03 June 2014

Jodoh versi 2

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Assalamualaikum korang.
(aceh!!mcm ramai jers follower haku...arghh!!abaikan)


Bila dah banyak sangat gambar-gambar aku dengan kengkawan masa wedding Yati last week, mom aku pun mula lah bersuara.
Aiseymen.
Mom. mom. mom.
Kenapa bersuara. You know your doter right?
Tahun ni saja nak berjalan lagi hujung tahun. Lepas tu tahun depan dah nak gi surabaya lagi. Hujung tahun depan nak gi jelajah Aussie lagi. Tahun selepas tu nak gi New Zealand plak. Acaner tu?

Boleh. Apa plak tak boleh.
Sebenarnya aku berdoa sangat-sangat dapat jumpa dengan someone yang kaki travel jugak.
So, we can go together-gather. Kan syayang?? Bahahaha...

Sejujurnya lately ni ramai sungguh yang dah bersuara dekat aku.
"Fath, dah ada special belum ni?"
"Fath, bila nak kawin?"
"Fath, jangan memilih sangat."
Fath itu, Fath ini...
Bersuaralah korang selagi boleh. Kerana Allah memberikan keistimewaan bersuara itu pada hambaNya. Jangan lupa doakan untuk jodoh saya juga.


Tanyalah.
Tanyalah....
dan tanyalah....
Sesungguhnya ada ketikanya ia meninggalkan sedikit garisan dalam hati aku ni.
But it's ok. Allah Maha Mengetahui kerana Jodoh itu rahsia besar Allah.

Berjaya dengan career, tak semestinya berjaya dalam kehidupan (i mean berkahwin)
Cantik luaran bukanlah tiket untuk berkahwin awal.
Tak cantik tak semestinya jodoh lambat.
So, don't worry.
Dari korang bertanya, baik korang doakan yang terbaik buat diri aku dan yang lelain.


To my lovely mom, don't worries. Allah nak kakcik jaga dulu. 
Mungkin nanti, bila kakcik dah kahwin, mana lah tahu, kakcik tak dapat nak duduk dekat dengan mak.
Jadinya dikesempatan yang kakcik ada ni, mak tak yah ler risau k?
Kakcik percaya dengan ketentuan Allah.
InshaAllah, Dia Maha Perancang.
Terima kasih mak, sebab memahami kakcik.

Luv u soooo muchhhhh


Publish;
FNiesa 



Reactions:

0 comments: