26 June 2014

Vacation : Sarawak

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Uols sihat ker?
I'm ok jers.
BTW, last week aku baru jer balik dari Sarawak. Bercuti selama 10 hari. Hah!!! Hambik ko.
Ke mana lelama tu?
Sarawak jak!!!
FYI, aku dah jejakkan kaki ke Kuching Sarawak ni, dah 3 kali dalam masa 3 tahun.
Pergi tempat yang sama sebenarnya not interested. Bagi aku untuk orang yang kaki jalan macam aku ni, biar sekali pergi ke sesuatu tempat, tapi bermakna. Kalau nak repeat sekali pun, biarlah dalam jarak 4-5 tahun. Mungkin. Dan shopping bukanlah agenda utama aku. Just bought something for myself sebagai kenang-kenangan yang mana aku pernah sampai tempat tu. So, for those yang nak kasi souvenir kat aku, tak yah memahal, fridge magnet and key-chain sudah bermakna. Bahahaha.. (itu macam meminta jers..kikiki)

 

Makanya, untuk percutian aku yang selama 10 hari ni, tak der la aku nak buat travelogue yer. Sebab sebelum2 ni aku dah pun melunaskan travelogue untuk Kuching, Sarawak. Next time kalau aku sampai Miri akan adalah travelogue aku. 

Makna percutian kali ini?
The main purpose aku bercuti panjang kali ni sebab nak jumpa anak-anak buah aku yang dah berpindah ke Sarawak tu. Sodehhh!!!! Dan juga anak buah baru. 
Hurm, untung diorang dapat achik yang penyayang..bahahaha..(mood angkat bakul sendiri wey...)
Malam-malam, sebelum tidur dengan diorang, especially Kakak Tisya, aku akan ingat kisah2 siang mereka. Kalau dia kena marah dengan mama dia, aku yang sedih.
 
Depa sedih, aku lagi-lagi sedih. (huhu..even tengah menaip ni pun, aku dah sebak. Ya Allah, kuatkan semangat hambaMu ini. Sesungguhnya aku sangat sayangkan anak-anak buah aku sangat-sangat. Engkau lindungilah mereka semua, Berikanlah kesihatan yang baik pada mereka semua Ya Allah....)

Selasa, 10/6/2014, jam 3.45am, aku dah mula terjaga dari tidur. Bangun awal kerana mahu packing tulang-tetulang dan daging lembu untuk dibawa ke Sarawak buat santapan Tisya dan Aqish. Jam 5.00am, aku mula meninggalkan rumah, perancangan awal, teksi akan jemput aku dekat rumah dengan tambang RM80.00 sampai ke airport, tetapi ditukar disaat akhir bila Abang Long offer nak hantar. Aku bukan tak nak tanyakan dia, sebab, aku jenis tak nak nyusahkan sesiapa. Biar duit habis, janji aku tak nyusahkan adik beradik aku. Tetapi memandangkan abang long pergi kerja awal pagi, makanya aku pun offer untuk bawa 'pinkple' aku. So, dia leh terus bawa si 'pinkple' ke tempat kerja.

Sampai di Kuching International Airport jam 8.50am, awal dari biasa. Bila awal, aku sukak ler, kalau delay, rugi masa aku wey. Sebab aku tak suka menunggu. Always remind to myself, PLEASE RESPECT masa orang lain. 
BIL, abg syah datang jemput di airport bersama Tisya and Aqish. Belum sempat kereta Abg Syah berhenti, diorang dah menjerit nama aku, Achik!!!!! Achik!!! Ya Allah, rindunya aku pada depa, hanya Allah jer yang tahu. Seperti yang dijangka, Aqish ambik tempat atas riba aku la. Si kakak Tisya nyandar dekat aku.
Sepanjang 10 hari di sana, selang sehari aku bawa mereka keluar jejalan memandangkan masa aku sampai masih lagi cuti sekolah yang berbaki tak sampai 1 minggu. Rabu aku bawa diorang gi main dekat Summer Mall, khamis rehat, Jumaat bawa ke Jong Crocodile, Sabtu ke Waterfront, Ahad rehat sebab esok dah nak mula sekolah.

 
Sepanjang mereka bersekolah, aku ada hantar dan jemput diorang dari sekolah. Seronoknya mereka sebab achik diorang yang hantar dan jemput mereka dari sekolah. Tisya berapa kali minta nak balik sekolah dekat Penang, nak duduk dengan CT dia. Tapi bila fikirkan lebih baik dia stay dengan parents dia, means kakak aku dengan abg syah, susah senang mereka bersama.
Sebab itulah, semua cuti-cuti tahunan aku, aku hanya akan spent untuk family aku terutamanya. Dan bercuti-cuti dengan diri sendiri. Aku sedaya upaya untuk tidak menggunakan cuti-cuti tahunan aku untuk simple things. Dan, akan ku carry forward cuti semaksimum boleh. Aci kan?
Kadang-kadang aku terfikir, Allah tu maha Adil. Dia Maha Perancang.
Aku tidak akan sesekali mempersoalkan tentang jodoh aku pdNya.

Bila difikirkan secara sudut positive, inilah kebaikannya bila 'single' sebab aku leh temankan bonda aku ke mana bonda pergi, aku boleh fly untuk melihat anak-anak buah aku bila-bila masa saja. Keluarga aku, adalah nyawa aku. sakit mereka, sakit aku. Semoga Allah memberikan jodoh terbaik buat diri ini yang turut menyayangi keluarga aku. Ameen.

Wallahualam.

Publish;
FNiesa

Reactions:

0 comments: