05 November 2014

Exam + Temuduga + Dukacita

BY Fath_n!e$@ 2 comments

Weeehuuu!!!
Happy weekend uolsssss

Hari ni sesaja aku nak story morry skit perjalanan aku menghadapi sesi peperiksaan dan sesi temuduga yang baru saja selesai semalam.

Korang dah settle ke? Kalau tak salah aku, sesi temuduga sedang dijalankan dari 7hb Oktober 2014 sehingga 27hb October 2014. Good luck guys. Aku dah selamat semalam :)

Bermula sesi menduduki peperiksaan yang dijalankan oleh TEAM SPA dengan kaedah atas talian. Nampak senang, tapi susah. Korang ingat dengan buat exam atas talian ni, korang leh meniru? Ada hati nak tanya orang? Kikikiki, lupakan sajaaaa.... Lain orang lain soalan (aku rasa la..) Sebabnya, 1 Malaysia kot menjawab exam online ni. Dan korang ingat team2 SPA yang jaga exam2 ni bodoh ke nak bagi kita jawab soalan yang sama dalam satu masa yang sama? Kalau aku jawab soalan no.1, korang mungkin akan jawab soalan tu pada no.10 untuk line korang. Math? nak guna calculator? heeee... MIMPI wey!!!! xdan nya nak tekan2 button segala bagai. Memang x sempat dengan masa yang diberikan. Kalau boleh conggak, aku dah conggak. Kalau aku ada otak macam adik Adi Putra, memang aku leh conggak. Bahahahaha.

Sebenarnya exam kali ni, 1st aku ambil thru online. Tapi rupanya dah pernah buat exam on9 ni. Hurm,,, dan masalah yang sama juga aku hadapi masa exam dijalankan. 5 jam lebih wey aku terconggok kat office tu semata-mata nak jawab exam. Aku siap dan balik rumah dengan drive lelaju takut-takut terlepas soalan2 or terkurang masa nanti. Alih-alih, hampeh. Sama ja. Tak leh masuk pun. Nak tengok soalan apa tah lagi. Dok SILA MENUNGGU!!! sampai aku lena la. 

Syukurlah diorang bukak untuk calon-calon RESEAT exam balik. Bila dah 2nd time ambik, mood pun dah berbeza. Jawab asal boleh. member aku yang tolong member dia pun kata susah. Heeee... Tapi syukur Alhamdulillah, exam SPA aku kali ni BERJAYA dan diminta MENUNGGU PANGGILAN TEMUDUGA. So, aku berharap agar jika KASTAM adalah kerjaya terbaru aku, aku minta daripadaNYA semoga dipermudahkan. 

3hb Oktober, kawan aku mesej. "Eh! babe, dapat dekat mana temuduga nanti?" Hoh!!  terkezut makkk.. Dah keluar ke? MasyaAllah. Cepat plak terasa. Aku cuba bukak thru handphone. Tak boleh. Website SPA ting tong plak dah. Aku minta tolong kawan aku, Syikin check kejap untuk aku. Dia print screen and wasap aku. KOMTAR. Tingkat 47. 10.10.2014. Jam 8.00 pagi. Arghhh!!! sudah. aku jangkakan kena kat seberang jaya ka? Aku blah-blah Penang ni FAIL ya amat. Nama ja  orang Penang. Tapi, hampehh... Ye ar, aku bukan nya kaki jalan kat negeri sendiri..kikiki.. MAAFKAN SAYA.

Malas cita babe interview. Yang pastinya hampir sebulan temuduga kastam dijalankan. Bermula selepas raya haji 7hb - 28hb October yang lalu. Result keluar 3hb November. Ikutkan pada slip temuduga result sepatutnya keluar 27hb. Tapi.... leh terlajak awal....

DUKACITA adalah dimaklumkan anda gagal dalam temuduga..something like that la.

Perasaan aku? Jujurnya UP SET sangat.  Tapi aku percaya, rezeki yang lebih baik ada dihadapan. He knows what the best for me. Kastam mungkin bukan yang terbaik buat aku.

Sekarang aku tengah reload balik semangat yang dah hilang. Ambik mood untuk kembali seronok bekerja di sini. Arghhh!!! it's hard for me. But i'll try my best




Reactions:

2 comments:

**PriNciPLe_AmZy** said...

Hai ... aku blogwalking!!!! kahkahkah :p

Lama kot tak buat...

Cerita ni aku rasa aku tengok satu episod je ... Malas plak nak ngikut :p

Fath_n!e$@ said...

aku rasanya hang salah comment kt entry post aku. hg nak komen kt drama kasih darmia kan? bahahaha