26 May 2014

Tahniah Team Malaysia

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments


Assalamualaikum semua.
Salam 1Malaysia.

Yeay!! Kehangatan Piala Thomas 2014 masih terasa.
Menang mahupun kalah, itu adat permainan.
Jika ada pemenang, pasti akan ada yang kalah. Kan?

6 jam wey aku tersadai depan TV. Pastinya RTM menjadi pilihan. Astro aku ada. Tapi sebab semangat Malaysia punya pasal, aku support RTM.


Kecewa dengan kekalahan? 
Oh!!! Pastila tidak.
Kenapa?
Sebab semuanya perform di peringkat yang terbaik. Semua player bermain mati-matian, walaupun kapten pasukan diawal pusingan menunjukkan sedikit aksi hambar, tetapi di peringkat final, Liew Daren bukanlah seteruk yang disangka.
Terima kasih Daren. Kitaorang nampak kesungguhan anda untuk membawa balik Piala Thomas 2014 itu balik ke rumah kita, Malaysia.
Bukanlah rezeki kita kali ni untuk menjulangnya buat kali ke-6.
It's ok, kita kasi peluang Jepun rasai bahang kehangatan menjadi juara Piala Thomas ini.


Stay positive.
Kami rakyat Malaysia menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka.
TERIMA KASIH PASUKAN BADMINTON MALAYSIA.
TERIMA KASIH DATO LEE CHONG WEI
TERIMA KASIH CHONG WEI FENG
TERIMA KASIH LIEW DAREN
TERIMA KASIH TAN & HOON
TERIMA KASIH GOH & TAN
TERIMA KASIH JURULATIHs
TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA ATAS SOKONGAN KALIAN


Aku paling salute pada YB KJ, Menteri Belia dan Sukan yang bersemangat waja.
Pergh!!! Memang terbaik YB Khairy Jamaluddin a.k.a KJ.
Dari duduk di atas kerusi penonton, terus meluru ke bawah bersama-sama Team Malaysia.

Gambar dari Tweeter YB KJ

Aku ni jenis cepat sensitive.
Seronok nangis, sedih pun lagi la nangis.
Nangis sebab tengok semangat pemain-pemain Malaysia, tengok semangat YB KJ. dan semangat penyokong-penyokong di New Delhi.


Sekarang moh kita nengok keputusan perlawanan semalam yer.
  • Single ---> Lee Chong Wei (MAS) vs Kenichi Tago (JPN) 
      • 21-12,  21-16 
  • Double --> Tan Boon Heong and Hoon Thien How (MAS) vs Kenichi Hayakawa and Hiroyuki Endo (JPN)
      •  21-12, 17-21, 19-21
  • Chong Wei Feng (MAS) vs Kento Momota (JPN)
      • 15-21, 17-21
  • Goh Shem and Tan Wee Kiong (MAS) vs  Keigo Sonoda and Takeshi Kamura (JPN)
      • 19-21, 21-17,  21-12
  • Liew Daren (MAS) vs Takuma Ueda (JPN)
      • 12-21, 21-18, 17-21
Congratulation Jepun, You deserve it

Pada Team Malaysia, aku masih dengan korang.
Rakyat Malaysia akan terus berada di belakang korang.
Kekalkan kecerdasan dan kecergasan korang.
Kekalkan rentak permainan korang.
Kalau leh kasi improve, lebih baik.
Kami sentiasa bersama anda.

"1 Team, 1 Sound"

Majulah Sukan Untuk Negara


Publish;
FNiesa

Reactions:

0 comments: