19 August 2014

Family Gathering 2014 (Vol.I)

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Hello uols,

Untuk syawal ke-2 aku memang tak ke mana-mana. Lepak rumah saja main dengan anak-anak buah aku. Tetapi untuk Syawal ke-3, aku ada FAMILY GATHERING 2014. Syukur Alhamdulillah, anjuran kali ke-4 berjalan dengan lancar.

Tarikh : 30hb Julai 2014 bersamaan 3 Syawal 1435H
Hari : Rabu
Tempat: Teratak Long di Kulim

Jumlah kehadiran : 116 orang
Terdiri daripada :
  1. 11 orang anak (2nd Generation)
  2. 6 orang menantu
  3. 41 orang cucu (3rd Generation)
  4. 16 orang cucu menantu
  5. 42 orang cicit (4th Generation)
Syukur alhamdulillah, hajat untuk mencukupkan 11 orang anak arwah Wan dan Tok akhirnya tercapai jua di bumi Kulim. 

Menu untuk perjumpaan kali ini ialah laksa, nasi tomato, kambing bakar, ayam bakar dan ayam goreng, lemang, fruit salad dan banyak lagi. 

Bermula dengan majlis bacaan Yaasin dan tahlil buat arwah tok, wan, nenek dan sanak saudara Crews yang telah kembali menghadap Ilahi terlebih dahulu. Selesai tahlil, semua Crews dijemput untuk menjamu selera dan solat Zuhur secara berjemaah. Akhir sekali, sesi bergambar bermula.

Terima kasih pada semua #CrewsOfHajiAhmadAndHajjahNuriah atas kerjasama yang diberikan 120% dalam menjayakan setiap family gathering yang diadakan setiap tahun, Setiap kali anjuranm tak pernah kurang dari 90 orang yang hadir. Syukur sangat-sangat. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua dan memberikan kesihatan yang baik pada setiap #CrewsOfHajiAhmadAndHajjahNuriah. Ameen



Publish:
FNiesa

Reactions:

0 comments: