Huuuuu.....penat aih hati and perut ni nak menahan tangis dan tawa... #CintaUntukSedetikLagi by #EzzaMysara #KaryaSeni #NailaFarafeesa #Ezrakil
Sebenarnya buku ni aku dah beli lama gila. Awal tahun la tapi. Tapi ka, aku tak berkesempatan lagi nak membaca, asal pegang jer down sebentar motivasi dalam diri ni nak habis kan. Bukan apa, aku dok pulun habiskan novel-novel yang 500-600 pagi saja. Yang novel ni double page nyer. Heeee.. saiko2x. Whatever lah kan?
Makanya, last week memandangkan aku pun OFF a.k.a redflag, sambil hinjutkan buaian anak buah aku si comel dan si kecik syirah tu, apa lagi, hadap jer la buku ni, dan finally semalam 25.08.2014 aku habiskan jua buku ni. Yeay!!! After 1 week yea haku habiskan. Lama gila. Selalunya within 2 days aku leh settlekan pembacaan aku. Tapi tidak untuk kali ni. Hanya 1-2 jam sahaja yang dapat aku luangkan pada pembacaan novel aku ni.
Best!!!
Pecah perut!!
Senyum macam orang gila sebab senyum sorang2!!!
Nangis pun nangis macam orang gila sebab nangis sorang2!!!
Tapi ada haku kesah?
Gelak dan nangis sama banyak.
4.5 star aku kasik kat #CUSL
Ni aku kasi sinopsis dari novel ni. Aku cedok kat #karyaseni nyer page.
“Setakat Ezrakil yang pakai kereta Honda tu, aku tak pandanglah. Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu! Entah-entah kasih sayang dia pada kekasih pun dia nak berkira nanti! Lagipun, dia tu tak cukup handsome macam Remy Ishaklah!” -Naila Farafeesa
“Sebab tak cium atau tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu... tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal di sisi agama untuk saya.” - Ezrakil
NAILA FARANEESHA mula hilang percaturan lantas melumpuhkan jiwanya untuk bercinta lagi lantaran pemergian tunang tersayang. Tapi kemunculan seorang lelaki bernama Nazreen yang sifatnya persis arwah telah menghentak naluri hatinya. Menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Kenapa lelaki ini mampu membuatkan jantung Faraneesha berdebar sama seperti ketika dia bersama Luqman?
“Neesha, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi saya tak tahu sama ada awak sayangkan saya sebab saya ataupun kerana saya adalah pemilik hati Luqman!” - Nazreen
Simpulan kasih ini perlu dileraikan tanpa memutuskan talinya. Dan pada saat Farafeesa memerlukan perhatian dan kasih sayang, ibunya yang dulu menjauh semakin dingin terhadapnya. Adakah sepanjang Farafeesa masih bernyawa, dia mampu mendapatkan kasih sayang dari insan-insan yang disayanginya? Dan masih adakah ruang dalam hati Faraneesha untuk menemui pengganti yang lebih baik? Semuanya kisah cinta mereka berdua akan terjawab dalam Cinta Untuk Sedetik Lagi…
![]() |
Princess DBSJr wt Achik |
Publish;
FNiesa
0 comments:
Post a Comment