25 January 2015

Bila Hati Berbicara

BY Fath_n!e$@ IN No comments


Hello. Aku jamu hangpa dengan gambaq selfie aku dulu naa...

Dah nak penghujung January 2015 baru terhegeh-hegeh update story. Haaa laaa.... hangpa ada masa nak membaca. Aku mai masuk bulan doblas tahun lepas sampai la ni dok cbuk. Bangla pun cuti bersenang lenang. Awai bulan doblas, dah kena p Kajang ISO Training. Dah pulak nama naik jadi committee untuk ISO Team bagi Northern Regional. Sapa yang pernah terlibat dgn ISO ni tahu la komitmen yang perlu diberikan macam mana untuk capai standard diorg. Berkampung la 4 hari dekat Prescott Kajang. Untuk pertama kalinya (bagi aku, tapi November haritu dah der yang pi, tapi 5 orang sahaja), Northern hantar 8 orang. 

Balik dari Kajang, sibuk dengan nak closing account bagi bulan November. Pihak HQ dah meminta sebab diorang pun nak kena submit ke middle management pulak. Susah hati, Tuhan sajalah yang tahu, di tambah pulak dengan nak running lagi 2 company baru. Dapat arahan last minute. Dah lali dengan keadaan last minute-last minute ni, Bila sampai di department aku saja, semuanya last minute. Lepas tu kena kejan sokmo. Nyampah!!!!!!!!!!!!!!!! (awal-awal tahun dah ngomelkan??)

Proses nak bukak akaun bank 1 hal. Bank kata tak original la, itu ini. That's why aku suka tengok sendiri every documentation yang dihantar. Thru the phone, bermasalah..Mujurlah asst.manager bank tu dah kenal dan selalu berurusan dengan aku. So, proses untuk search company dia cuba buat dalam 2 hari even 3 hari bekerja diperlukan. Everything settle 1 hari sebelum due-date. Dalam kesibukkan aku uruskan pembukaan account company2 baru, ada juga yang tak faham-faham akan keadaan aku. Bila setiap kali explain, setiap kali itulah soalan yang sama diajukan. Hellllllooooo!!! aku bukan dewa yang 6 pasang tangan dan kaki yang boleh buat 20 keja dalam 1 masa. Aku bukan robot atau machine. 

Awal January 2015, kena bertandang lagi seminggu untuk 2nd session ISO Training. Balik then 3rd week aku dengan asst.aku diarahkan untuk GST Training yang dianjurkan oleh internal management pulak. bagi 2 hari training. Hmmm... Later on aku akan story la semua -semua ni. Ni cuma highlight saja.

Letih bila bercakap pasal kerja. Penat otak bila memikirkan hal-hal kerja.
Tapi bila orang tanya dah berapa tahun berkhidmat? Nak masuk tahun ke-5.
Wow!!! Congrats Fath.... masih bertahan hang no dengan 1-1 company.
Yups!!! bertahan selagi masih boleh bertahan.

Perancangan DIA mengatasi segalaNya, even since September 2014 lagi aku dah pun bersedia untuk mengangkat dari company sekarang.
Mempersiapkan diri jika rezeki aku ditempat lain.
Memberi hint pada si Big Boss, bahawa jika rezeki aku bukan disini lagi. 
2nd week of November dukacita dimaklumkan rezeki aku bukan bersama team govt. Rezeki aku masih di tempat lama, walaupun perbezaan gaji dimana aku perlu bermula dari bawah, aku dah sampai tak kesah, janji aku keluar dari sini. 

Mom tanya samada aku kecewa atau tidak dengan keputusan yang diperolehi.
Jujur aku jawab YA!!! kecewa sangat buat masa ni. sebab dah sampai di final level. dan diri pun dah ready nak tinggalkan kerjaya lama.......tapi.... redha dalam terpaksa. (ketika itu)
Nangis. Kali ini KEGAGALAN itu membuatkan aku menangis.
Dan disaat aku ditanya oleh BB, terpancar riak kelegaan di wajah dia. Soalan yang sama diajukan kepada aku. KECEWA? Yes!!!! (sorry boss, saya tak mampu nak hipokrit. walaupun kejujuran itu sedikit menyentak nun jauh disudut hati...)

Masuk December 2014, sedaya upaya aku bangkitkan kembali semangat bekerja dengan membawa aura baru. Redha, pasrah, tawakal dengan percaturan yang telah diaturkan oleh DIA.

Ini doa aku buat kalian yang membaca entry ini. Maaf di atas segalanya sepanjang tahun 2014. Jangan pernah penat untuk memberi tunjuk ajar dan menegur kekhilafan aku ini. 



_f4th-nies4_

Reactions:

0 comments: