05 November 2014

Setitis Kasih Darmia

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments


SINOPSIS NOVEL SETITIS KASIH DARMIA
Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela.Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar.Mujur ada Opah dan Haliza sepupunya. Tawaran sambung belajar yang ditawar oleh Haliza disambut gembira oleh Darmia. Namun,lelaki bernama Khairul Amir yang pernah melafaz ijab kabul kepadanya merangkap kekasih dan majikan Haliza membuat hidupnya  mengharu birukan keadaan.Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar dan rahsia yang terpendam selama ini terbongkar jua. Kasih Haliza pada Darmia juga berkecai. Khairul Amir nekad,biar hilang segalanya di dunia,setitis kasih Darmia terus dinanti.


Drama adaptasi novel berjudul Setitis Kasih Darmia pula akan menyusul di slot Ratu TV9. Menampilkan sekali lagi gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Saksikan drama ini bersiaran mulai 14 Oktober 2014, pada setiap hari Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam. Penonton juga boleh menyaksikan siri ini di laman tonton.com.my
JUDUL : SETITIS KASIH DARMIA
EPISOD : 14 episod 
TARIKH : 14 Oktober 2014 (Selasa-Rabu - 8.30malam) 
SIARAN : Slot Ratu TV9 
NOVELIS : Naniey TJ
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative
PELAKON : Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Zarynn Minn, Josiah Hogan, Puteri Chichi, Azizah Mahzan, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi, Dato Jalaluddin, Ziela Jalil, Nasir Bilal Khan
 
WATAK PELAKON 
Nelydia Senrose sebagai Darmia 
Sharnaaz Ahmad sebagai Khairul Amir
Zaryn Min sebagai Haliza
Fauziah Nawi sebagai Opah
Liza Abdullah sebagai Mak Ngah
Kazar sebagai Pak Ngah
Azizah Mahzan sebagai Mak long 
Nasir Bilal Khan sebagai Pak ngah salleh
Puteri Chi Chi sebagai Anis Alisa
Joshua sebagai Zulfekar 
SINOPSIS DRAMA SETITIS KASIH DARMIA

Setitis Kasih Darmia adalah sebuah drama adaptasi daripada novel nukilan Naniey TJ, mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya. Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.

Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar. Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi pertahankan kebahagiaan hidupnya.

Reactions:

0 comments: