara orang, aku follow saja ejen yang disediakan. Pakej ke Jakarta - Bandung ini memerlukan kos sebanyak RM2,400.00 kalau tak salah aku. Tapi aku bayar separuh, bonda top-up separuh. Kikikiki....Tqs mom. 

DAY 1:-

Aku pergi selama 4 hari, 3 malam. So quit pack jadual aku. Pakej yang digunakan adalah termasuk tix, flight (return), makan 2x (bfast provided by hotel), transportation, dan tour guide fee. Leader untuk trip ini adalah En. Salleh (officemate bonda). Aku just bawa duit poket RM300 bersamaan RP3 juta sahaja time tu. 


Kami menaiki flight MAS dari PIA. So transit di KLIA selama 1 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Jakarta Airport. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2j 30min. Actually masa tu, AA baru offer penerbangan direct dari PIA ke Bandung yang mengambil masa hanya 2 jam sahaja. Kami tiba di Jakarta dalam tengahari. Dan stay 1 night di Jakarta. 


Kami terus dibawa menikmati makan tengahari di Restoran yang menyediakan makan Sunda. Kemudian kami dibawa melawat Menara MONAS, tak turun dari bus pun, hanya meninjau menara dari dalam bus kerana kesesakan (orang Indon panggil machet) lalutintas yang tahap gaban. Mujurla time tu, perut semua orang tak meragam. Aku difahamkan bahawa, working days memang Jakarta akan menjadi bandar paling teruk kesesakannya. 

Gelandangan. Malam dijadikan rumah dibawah jambatan
Machet tak hingga baq hang

Jakarta juga merupakan pusat pentadbiran negara Indonesia. So banyak la bangunan-bangunan kerajaan sepanjang jalan. Melalui Menara MONAS, kami terus dibawa ke pusat Peranginan mereka. Atau lebih senang dipanggil pusat rekreasi. (sorry, nama tempat ni aku tak ingat). Tempat ini menempatkan banyak binatang-binatang seperti mini zoo. Ada badak sumbu, ikan lumba-lumba, dan macam-macam lagi. Ada juga show binatang. Bijak-bijak blaka. 



Meluangkanmasa hampir 1 jam di sini, kami kemudian dibawa ke Perkambungan Budaya Indonesia. Pun aku tak ingat nama tempat ni. Tapi kalau di Malaysia, Taman Mini dimana ianya menempatkan pelbagai jenis rumah tradisi mengikut suku kaum / etnik / budaya yang terdapat di negara Indonesia. Di sini aku dapat mempelajari rumah tradisi seperti Rumah dari Jawa Barat, Jawa Timur dan banyak lagi. Boleh naik cable car juga kalau malas nak berjalan. Sebabnya, kawasan ini tersangat la besar. 

Menikmati makan tengahari di Restoran Sunda
Kemudian kami terus ke hotel untuk check-in memandangkan seharian perjalanan kami tanpa henti. 

Mom bersama Arwah Aunty Ani.
Mom bersama Arwah Aunty Ani lagi.
Mom and da Geng

Selepas merehatkan badan, kami menikmati makan malam di Restoran yang menyediakan masakan Padang pulak. Perghhh!!!!!!!! Layan baq hang.

Selesai makan, pusing-pusing kota Jakarta sebelum balik hotel untuk tidur. Kerana esok pepagi kami semua akan bergerak ke Bandung yang mengambil masa lebih kurang 5-6 jam. 


Hokeylah, selesai entry Day-1 di bumi Jakarta. Entry selepas ini ke Bandung ke Kita plak.


Publish:-
~Fath_Niesa~




Staff IKRAM UTARA Outing 2015

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

#betterlatethannever

Nampak tak hashtaq kat ataih tu.....

Okeylah, harini aku nak story morry sikit staff activity bagi tahun 2015 yang baru (baru kerss??) diadakan pada bulan lepas iaitu pada 16-18hb May 2015.

Destinasi pilihan kali ini adalah ke Pulau Langkawi. **finally**

Program bermula pada hari Sabtu dan berakhir pada hari Isnin. Penginapan kami selama 2 malam bertempat di Langkapuri Inn, Cenang. This time aku bawa mommy follow sama.

 

Sedikit ringkasan iternary sepanjang program STAFF OUTING IU 2015;-

Sabtu, 16hb May 2015 :-

  • 10.45 pagi   :- Bertolak dari jeti Kuala Kedah menuju ke Jeti Kuah
  • 12.00 tghari :- Tiba di Jeti Kuah.
  • 1.00 tghari   :- Lunch
  • 2.00 petang :- Check-in di Langkapuri Inn
  • 5.30 petang :- Persiapan BBQ
  • 9.30 malam :- Acara BBQ tamat
Ahad, 17hb May 2015
  • 7.00 pagi   :- Jogging ditangguhkan kerana hujan lebat
  • 7.45 pagi   :- Breakfast
  • 9.30 pagi   :- Bergerak ke Harbour Park
  • 11.00 pagi :- Singgah membeli gamat.
  • 11.30 pagi :- Menaiki boat untuk Island Tour. Gua Kelawar, Sangkar Ikan, melihat Burung Helang dan melihat pemandangan pulau-pulau.
  • 3.00 petang:- Membeli belah di Kompleks Haji Ismail Group.
  • 5.30 petang:- Bola sepak pantai dan banana boat.
  • 8.30 malam:- Dinner di Restoran Tomyam
  • 10.00 mlm :- Aktiviti bebas
 Isnin, 18hb May 2015
  • 7.00 pagi   :- Jogging pantai
  • 8.00 pagi   :- Breakfast
  • 11.00 pagi :- Check-out
  • 1.00 tghari :- Lunch di Jeti
  • 2.30 petang:- Bertolak dari Jeti Kuah
  • 4.00 petang:- Tiba di Jeti Kuala Kedah
  • Program tamat......
 Program ini melibat 90% staff IU.

Sampai disini dahulu perkongsian berhubung xtvt my office. Memandangkan ku kemalasan nak hupload gambar, makanya ini sahajalah yang hado....





Layannn.....

~Fath_Niesa~

20 July 2015

Family Gathering 2015

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

#throwback

Syukur Alhamdulillah, segala perancangan selama sebulan terbayar jua akhirnya.

Tarikh :- 18-07-2015
Tempat :- Kediaman Rasmi Pn Hajjah Hasnah Bt Hj Ahmad
Masa :- 11.00 -7.00 ptg
Jumlah kehadiran :- 140 daripada 176 orang

Terima kasih pada Tn. Rumah Ngah dan Abg Pit yang sudi menerima kehadiran kami dan menjadi 'host'  bagi tahun ini. Jawapan bagi menetapkan dimana FM15 ini dibuat pada January 2015.

Terima kasih juga pada semua geng-geng hero Malaya yang menjadi tulang belakang dalam majlis kali ini. Tak dilupakan pada sokongan, dorongan dan sumbangan daripada semua pihak.

Duit bukanlah ukuran. Yang penting kasih sayang.
Kalau 1 hari daripada 365 hari pun susah nak berkumpul, apalah makna hidup anda.
Dan kalau duit yang dikeluarkan RM300 dalam sehari, apalah sgt jika nak dibandingkan gaji setahun RM24,000 (RM2,000 x 12 mths). Hanya 1.25% per annum sahaja.

Terima kasih juga pada MakNjang, Mak Niah, Mak Wa, Makcik, Mak Tam, Mak Teh yang tolong menyediakan beberapa juadah.

Terima kasih pada sedara mara yang stay sampai habis. Komitmen itu penting.

Diakhir kata, maaf jika terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Dan hopefully, jawatan 'presiden' (katanyaaaaa) boleh di'hand-over' pada mereka yang lain.



08 July 2015

Hello July 2015

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Bonjour July!!!
Dah masuk 3rd Quarter. Cepatnya masa berlalu.
Lagi 9 hari saja lagi, umat Islam akan menemui Syawal pulak.
Kejapnyer lahai masa berlalu.

Bermula jugalah kesibukkan melanda dalam diri aku.
Big event every year.
This time i'm da coordinator bagi Tn.Rumah Ngah Hasnah.
Tu design batch button. 

K la, malas nak story bebanyak.
Aku dok tunggu banner Family Gathering 2015 tak sampai-sampai.
Haishhhh!!!
Ni haaa design banner tahun ni.
Aku la yang design yang ntah apa2ni.
#syukurselalu


~Fath_Niesa~