30 September 2014

Cerita Semalam

BY Fath_n!e$@ No comments

Hello...
(lap-lap sikit sawang-sawang ni...haisshh)

Cerita semalam?
Cerita apa? Apa yang terjadi semalam?
Idok ler yang malam semalam punya, tapi minggu-minggu yang dilalui sebelum ini.


Pejam celik, pejam celik hari ni dah hari Selasa.
Cepat nyer masa berlalu pergi.
Hujung minggu ni raya haji pulak, makanya Isnin depan, Syirah akan ikut my sister balik Sarawak.
Sodihnyerrr.....

Makanya, last weekend aku ajak mak baw shiirah gi jejalan.
Sabtu gi tengok rumah dekat Kubang Menerong.
Ahad gi shopping dekat Maidin Bertam.
Alhamdulillah, bab jalan si kecik memang tak der masalah. Diam saja. Seronok tengok orang lalu lalang depan dia.
Aku yang risau lebih takut dia ngantuk ker, tak selesa ka sebab ramai orang.

Dan last week juga, barang yang ditunggu telah tiba.
Apakah????
Cer teka.....









tada...... yeah!!! travelog photo aku. a.k.a photo book.


Mana aku beli?
Korang gi jer dekat sini www.foto-zzoom.com.my. Semuanya online.
Order thru online, bayar thru online. Within 2 weeks, benda tu akan sampai.
Yang penting kalis air dan kemas.
Kenapa tetiba aku buat? Tak membazir ker?

Jawapannya senang. Aku gi jejalan jejauh, tak salah aku spent sikit untuk kenangan aku. Yups, soft copy ada. Hardcopy pun ada. Aku print jugak. Tapi nak buat something special just for my memory.

Kenangan kemana aku buat?
Pastilah Ke Korea Ke Kita. 

Okeylah...

bye....

Publish;
FNiesa

22 September 2014

Sembunyi Rahsia

BY Fath_n!e$@ IN , No comments


Pernahkah kau terfikir
Rindu ini hadir menghangatku
Hadir bicara cinta
Yang menyapa di lubuk hatiku
Dan kau tersenyum
Mengerti
Menyahut hatiku yang menanti

Kenangan dulu
Mencari ruang rindu di jiwaku
Percaya kasihku
Mimpi indah pasti bersatu
Ohhh...

Pernahkah kau terfikir
Rindu ini hadir menghangatku
Dan kau tersenyum
Mengerti
Menyahut hatiku yang menanti

Kenangan dulu
Mencari ruang rindu di jiwaku
Percaya kasihku
Mimpi indah pasti bersatu
Ohhh...

Di balik kata sembunyi rahsia
Tak ku jangka dirimu yang bertakhta

Kenangan dulu
Mencari ruang rindu di jiwaku
Percaya kasihku
Mimpi indah pasti bersatu
Ohhh...

Sering percaya
Betapa rasa indah yang tercipta
Mengajar diriku
Erti sebenar bahagia

Di balik kata sembunyi rahsia
Tak ku jangka dirimu yang bertakhta

Lirik: Frozen
Lagu: Hyper Act

18 September 2014

Angan2 Cuma

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Korang minat baca novel tak?
Mostly novel-novel kat pasaran pasai cerita cinta kan?
Konflik sana konflik sini, betul tak?
Aku bukan nak condemn novel cintan-cintun ni. Oh!! jangan salah faham ek!!!
Sebab aku pun terjebak gak dengan novel-novel nih...bahahaha

Selalunya korang mesti nak yang happy ending ja kan?
Terimagine hero tu sure hensem?
Kekadang tu, siap letakkan diri sendiri kat tempat heroin dalam novel tu.
Betul tak, betul tak?
Sebab tu korang leh nangis, leh sedih, senyum sorang-sorang, gelak sorang, marah pun sorang-sorang.
kan? Kan? Kan?

SEBAB AKU PUN CENGITU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hahahahahhaha....

Haisshh!!! Bila dah membaca banyak, mula la teringin kan asben macam Luqman macam dalam crita Maaf Jika Aku Tak Sempurna, nak boipren macam Tengku Adam Mukriz dalam Ariana Rose, nak boipren macam Adam dalam novel Adam dan Hawa dan der gak yang teringin asben macam Zill dalam Rindu Awak 200% tu.... hahahahaha....Semua tu hanya angan-angan cuma.... Verangan boley..... dan boleh BLAH!!!!!

Tu jer pun aku nak kongsi.

Aku pun berangan jugak.
Angan-angan kosong.
Tak der maksud lebih-lebih.

kbai....

c u next entry...

Hurm,,, ku ingin kongsi pasai perkahwinan sikit...hurmm.. hurmm.. panduan buat ku jua,

ok la. td dah kbai kan.

Publish;
FNiesa

12 September 2014

Sesal Separuh Nyawa ~ Alyah

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn
Mana harusku hamparkan

Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati

Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

11 September 2014

Next Vacation???

BY Fath_n!e$@ No comments

Holla u ols...
Memandangkan harini, hari yang ketiga untuk permasalahan terhadap accounting system dekat seluruh office aku, makanya aku decide lepak blog jer la. Aci tak?

Macam biasala, aku ni akan 'mata cerah' sikit bila bab-bab nak bercuti ni.
Excited baq hang.

Soon inshaAllah segala urusan pembelian tiket flight aku dah settlekan awal-awal.
From penang to KL and from KL to ????? Return ticket.
Aku selalunya akan beli tiket flight dulu then sebulan sebelum fly aku akan cari info berkaitan tempat-tempat yang akan kunjungan.
This time aku pergi dengan mom dan kawan-kawannya.
Still tak gunakan ejen, but for accommodation and transportation akan diuruskan oleh kawan mom.

Tapi aku akan pastikan semua info-info akan diperolehi untuk travelogue aku.
Stay tuned......

Sekarang ni yang masih dalam perancangan adalah untuk aku fly ke Gold Cost dan Sydney.
So far tiket flight yang aku dapat dr Kolumpu ke Sydney RM514 dan Gold Cost balik Kolumpo RM7++. Korang rasa kan, mahal ke murah ek? Kalau bagi aku untuk ke Sydney tu murah la...
Hurm...
Mungkin aku rasa mahal sebab tiket paling mahal pun setakat yang aku pernah beli RM1,000.00 ms ke Korea dulu.

Ok kot kan?

Untuk ke Sydney and GC, aku akan ambik pakej ground. Orang Malaysia gak yang buat service ni. Sebabnya aku fikirkan bab makan dan nak solat. Aku lebih terasa selamat berada di Korea berbanding negara omputih ni.

So, untuk ground pakej, RM2,600 untuk penginapan, transport, domestik flight, tiket masuk di GC. Harga tu untuk 8 hari. OK ker? Tapi member aku g GC saja pun dh RM2,000. Tu tak termasuk tiket flight. Aku rasa should be ok.

Semoga semua yang aku plan akan diperkenankan oleh Allah.
Dan sentiasa di bawah lindungan-Nya.

Kalau jadi, makanya October sampai la aku ke Aussie.

Wallahualam

Publish;
FNiesa 

03 September 2014

Bonda Express

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Woot! woot! woot!

Bonda express?kikikiki...
Sekarang aku ada 3 orang anak yang nak kena handle dekat rumah.
Anak abang, 2 orang berusia 7 tahun dan 5 tahun.
dan anak kakak 1 orang baru 3 bulan 23 hari.

Hidup aku totally changed setakat 1 bulan ni.
Semua timing aku kena adjust balik.
Dulu bangun pagi nak p kerja pukul 6.30pg atau 6.45pagi.
Tapi sekarang dah weng!!!
Koi 1 bangun, koi 3 bangun, koi 5 bangun... sebab kena buat susu dan tukaq pampers.

Weekdays, mom aku jaga si kecik sampai aku balik keja.
Weekend aku jaga si kecik.
Pipi dia sokmo kena sondoi dengan achik dia ni.
Geram wey!!!!
Suka sangat bau baby ni.
Wangiiiiii sannngggaaaattttt...hmmmm

Nanti lepas raya haji, si kecik dah nak balik.
sob sob sob..
Achik gonna miss you syirah....please be good girl k
Dia suka bersembang pagi-pagi...manja sangat.
Hopefully pengasuh baru dia jaga syirah dengan baik.
Sabar dengan syirah.
Selalu bersembang dengan dia....
huuuuu....

Syirah, achik sayang kamu sangat-sangat.
Nanti kalau achik dan CT jaga syirah lama-lama, kita sesama susah sebab memasing kerinduan.
Demi syirah, CT dan achik jaga sampai raya ni saja.





Wallahualam..

Publish;
FNiesa