26 August 2014

"Kenapa achik tak kawin lagi?"

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Vah!!! Vah!!! Vah!!!
Tajuk tak leh blah hokey?
"Kenapa achik tak kawin lagi?"

Tetiba haku teringat pada pertanyaan yang dikemukakan oleh buah-buahan hati aku Damia Batrisyia ketika diorang balik untuk beraya di Penang tahun ni. Ketika soalan itu diajukan pada aku, aku tengah lipat baju di ruang tamu. Mom tengah buaikan DBSJr. Kak Ngah dan BIL aku ke rumah baru mereka untuk settlekan beberapa benda sebelum berangkat balik ke Sarawak semula.

Tiba-tiba:- "Achik, kenapa achik tak kawin lagi?"

Lama jugak la aku terdiam. Mencari jawapan untuk buah2an hati aku yang sorang ni.

Aku : Kenapa kakak tanya macam ni?
Tisya : Yer la, kakak nak tanya la.
Aku : Hurm, kalau achik kawin, nanti achik xleh nak raya dengan CT. Tak leh raya dengan kakak. Tak leh jaga kakak. Tak leh nak sayang kakak dan adik-adik banyak-banyak macam ni dah.

*cuba pancing tisya

Tiysa : Tak per la......

 Tiba-tiba
Mom : Tapi kalau achik kawin, ada orang jaga achik kan, kakak? Achik ada pakcik.

 (dlm hati tak kerlas la mak pakcik...uncle ok...kehkehkeh. still nak demand omputih kauuu)

Tisya : aha..betul tu. Ada orang sayang achik. Ada orang jaga achik.

Arghh!!!sudah mak aku ni....

Tisya : Kakak nak achik kawin.....
 Aku : Dah la kakak, tanya soalan lain plak k.

Arghhh!!!! STRESSSSS tahap cipan. sebab soalan tu dari buah2an hati aku sendiri. Kalau orang lain aku ok jerssss...



-----------------------------------------------


Hari lain......

Sebelum-sebelum ni aku ada memikirkan kenapa Allah tak memberi jodoh kepada aku dengan cepat. Yang pastinya positive saja yang aku nampak.

Sebab : Kak Ngah, Abang Long dan Mak masih perlukan aku. 

Yeah!!! Itulah jawapan yang aku jumpa dalam persoalan ini. Jodoh itu Rahsia Allah. Allah Maha Mengetahuinya. Jangan kita menidakkan jodoh kita yang sedikit lewat dan jangan kita riak pada mereka jika jodoh kita awal daripada mereka.

Tak perlulah untuk aku mendetailkan lagi sebab nya. 
Ada mata boleh dilihat. Ada otak boleh berfikir.
Tapi yang pasti, mulut jangan dok mengata kat orang k.

Kalau aku berkahwin, yer, pasti ada yang akan menjaga aku. Pasti akan sayang kan aku. Tapi belum pasti aku dapat berkhidmat pada mereka yang aku sayang seperti sekarang ini. Fly ke sana sini (bukan percutian aku yer, kalau der en.hasben pun akan ku ajak juga dia travel dengan aku. Lagi syiok kot sebab dah jumpa soulmate, plus kaki travel. Tapi id tak kaki travel pun, aku ku jadikan dia juga seorang traveller. Perghhh) Cuti panjang untuk menjaga #buah2anhatiachik tu. 

Hidup ni bukan macam dalam novel yang aku baca. Tapi sedikit sebanyak terdetik juga dalam hati ni. Bahahahah..gedix tahap cipan.

Arghh!!! Sakit jugak story bab-bab kawin ni. 

Apa yang mampu aku lakukan sekarang, berdoa dan terus berdoa agar jodoh aku disegerakan.
Agar orang sekeliling aku tidak akan bertanya lagi. 
Agar aku disayangi dan menyayangi.
Agar aku berjumpa dengan hamba Allah yang sempurna imannya, yang sempurna agamanya dan yang sempurna solatnya kerana dialah bakal imam dan pembimbing aku dan anak-anak aku ke jalan yang diredhai Allah. Ameen.

Memilih?

Yupsss!! Aku pemilih.
Tapi aku memilih dari segi agama tak salahkan? 

Nobody perfect!!!
Yessss!!! I know it.
Sebab aku pun tak sempurna.
Khilat sana sini.

Arghhh!! tengok? dh terjebak dengan novel.
kihkihkih.

Hokeylah.
Dah jemukan asyik-asyik cakap bab kawin, bab jodoh.

C u next entry.
Doakan jodoh saya yer.

Saya pun nak rasai kenikmatan berumahtangga.
Solat berimam.
Qiam bersama.
Tazkirah berguru.

haisshh!!!!!
stop it FKZ.

love - peace - care

Publish:
FNiesa



Reactions:

0 comments: