12 May 2014

Travelog : Ke Seoul Korea Ke Kita (Day 7 - Myeongdong)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , , , , No comments

Seoul, Korea
11th April 2014, Friday

Tempat yang dilawati : 

  1. Myeongdong Market
  2. Namdaemun Market
  3. Banpo Bridge, Hangang River - Rainbow Show

Hari terakhir di Seoul, Korea kerana esok awal-awal pagi dah nak gerak gi airport dah. Hua!! Serius rindu Malaysia. Bahaha. Gedix kan?

Nilah kitaorang nyer bfast terakhir di Seoul Korea

Untuk hari terakhir, kitaorang dah tak ngadap map dah. Expert le kekunun kan. Dan aku dah tak sediakan direction nak ke 2 tempat yang aku and da geng melawat, cuma direction ke Banpo Bridge saja . Ok? Korang pun sure dah leh tangkap based on entry sebelum ni, dan untuk Myoengdong Market, tak susah pun, seberang jalan jer. Tapi korang bukan boleh main redah jer jalan besar diorang tu, korang kena turun eskelator, then naik eskelator balik. Heee. Kat mana eskelator tu? Myeongdong station la.

    

Apa ada di Myeongdong? Ha!!! Morning-morning lagi, kitaorang dah ke M Plaza untuk booking slot untuk bergambar dengan Hanbok. Aku ingatkan kitaorang yang paling awal. No! No! Jangan kau mimpi. Ada lagi yang awal tau. Kitaorang dapat kol 12.30pm (WK). Makanya, dari melanggut tak tentu pasal 2 jam lebih, jejalanlah aku di sekitar Myeongdong tu. Tengok-tengok baju kat Zara, Forever 21, Lacoste, jejalan area market dia dan banyak lagi la kedai di sini.

Di Myeongdong ni, korang leh tengok fesyen-fesyen mereka more up-to-date. Barang-barang branded. Natural Republic punya lah besar. Dan kalau korang tak nampak juga NR tu, tak tau la. Kat situ la shooting Ke Korea Ke Kita di buat. Dan kebetulan masa kitaorang dekat area tu, ada juga shooting dilakukan. Tapi yang bestnya, local people diorang tak ganggu pun kerja-kerja crews ni. Bagus. Mereka respect orang-orang yang sedang bekerja. 


Dan yang menariknya, kerana terlampau banyak sangat product skincare di Korea ni, sebab Koreakan terkenal dengan product skincare yang bagus-bagus, even Simplycity pun teknology dari Korea hokey!!!. Cara marketing mereka sangat menarik. Masing-masing berdiri di kedai memasing sambil menggunakan pendekatan yang berbeza, ada yang tertepuk-tepuk tangan, berdiri atas kerusi dan macam-macam lagi. 


K-pop nyer product pun banyak. Di mana-mana sahaja. 

Masa 2 jam berlalu dengan pantas. Kitaorang naik ke Seoul Global & Tourism Center setengah jam awal. Mana ler tau, kot-kot leh dapat awal ke. Tapi jangan kau mimpi disiang hari. Heeee...

 
SGTC terletak di tingkat 2F/3F. Dan untuk ke sana ada banyak pintu. Korang kena cari pintu antara Forever 21 dan Zara. Then naik jer eskelator tu. 20 minit setiap sesi. 10minit bersiap, 10 minit bergambar. So cepat-cepat ler bila bersiap tu, dan respect masa yang diberikan. 

 

Selesai saja bergambar, Kitaorang decide untuk ke Namdaemun Market, Plan untuk ke Coax Mall cancel sebabnya jauh. So dari buang masa shopping kat sana, baik kitaorang shopping dekat Namdaemun saja. Sebelah station Myeongdong saja. At least masa tak terbuang begitu saja. Dan kitaorang pun dah tau barang apa jer yang perlu dishopping lagi. So manfaatkan masa yang ada. 


Kalau semalam kitaorang Exit #5, kali ni kitaorang Exit #6 plak. Yang best nyer. kitaorang tak expect pun nak terjumpa halal food kat sini. You know what, kitaorang jumpa Adnan Kebab. Masa di Iteawon aritu tak sempat nak merasa kebab from Korea ni akibat kekenyangan terlampau. Bahahaha.. Kebetulan harini lapar awal ler plak. Makanya, kitaorang excited tahap gaban bila dapat makan something yang fresh dan pedas. Mana taknya, dapat makan tomato fresh, kobis fresh, chicken dia, dengan sos nyer. Ya Robbi, hanya Allah jer yang tahu nikmat lunch kitaorang. Heeee. 


Adnan Kebab terletak di mana? Main clue? Korang just Exit #6, then pusing belakang, korang akan nampk NH Bank warna biru. Sebelah tu je uols. Kebab dia dalam KRW 4,500. Serius murah. So kitaorang pun lepak sambil menikmati kebab si Adnan ni. FYI, Adnan ni berasal dari Iran. Sempat ler terview sekejap. 


Perut dah kenyang, langkah pun panjang ler. Kitaorang shopping sampai kol 3.30ptg (WK) sebelum balik ke Myeongdong untuk berehat . Shoping! Shopping dan shopping. 


Selesai solat asar, kitaorang gerak ke Banpo Bridge. Buat apa kat sana? Tengok show rainbow bridge. Kalau tak salah, ada 5 buah lagu yang di pasang. So air terjun dari bridge akan bergerak mengikut alunan lagu yang dipasang itu. Jauh tak? Macam mana nak p sana? Tu, kat bawah ada directionnya. Korang kena turun di Dongjak Station Then Exit 1 atau 2. Sejam setengah jugak lagi campur dengan terpaksa berjalan. Kalau ikut dari direction member aku, dia suh ambik teksi once uols Exit 1/2 tu. Tapi, once kitaorang keluar jer. tak nampak satu teksi pun yang lalu lalang kat situ. Sedihkan? Then nak ke arah mana? Jenuh bertanya jugak. Mula-mula kitaorang ke kanan, tapi bila ke kanan, ia menuju ke tanah perkuburan. Hambik kau. Heee... 


So, untuk memudakan, bila korang keluar dari station tu, Korang ke kiri, ikut laluan menuju ke bawah..Then korang akan berjalan selama hampir 30 minit ke 45minit untuk sampai di Banpo bridge. Korang kena lalu dibawah jambatan dan menyusuri Hangang River tu. Besar tau. Tapi korang ikut saja laluan tu. Sampai 1 junction, korang ke kanan saja. then jalan sampai korang jumpa macam hall and stage kat tengah. Lintas jalan dan korang akan sampai di tempat orang semua dah get ready untuk tengok show. Time malam serius sejuk. Show rainbow tu dalam 30 minit. 3x show time. Jam 8.00 malam, 9.00 malam dan 10.00 malam kalau tak salah aku yang kol 10 tu.

 
 


Directions to Banpo Hanging River
Dongjak Station (Seoul Subway Line 4), Exit 1 or 2.


Syukur alhamdulillah, masa kitaorang lost nak lalu jalan yang mana 1, kitaorang terjumpa dengan student Malaysia dari Penang, Afif namanya. Dari Jongguk University kalau tak salah aku. Sepanjang berjalan tu, dia ler tempat kitaorang untuk bertanya banyak tempat. dan thanks pada Afif, sebab providekan pada kitaorang bun kacang merah dari korea. Kenyang sebentar.

Sementara menunggu 2nd show bermula, rakan-rakan Afif dari UITM yang datang untuk presentation juga turut menyertai kitaorang. Diorang tengok show kol 9.00 malam. Jam 9.15mlm, kitaorang mula gerak balik, kerana terpaksa menapak ke station Dongjak. Pergh!!! Penat, oh penat.

Sampai saja blik, sesi kemas mengemas pun bermula. Pergh!!!! Banyak jugak barang aku. Heee, Mujur tak beranak pinak. 

Ok guys, sampai sini dulu entry untuk hari terakhir sebelum last entry untuk keberangkatan pulang.

Jumpa lagi di next entry.

Wallahualam.



Publish;
FNiesa


Reactions:

0 comments: