08 May 2014

Travelog : Ke Seoul Korea Ke Kita (Day 5 - Everland)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , 2 comments

Seoul, Korea
9th April 2014, Wednesday

Tempat yang dilawati : Everland Theme Park

Directions to Everland Theme Park
Here is how to do it from Myeongdong Station:
  • Take train to Chungmuro Station
  • Transfer to Line 3 and take train to Yangjae Station
  • Transfer to Shinbundang Line and take train to Jeongja
  • Transfer to Bundang Line and take train to Giheung
  • Transfer to Everline and take train to Jeondae - Everland
Sebaik korang sampai station Jeondae, korang kena turun jejantas untuk mengambil shuttle bus untuk sampai ke Eveland. Dalam 10minit jer dan shuttle bus ni free saja. Turun bus dan terus ke kaunter khas untuk pelancong. Kalau korang join kaunter rakyat tempatan, memang panjang ler. Diorang ni, setiap masa penuh dengan manusia, tak kira public holiday or weekdays.
 
 
       

Untuk hari ke-5 di Seoul Korea, kitaorang decide untuk ke Everland Theme Park terletak nun jauh di atas map. Bahahahaha. Serius jauh. Kalau korang google jarak dari Myeongdong ke Everland, dalam 19/21 batu bersamaan 37km. Ntah betul, entah tidak. So bila dah google menunjukkan kitaorang tidak layak untuk jamak, makna kata, solat perlu dilaksanakan setiap waktu. Tapi uols tak perlu la nak risau bab solat-solat ni. Kerana di Everland ada tersedia Prayer Romm bersebelahan dengan Mistery Mansion (kalau dlm map Everland, no.105 - Green - European Adventure), berhadapan dengan animal riding (121-orange-Zoo-Topia) dan Carnival Square. Tapi, telekung tak der tau, sejadah saja ada, so pepandai korang la ek.

Mystery Mansion
Prayer Room
Bab makan pulak, kitaorang tak makan makanan di situ. Tetapi kitaorang bawa makanan. Untuk pengetahuan korang, korang boleh bawa makanan dari luar. Don't worry. Kitaorang cuma makan pop-corn dan aiskrim saja. Paling best, ada wifi di mana-mana. Heee


Sebelum tu, saya lupa plak nak inform, perjalanan kitaorang dari Myeongdong Station ke Everland mengambil masa 1jam 30minit. Lebih cepat dari bus yang perlu di ambil di Gangnam station. Alah, dah ada train, naik saja train nya. Sebelum bertolak dari Malaysia, or sebelum korang ke Everland, please make sure korang bukak website everland.com (Coupun Discount) untuk dapatkan coupun discount ni. Serius banyak beza. Dan yang paling best nyer, coupun ni hanya ditawarkan kepada pelancong saja. Bayangkan harga sebenar KRW49,000 dan selepas discount dapat KRW37,000. Murahkan? Korang print black and white pun dah cukup, janji ada prove. Eye trick museum pun der discount tau. Bukak website diorang jugeks k. 


Kalau korang rasa nak spent time setengahari, baik tak payah pergi. Bahahaha. Kat sana, korang kena spent time the whole day. Dari pagi sampai malam. Tengok firework diorang. Cantik. Tapi kena jaga-jaga yang naik train tu, last bus shuttle kol 9.00pm (WK). Karang der jugeks yang lena dekat Everland tu. 


Saya memang tak berani dah naik T Express. Saya layan bunga-bunga yang wangi dan show-show di situ. Tulip banyak sangat. Suka!!!! Experience the steepest ride in the world with a top speed of 104km per hour and a 77-degree angle. The world's superb wooden roller coaster will leave you with unforgettable memories you can treasure forever. 130~195cm.

 

Kitaorang gerak balik dari Everland dekat jam 9.00pm. Ok lah, jom kita layan gambar-gambar yang terpaksa dipilih dengan susahnya. Banyak sey!!!!


Sampai disini dulu entry hari ke-5 saya bersama teman-teman di Everland. Hari-hari terakhir akan dihabiskan untuk menjelajah tempat-tempat shopping pulak.


Wallahualam

Publish;
FNiesa

Reactions:

2 comments:

maisa meisya said...

salam..mcm mne nak beza kn train biase ke itx ke subway?still confuse..hehe..pastu train biase tu pakai tmoney ke kene bli tket len?thanks kak..

Fath_n!e$@ said...

wslm. ITX kena beli tiket asing. selalunya di Seoul station. subway / train/ metro sama saja....guna tmoney.. aha, sama la sy dulu ms 1st time nk p sana. mcm2 fikir. tp bila smpi sna senang sj. tgk arrow yang sama color dlm map or app yang kita ada dan destinasi yang nk ditujui. hijau, kuning, merah.. sgt interesting n good experience acttly. even dkt Msia pun still x pandai nak naik LRT n putra. nervous tetiba.heee.. wlcm