09 May 2014

Travelog : Ke Seoul Korea Ke Kita (Day 6 - Namdaemun)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Seoul, Korea
10th April 2014, Thursday

Tempat yang dilawati : 

  1. Namsangol Hanok Village
  2. Insadong Street
  3. Namdaemun Market

Untuk hari yang ke-6 ini, bermulalah mood untuk shopping. Yeaahaa!!! Awal-awal tu tak der mood lagi nak shopping, Sebab kitaorang datang sini sebab nak tengok tempat orang, shopping jatuh no.2 Acehceh..poyos kan? Tapi betul apa. So untuk hari yang ke-6 di bumi Seoul Korea ini, kitaorang decide untuk ke Namsangol Hanok Village, Insadong dan juga Namdaemun. 

 

     Seperti biasa, breakfast kitaorang terus ke Namsangol Hanok Village dahulu. Macam mana nak sampai ke sana, nun di bawah tu saya dah bagi direction dari Myeongdong Station. Senang dan dekat jer. 

     
     Actually Hanok Village ni ada dua, seperti Palace jugak la. Salah satunya adalah Namsangol Hanok Village. Dan satu lagi namanya Bukchon Hanok Village. Yang Bukchon letaknya berdekatan dengan Gyeongbukgong Palace. Tapi kitaorang decide untuk pergi yang berdekatan dengan Myeongdong saja. Besar jugak la. Ia merupakan perkampungan rumah tradisi Korea. Ada pelbagai jenis rumah dan maksud-maksud tertentu. Pun penuh orang juga dekat sini. 


     Untuk masuk ke Hanok Village ini, tiada fee dikenakan. Free of charged sahaja. Sila baca disini untuk lebih info. Dekat 3 jam jugak la kitaorang spent time dekat sini. Selesai di Namsangol Hanok Village ini, kitaorang terus ke Insadong. Kekununnya nak pakai Hanbok free dekat Insadong Tourism Center sebab nya baca di salah satu blog, diorang kata free saja, sekali hambik kau, kena charged KRW3,500 seorang. So kitaorang decide tak jadi. Cancelled plan. So, untuk pakai hanbok free, korang boleh pergi ke M-Plaza dekat dengan Myeongdong Street. Nanti saya cerita next entry ok.
             
Insadong Street

      Shopping sikit-sikit souvenir dekat sini. Bagi saya, di sini, ada benda yang murah dan ada benda yang mahal. Korang kena pandai bargain. Ada yang kasi, ada yang tak kasi. Di sini, saya hanya beli Fridge magnet dan keychain clipper saja. Dekat KRW30,000 jugak la berhabis. Korang rasa, murah ke mahal? Hanya untuk beberapa item. Bahaha. Malas fikir. Biasala bila berada di negara orang. Sebab tu jugak la, kita kena berjalan ke negara orang, at least kita akan menghargai betapa bestnya Malaysia ini. Nak solat, nak cari makanan halal, merata-rata tempat ada. Itu satu bab, lagi satu bab bila bercerita soal GST. Heee... Senyum tak perlu berkata apa-apa. Memandangkan semua masih dalam mood tak nak shopping lagi, kitaorang decide untuk balik ke Zaza untuk solat dan makan, dan kemudian keluar semula ke Namdaemun Market. 
        
Namdaemun Market



Namdaemun market ni merupakan tempat shopping yang best. Lagi murah berbanding Myeongdong dan Dongdaemun. Paling best time bargain. Aku la tukang bargain on behalf kawan-kawan. Heee.. Satu info yang korang kena tahu :-    
  1.       Myeongdong - Terkenal dengan barang-barang branded. Zara. Forever 21. Larcose dan banyak lagi.
  2.     Dongdaemun - Beroperasi setiap hari sampai ke jam 5.00 pagi (WK). 5 shopping complex bukak untuk kaki-kaki shopping.
  3.       Namdaemun - Murah berbanding Myeongdong dan Dongdaemun 
Makanya kitaorang shopping sampai kedai tutup. Lepas penat shopping, kitaorang balik lena.

    Directions to Namsangol Hanok Village
    • Myeondong station(Seoul subway Line 4)
    • Chungmuro Station (Seoul Subway Line 3 & 4), Exit 4.
    • Walk along Hanongmaeul-gil st. for 5 minutes.


    Directions to INSADONG
    • Jonggak Station (Seoul Subway Line 1), Exit 3.
    • Go straight 300m, and turn left at the 4-way Intersection.
    • Go straight 100m, and take the left road towards Insadong-gil Road. 

    ·             

         Directions to Namdaemun
    •          Near Exit #5, 6, or 7 of Hoehyeon Station (Subway Line 4)
     
    Okeylah, sampai di sini dulu entry untuk hari ke-6.
     
    Jumpa di next entry.
     
     Wallahualam.
     
     
    Publish;
    FNiesa 
        


    ·       

    Reactions:

    0 comments: