12 August 2014

All-in-One

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Hi everyone.
Wah!!! rindu bangat sama ini coolblog haku.
Bersawang wey!!!! Ciss!!!
Sekali lagi, ku kekangan masa teramat lately ni.

Hopefully aku tidaklah terlambat untuk
#supportGAZA
#pray4GAZA
#freepalestine

Aku juga nak ucapkan takziah pada semua keluarga penumpang #mh17 sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku. Semoga mereka aman di sana. Dan semoga pihak #MAS #MalaysiaAirlines , kerajaan Malaysia serta rakyat jelata terus tabah menghadapi dugaan ini sekali lagi. Semoga kebenaran akan diperolehi dengan secepat mungkin dan jenazah2 rakyat Malaysia dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamatnya. Ameen.

Selepas #mh370 kita diduga lagi. Hilang dilaut susah untuk dicari. Tetapi hilang di darat, belum tentu semuanya selamat. #pray3mh370 please come back.

Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan aku selama ini. #kosongkosong

Apa yang paling best raya ni?
Seperti tahun-tahun sebelum ni, biasa-biasa sahaja. Tapi yang paling best, AKU TAK DER BAJU RAYA!!!! Sebab? Semuanya tak berkenan dihati dan malas nak pi cari. Tahun ni dapat beraya dengan orang baru. #DamiaBashiirah. My new niece. 

Seperti biasa, kunjungan sanak saudara ke rumah tetap meriah dengan kehadiran mereka. Family Gathering? Off course ada. Masih seperti tahun-tahun sebelum ini, cuma tidak berpeluang untuk bercuti saja memandangkan cuti memasing tak dak. 

Bila baju raya aku tak dak, mood untuk aku buat kuih raya pun tak dak. Aku buat 1 jenis saja. Tu pun cornflake madu. Kek 1 biji. Aku dah cakap dekat mak, this year, kita kurangkan kuih raya, banyakkan kerepek, kacang-kacang dan maruku. Sebab sebelum-sebelum ni pun, lambat nau nak habis kuih raya tu. 

3 hari syawal yang pertama aku spent time dengan family saja. Raya keempat baru aku kluar gi beraya rumah cikgu dan kawan-kawan.

Ok lah, sampai sini dulu. Nanti aku sambung story na. Banyak lagi nak ngadu ni. Berkaitan dengan syawal 2014 aku la. Hee...

Sekarang aku jamu korang dengan gambar raya aku 2 keping dulu deh!!!






Publish;
FNiesa 




Reactions:

0 comments: