02 March 2015

Travelog : Surabaya (Part II)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Continued from Part I

Day 1 : 5hb February 2015, Khamis

8.00 am : Bertolak dari rumah ke PIA.
9.30 am : Tiba di PIA. Biasalah, bila dah travel weekdays, terpaksa berperang dengan orang masuk kerja. Kebetulan ada accident. Alhamdulillah sampai around that time. Terus ke kaunter untuk drop luggage.
9.45 am : Lepak KFC sambil tunggu jemaah rombongan.
10.20 am : Boarding time.
11.00 am : should be take off, tapi flight delay....well as we known AA....
11.45 am : Calling and boarding time. Line-up utk check document.
12.00 pm : Flight ready to take-off
1.00 pm : Sampai KLIA 2. Terus ke kaunter drop luggage. Then lunch, makan, dan solat.
3.30 pm : Boading time. Tapi kitaorang 2.30pm dah check passport.
4.00 pm : Flight take-off
7.00 pm : Tiba di Juanda Airport.
10.30pm : Tiba di IBIS HOTEL

Rest..........zZZZzzzzZZZZ


Ha.... yang kat atas tu summary perjalanan hari pertama aku. Ni mai aku story 2 3 cerita sikit. 

Trip kali ni aku memang tak review blog sangat.1 day before yes! Tapi feedback yang aku dapat dan hasil dari reviewing aku tu, tak banyak interesting places yang boleh dilawati di Surabaya ni. 

Habis kenapa nak pergi? Sebab aku suka tengok tempat orang. Life style diorang. Kita akan lebih menghargai dengan apa yang kita ada sekarang ni. Hurm, tapi bila gi ke Korea, aku lebih kagum dengan sana. Alangkah best dan bagusnya kalau Malaysian ni ada sifat pembersih. Hurm.....

Masa di PIA biasa saja. Tapi bila sampai KLIA 2, pergh!!!!!! ceq kagum baq hanggg.... I'm proud to be Malaysian...Tip Top Meletop. Gila tak sesat. 1 day aku akan buat 1 entry pasai KLIA 2 ni saja. Serius memang leh tertinggal flight kottt....

Entrance saja aku dh tertarik. Ada macam bangunan baba dan nyonya. Nice laaa..

Kaki-kaki shopping tu, memang korang tak leh blah. Siap pandora. Top top brands..perghhh.... 

Security memang tip top. 3 level. Tang scan passport pun cukup la. ada 10 lane. Untuk passport Malaysia, you just do it yourself. Line-up (kalau ramai orang) masuk dalam kotak tu, then scan your pasport. Letak cap jari dan SIAP!!!!! Cepat siot. Mahap la no, gambar xleh nak ambik, sebab perrak punya pasai dan kawasan larangan untuk bergambar.

Toilet cun! Itu yang selalu dititik beratkan oleh aku. Boleh lena. Bila masuk untuk international departure hall, releks saja. Tenang dan damai baq hang. 

Tak ramai pun orang kita yang gi Surabaya. Flight penuh pun sebab diorang balik dari umrah. Hurm...attitude yang aku kurang senang dengan depa ni bila dalam flight, KETEGAQ nak MAmpuih. Dengan bising. Stewardess suruh ubah tempat, tak nak dengar. Bising sepasai. Haisshh!!!!  Aku hanya mampu berdoa saja supaya perjalanan aku dengan mak dan rakan-rakan sentiasa dalam lindungan Allah. 

Sampai di Juanda Airport, aku terus naik bus untuk ke arrival hall. Paling aku hangin, bila ambik luggage aku, aku dapati, lock aku dah tak dak. Beg aku dah dibukak. BODOH!!!! Memang bersumpah-sumpah dah aku. Dah dengan badan penat, setan pun dok mai cucuk kot ataih lagi. Tahan ja diri ni tak nak bukak. Aku yakinkan diri duit aku masih selamat dalam tu. 

Settle ambil luggage, terus cari teksi. Hah!!!! Time ni la rega nak kena nego. Bagi 1 keta yang harga dia Rp400,000. Memang la muat 10 orang. Rega tu aku tak berkenan. Decide cari kereta lain. Tanyakan Avanza. pecah 5-5 so ambil 2 buah. 1 buah Rp135,000. So total Rp270,000. So korang rasa macam mana? Please use your brain sebelum buat decision.  Tak ke jimat Rp130,000. Jangan mudah tertipu.
My dinner. Room service

Sampai Ibis Hotel, tanya harga, pergh!!!! memang sanggup lena kat masjid baq hang. Kalau aku sorang ni, aku cari hotel lain dah. Tapi yang lelain dah penat seharian punya perjalanan, so we decide stay Ibis Hotel di Jalan Rajawali 3 malam. Total per room for 3 nite Rp1,525,000 dalam RM500 utk 3 malam.

Untuk pengetahuan korang, di Indonesia mostly hotel masa weekdays lagi mahai dari weekend tau. Tak macam kat Malaysia. 

Yang syiok nya tu, Pak Supir keta aku tanyakan kami

Pak Supir :  "ibu-ibu semua ada acaranya apa di sini? Kerja ya..." 
Aku : "enggak. saja mau liburan.."
Pak Supir : Mau liburan? Sini enggak ada apa-apa.

Patutla bila aku tanya kat sini tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati di mana, Pak Supir pun tak tau...Haissh!!! Salah daerah dah aku sampai ni. 
Aku : Sini makanan khas nya apa ya?
Pak Supir : Hmm.... Rawon Setan. Rujak Cingur. Bebek Goreng.
Aku : Hah??? Setan...kalau di Malaysia setan itu syaitan. evil. Dengaq pun kembang tekak den.

Hurm, last-last aku diam. Penat bangat. Hujan di Kota Surabaya. Siap dengan banjir baq hang. Sore, hujan.

Sampai bilik, terus solat, makan (ni pun room service saja) dan ZzzzZZ..

Ok. jumpa di next window.

C yea..

-Fatg_Niesa-

Reactions:

0 comments: