14 August 2014

1 Syawal 1435H

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Syukur alhamdulillah, sebulan berpuasa sekali lagi aku diberikan peluang untuk mengerjakan solat sunat hari raya Aidilfitri dirumah Allah. Rasa macam tak complete plak kalau tak datang sembahyang raya. Tapi kalau dah der excuse memasing nak wat macam mana kan? Isokay, Islam kan mudah.

Kali ni, jemaah bertambah lagi la yang bersama aku. Mana tidaknya, Damia Batrisyia, Damia Balqis dan Fitriah Maisarah ikut achik depa datang masjid.

 
 

Alhamdulillah mereka tak meragam. Cuma lapar sikit ja. Sebalik habis tahlil di masjid, pihak masjid ada membuat jamuan makan-makan di perkarangan masjid.

Tisya suka sangat dengan air teh panas. Bercawan-cawan dia tambah.
Yang paling diorang seronok bila dapat duit raya.


Alhamdulillah, anak-anak buah aku yang sulung, Damia Batrisyia dan Fitriah dah mula berpuasa tahun ini.
Tempoh percubaan buat mereka.

Batrisyia dapat habiskan 30 hari, manakala Fitriah dapat habiskan 26 hari kerana dia tak sihat untuk 4 hari. But isokay. So, memasing dapat la reward dari achik dan CT.

Reward tu sebagai pendorong kepada usaha mereka menghabiskan 30 hari berpuasa.


Juadah raya seperti biasa, Nasi minyak, lontong, ketupat dan rendang. Sampingan kuih-kuih raya dan ayaq oren.
Habis semuanya, alhamdulillah.

Publish;
FNiesa 

Reactions:

0 comments: