22 August 2014

#MH17 dalam Kenangan

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Innalillahiwainnailahiroji'un dan Al-fatihah kepada mangsa-mangsa #MH17 yang beragama Islam dan salam takziah pada mangsa yang bukan beragama Islam.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Hanya doa dan sokongan yang mampu aku titipkan kepada mangsa dan ahli keluarga mangsa.



Hari ini, seluruh #MalaysiaBerkabung dengan kepulangan jenazah-jenazah mangsa #MH17 #WelcomeHomeMH17 #MH17DalamKenangan


Bila setiap kali melihat rentetan berkaitan insiden #MH17 yang tersiar di kaca TV, pasti aku terasa sebak. Kekadang aku terfikir, Why Malaysia? Kenapa kami diduga lagi? Betul ka MH17 ditembak? Persoalan 'jahat' yang ada kalanya berlegar-legar difikiran aku. Tapi itulah Qada dan Qadar nya. Aku terpaksa menerima semua ini. Rakyat Malaysia juga perlu menerimanya. Begitu juga ahli keluarga mangsa.



Allah tidak akan menduga hambaNya melebihi apa yang mampu mereka tanggung. Kerana kemampuan kesabaran yang tinggi inilah, Allah memberi sedikit ujian lagi. HambaNya telah kembali semula kepadaNya. Mereka sekadar pinjaman buat kita di dunia ini. Aku tidak layak mempersoalkannya lagi.















Tenanglah engkau di sana.
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi kalian.
Kami rakyat-rakyat Malaysia dan umat Islam akan sentiasa mendoakan kalian.
#MH17DalamKenangan
#PrayforMalaysia

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah kekuatan yang berlipat kali ganda kepada ahli-ahli keluarga mangsa #MH17 ini. Sesungguhnya mereka juga insan yang lemah. Engkau tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Ameen.
 
Terima Kasih kepada juruterbang2 MAS kerana membawa pulang jenazah-jenazah #MH17 dengan selamatnya

Publish;
FNiesa 


Sumber gambar dari BHOnline

Reactions:

0 comments: