26 August 2014

Mula Dan Akhir

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments


Mula Dan Akhir – Siti Nurhaliza


Hidup ini bermula
Tanpa adanya apa-apa
Begitu juga penghujungnya
Harus pulang cara serupa

Seketika di sini
Persinggahan mencari erti
Sebelum waktu ku terhenti

Setinggi manapun mendaki
Sejauh manapun
Berlari dan mengejar duniawi
Pasti tiba suatu hari nantiku di uji
Jauh terpinggir sepi

Sungguh aku yang tak bisa
Menghalang suratan yang sudah diarah
Hanya mampu bersabar dan sujud padanya

Sebelum dihitung sebelum dihukum
Hanya mampu lafazkan bisik-bisik taubat
Moga diputihkan segalanya

Sering kali terlupa
Dan memilih jalan yang salah
Leka dan hanyut dalam dosa
Sehingga kabur mata jiwa

Seketika di sini
Persinggahan mencari erti
Sebelum waktu terhenti

Sungguh aku yang tak bisa
Menghalang suratan yang sudah diarah
Hanya mampu bersabar dan sujud padanya

Sebelum dihitung sebelum dihukum
Hanya mampu lafazkan bisik-bisik taubat
Moga diputihkan segalanya

Sungguh aku yang tak bisa
Menghalang suratan yang sudah diarah
Hanya mampu bersabar dan sujud padanya

Sebelum dihitung sebelum dihukum
Hanya mampu lafazkan bisik-bisik taubat
Moga diputihkan segalanya

 

Lagu : Mula Dan Akhir
Artis : Siti Nurhaliza
Album : Fragmen (2014)

"Kenapa achik tak kawin lagi?"

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Vah!!! Vah!!! Vah!!!
Tajuk tak leh blah hokey?
"Kenapa achik tak kawin lagi?"

Tetiba haku teringat pada pertanyaan yang dikemukakan oleh buah-buahan hati aku Damia Batrisyia ketika diorang balik untuk beraya di Penang tahun ni. Ketika soalan itu diajukan pada aku, aku tengah lipat baju di ruang tamu. Mom tengah buaikan DBSJr. Kak Ngah dan BIL aku ke rumah baru mereka untuk settlekan beberapa benda sebelum berangkat balik ke Sarawak semula.

Tiba-tiba:- "Achik, kenapa achik tak kawin lagi?"

Lama jugak la aku terdiam. Mencari jawapan untuk buah2an hati aku yang sorang ni.

Aku : Kenapa kakak tanya macam ni?
Tisya : Yer la, kakak nak tanya la.
Aku : Hurm, kalau achik kawin, nanti achik xleh nak raya dengan CT. Tak leh raya dengan kakak. Tak leh jaga kakak. Tak leh nak sayang kakak dan adik-adik banyak-banyak macam ni dah.

*cuba pancing tisya

Tiysa : Tak per la......

 Tiba-tiba
Mom : Tapi kalau achik kawin, ada orang jaga achik kan, kakak? Achik ada pakcik.

 (dlm hati tak kerlas la mak pakcik...uncle ok...kehkehkeh. still nak demand omputih kauuu)

Tisya : aha..betul tu. Ada orang sayang achik. Ada orang jaga achik.

Arghh!!!sudah mak aku ni....

Tisya : Kakak nak achik kawin.....
 Aku : Dah la kakak, tanya soalan lain plak k.

Arghhh!!!! STRESSSSS tahap cipan. sebab soalan tu dari buah2an hati aku sendiri. Kalau orang lain aku ok jerssss...



-----------------------------------------------


Hari lain......

Sebelum-sebelum ni aku ada memikirkan kenapa Allah tak memberi jodoh kepada aku dengan cepat. Yang pastinya positive saja yang aku nampak.

Sebab : Kak Ngah, Abang Long dan Mak masih perlukan aku. 

Yeah!!! Itulah jawapan yang aku jumpa dalam persoalan ini. Jodoh itu Rahsia Allah. Allah Maha Mengetahuinya. Jangan kita menidakkan jodoh kita yang sedikit lewat dan jangan kita riak pada mereka jika jodoh kita awal daripada mereka.

Tak perlulah untuk aku mendetailkan lagi sebab nya. 
Ada mata boleh dilihat. Ada otak boleh berfikir.
Tapi yang pasti, mulut jangan dok mengata kat orang k.

Kalau aku berkahwin, yer, pasti ada yang akan menjaga aku. Pasti akan sayang kan aku. Tapi belum pasti aku dapat berkhidmat pada mereka yang aku sayang seperti sekarang ini. Fly ke sana sini (bukan percutian aku yer, kalau der en.hasben pun akan ku ajak juga dia travel dengan aku. Lagi syiok kot sebab dah jumpa soulmate, plus kaki travel. Tapi id tak kaki travel pun, aku ku jadikan dia juga seorang traveller. Perghhh) Cuti panjang untuk menjaga #buah2anhatiachik tu. 

Hidup ni bukan macam dalam novel yang aku baca. Tapi sedikit sebanyak terdetik juga dalam hati ni. Bahahahah..gedix tahap cipan.

Arghh!!! Sakit jugak story bab-bab kawin ni. 

Apa yang mampu aku lakukan sekarang, berdoa dan terus berdoa agar jodoh aku disegerakan.
Agar orang sekeliling aku tidak akan bertanya lagi. 
Agar aku disayangi dan menyayangi.
Agar aku berjumpa dengan hamba Allah yang sempurna imannya, yang sempurna agamanya dan yang sempurna solatnya kerana dialah bakal imam dan pembimbing aku dan anak-anak aku ke jalan yang diredhai Allah. Ameen.

Memilih?

Yupsss!! Aku pemilih.
Tapi aku memilih dari segi agama tak salahkan? 

Nobody perfect!!!
Yessss!!! I know it.
Sebab aku pun tak sempurna.
Khilat sana sini.

Arghhh!! tengok? dh terjebak dengan novel.
kihkihkih.

Hokeylah.
Dah jemukan asyik-asyik cakap bab kawin, bab jodoh.

C u next entry.
Doakan jodoh saya yer.

Saya pun nak rasai kenikmatan berumahtangga.
Solat berimam.
Qiam bersama.
Tazkirah berguru.

haisshh!!!!!
stop it FKZ.

love - peace - care

Publish:
FNiesa



Jamuan Raya Ikram 2014

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Holla!!!!
Ku harapkan cerita raya aku ni tak basi lagi la no.
Tapi kalu basi pun tak kesah, janji ada sumthing yang aku leh post kan dalam blog aku ni.
Cerita minggu lepas punya.

Ikram Utara adakan jamuan raya untuk staff-staff nya sahaja.
Akibat kekurangan dana, kitaorang buat in-house jer.
Even kecik-kecilan, meriahnya tetap ada.

18/8/2014, Isnin bersamaan 22 Syawal 1435H bertempat di kawasan office ikram, semuanya berjalan dengan lancar. Pelbagai jenis juadah disediakan dan dibawa dari branch Alor Setar dan juga dari Ipoh. Mekasihnya....

Malas nak story morry pepanjang, aku sharekan jer gambar-gambar dalam ni no.

 



Publish;
FNiesa 

Cinta Untuk Sedetik Lagi

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Huuuuu.....penat aih hati and perut ni nak menahan tangis dan tawa... #CintaUntukSedetikLagi by #EzzaMysara #KaryaSeni #NailaFarafeesa #Ezrakil

Sebenarnya buku ni aku dah beli lama gila. Awal tahun la tapi. Tapi ka, aku tak berkesempatan lagi nak membaca, asal pegang jer down sebentar motivasi dalam diri ni nak habis kan. Bukan apa, aku dok pulun habiskan novel-novel yang 500-600 pagi saja. Yang novel ni double page nyer. Heeee.. saiko2x. Whatever lah kan?

Makanya, last week memandangkan aku pun OFF a.k.a redflag, sambil hinjutkan buaian anak buah aku si comel dan si kecik syirah tu, apa lagi, hadap jer la buku ni, dan finally semalam 25.08.2014 aku habiskan jua buku ni. Yeay!!! After 1 week yea haku habiskan. Lama gila. Selalunya within 2 days aku leh settlekan pembacaan aku. Tapi tidak untuk kali ni. Hanya 1-2 jam sahaja yang dapat aku luangkan pada pembacaan novel aku ni.  


Best!!!
Pecah perut!!
Senyum macam orang gila sebab senyum sorang2!!!
Nangis pun nangis macam orang gila sebab nangis sorang2!!!
Tapi ada haku kesah?
Gelak dan nangis sama banyak. 
4.5 star aku kasik kat #CUSL

Ni aku kasi sinopsis dari novel ni. Aku cedok kat #karyaseni nyer page.

NAILA FARAFEESA merasakan yang dunia seakan-akan terhenti saat dia menerima khabar tentang penyakitnya. Lantas cinta yang menghuni rasa hati terpaksa ditolak tepi demi kebahagiaan insan-insan yang tersayang. Dia tekad untuk menjodohkan lelaki yang dicintainya bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunangnya. Tapi hati tak mampu menipu bila lelaki bernama Ezrakil itu semakin bertakhta dalam hati.

“Setakat Ezrakil yang pakai kereta Honda tu, aku tak pandanglah. Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu! Entah-entah kasih sayang dia pada kekasih pun dia nak berkira nanti! Lagipun, dia tu tak cukup handsome macam Remy Ishaklah!” -Naila Farafeesa

“Sebab tak cium atau tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu... tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal di sisi agama untuk saya.” - Ezrakil

NAILA FARANEESHA mula hilang percaturan lantas melumpuhkan jiwanya untuk bercinta lagi lantaran pemergian tunang tersayang. Tapi kemunculan seorang lelaki bernama Nazreen yang sifatnya persis arwah telah menghentak naluri hatinya. Menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Kenapa lelaki ini mampu membuatkan jantung Faraneesha berdebar sama seperti ketika dia bersama Luqman?

“Neesha, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi saya tak tahu sama ada awak sayangkan saya sebab saya ataupun kerana saya adalah pemilik hati Luqman!” - Nazreen

Simpulan kasih ini perlu dileraikan tanpa memutuskan talinya. Dan pada saat Farafeesa memerlukan perhatian dan kasih sayang, ibunya yang dulu menjauh semakin dingin terhadapnya. Adakah sepanjang Farafeesa masih bernyawa, dia mampu mendapatkan kasih sayang dari insan-insan yang disayanginya? Dan masih adakah ruang dalam hati Faraneesha untuk menemui pengganti yang lebih baik? Semuanya kisah cinta mereka berdua akan terjawab dalam Cinta Untuk Sedetik Lagi…
 
Princess DBSJr wt Achik



Publish;
FNiesa

22 August 2014

#MH17 dalam Kenangan

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Innalillahiwainnailahiroji'un dan Al-fatihah kepada mangsa-mangsa #MH17 yang beragama Islam dan salam takziah pada mangsa yang bukan beragama Islam.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Hanya doa dan sokongan yang mampu aku titipkan kepada mangsa dan ahli keluarga mangsa.



Hari ini, seluruh #MalaysiaBerkabung dengan kepulangan jenazah-jenazah mangsa #MH17 #WelcomeHomeMH17 #MH17DalamKenangan


Bila setiap kali melihat rentetan berkaitan insiden #MH17 yang tersiar di kaca TV, pasti aku terasa sebak. Kekadang aku terfikir, Why Malaysia? Kenapa kami diduga lagi? Betul ka MH17 ditembak? Persoalan 'jahat' yang ada kalanya berlegar-legar difikiran aku. Tapi itulah Qada dan Qadar nya. Aku terpaksa menerima semua ini. Rakyat Malaysia juga perlu menerimanya. Begitu juga ahli keluarga mangsa.



Allah tidak akan menduga hambaNya melebihi apa yang mampu mereka tanggung. Kerana kemampuan kesabaran yang tinggi inilah, Allah memberi sedikit ujian lagi. HambaNya telah kembali semula kepadaNya. Mereka sekadar pinjaman buat kita di dunia ini. Aku tidak layak mempersoalkannya lagi.















Tenanglah engkau di sana.
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi kalian.
Kami rakyat-rakyat Malaysia dan umat Islam akan sentiasa mendoakan kalian.
#MH17DalamKenangan
#PrayforMalaysia

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah kekuatan yang berlipat kali ganda kepada ahli-ahli keluarga mangsa #MH17 ini. Sesungguhnya mereka juga insan yang lemah. Engkau tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Ameen.
 
Terima Kasih kepada juruterbang2 MAS kerana membawa pulang jenazah-jenazah #MH17 dengan selamatnya

Publish;
FNiesa 


Sumber gambar dari BHOnline

20 August 2014

6 Syawal 1435H

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Date : 2 August 2014 bersamaan 6 Syawal 1435H
Day : Saturday

Untuk hari ni, nampaknya semua isi rumah aku keluaq beraya termasuk aku dan mom. Aku kebetulan ada kenduri kahwin senior aku masa di UUM dulu, Kak Salis di Teluk Kechai, Alor Star Kedah.

My kak Ngah beraya ke rumah pengasuh anak-anak dia dan juga makngah Leha. Aku selepas kenduri ikutkan terus ke Jitra, rumah Zila. Dah berkali-kali dia jemput aku datang rumah dia. This time baru berkesempatan ke sana.Tetapi sebaik aku habis makan, aku dapat kol dari Kak ngah. Makngah Leha suruh singgah dahulu rumah dia. Sebelum pergi ke Jitra.

So, untuk hari Sabtu, aku beraya ke 3 buah rumah. 

Tahniah kak Salis dan husband. 
Semoga kekal hingga ke syurga. Ameen.

Kami bergerak ke rumah makngah Leha jam 1.30 pm. Kami solat dan minum2, sembang2 sehingga jam 3.30 ptg. Terus saja ke Jitra. 

Tiba di teratak Zila yang terletak di Bandar Darul Aman dalam jam 4.00 petang. Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat jua kami ketemu selepas 5-6 tahun tak berjumpa. 

Okey lah, jom ushar-ushar gambar raya ke-6 ceq no...



Publish:
FNiesa