03 March 2015

Travelog : Surabaya (Part III)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Continue from :- Day 1

Day 2 : Friday, 6hb Feb 2015


Location :-
  1. Morning walk sekitar Jalan Rajawali.
  2. Tugu Pahlawan.
  3. House of Semporna.
  4. Pasar Atom.
  5. ITC (Ey-Tey-Sey)
Stay dekat Ibis Hotel ni memang strategik jugak la. Tempat-tempat aku yang aku pi di sekitar hotel. Contohnya Tugu Pahlawan. 500m dalam 10-15minit jalan kaki. House of Semporna 10 minit berjalan kaki. Pasar Turi naik beca. ITC jalan kaki. Balik hotel naik teksi sebabnya hujan di malam hari.

 

After breakfast, aku jejalan sekitar JR. 1st ke Tugu Pahlawan dulu. Kalau korang tengok betul-betul TP ni, dia berbentuk seperti paku yang diterbalikkan. Sejarah sila baca sendiri. Actually malam lagi cantik. Dia warna warni. tapi sodih, tak leh nak berhenti, aku lalu saja. Sebabnya hujan dan jalan macet.


Lepas tu ke House of Semporna. Like a mini museum. Tapi main dia, adalah tempat buat rokok.



Then ke Pasar Atom. Untuk ke Pasar Atom (PA) ni, aku naik beca saja. Rp10,000 per trip. Kesian aku tengok pakcik-pakcik ni mengayuh beca, dapat RM3.00 saja. Sob Sob...  

Kat PA ni aktiviti apa lagi kalau tak shopping. Langsir murah-murah. Siap dijahit ok. Baju-baju tak best. Tak banyak choice.Kalau nak nyoping baju-baju yang murah dan from butik,better di ITC.Pasar Atom ni yang terbesar dan tertua.patut la aku tengok ada bahagian yang tak der air-corn dan ada bahagian yang ada air-corn.  Ada bahagian yang baru, ada bahagian yang lama. Hurm...


Kalau korang nak beli bua-buahan tempatan yang fresh, dekat PA ni ada jual. Buah salak, buah ciku yang besar-besar. Dan macam aku hari tu nak cari Kopok Belinjau yang raw pun susah bangat. Sangat kecewa sebab sampai last day tak dapat. Depa juai yang dah digoreng. Hurm, beli sajalah sebagai buah tangan. Cari FM dengan Key-chain pun susah. Korang jangan tanya key-chain, depa tak tau, korang kena kata nak cari rantai kunci. Macam ayam dengan itik gak la dengan depa ni even serumpun katanyerrrr.
Settle memborong di PA, aku gerak ke ITC. 10 minit jugak la berjalan. On the way ke sana, aku dapat lihat umat-umat Rasulullah sedang solat Jumaat. Tempat kecik. Sedih baq hang. Macam surau ja depa berhimpit-himpit nak solat. Pulak tu, radioa shopping mall kuat nak mampuih. Hangin aku. Hopefully adala kekusyukkan di situ. Sayu saja. Bila teringat dekat Malaysia, alangkah mewahnya umat Islam di Malaysia, masjid surau banyak dan cantik-cantik. Syukur menjadi dan dilahirkan di Malaysia.
Last destinasi adalah di ITC Surabaya. Shopping lagi. Lalalala..... Seriously memang murah gila. Bayangkan blouse-blouse Rp50,000 bersamaan RM17.00 - RM18.00 saja. Macam mana la aku tak memborong. 


ITC ni ada 7 level kalau tak salah aku. Ikut lantai. Contohnya, Lantai 1, Shoe. Lantai 2 Bag. Lantai 3 Baju. Lantai 4 Gadget dan seterusnya. Lantai Rumah Tangga pun ada. Korang rasa apa? Furniture la...kelengkapan rumah. Segala mak nenek kt situ korang leh dapatkan. Lantai 7 yang last sekali food court. 

Dalam jam 5 ptg, aku balik bilik lepas lunch untuk rehat dan solat jamak. Malam selepas solat jamak taqdim, aku ke ITC semula untuk sambung borong kain telekung dan dinner pulak.









Hokey...settle untuk hari ke2.

Tunggu next day plok. JMP. ITC lagi. Money changer.

-Fath_Niesa-




Reactions:

0 comments: