17 May 2014

Resepi : Stew Ayam

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hi korang.
Happy weekend!
Hari ni tetiba rasa nak post entry resepi plak. BTW, rasanya ni 1st resepi yang aku akan kongsi dengan korang.

Tapi sebelum tu, aku nak kasi tahu, mana2 yang aku kasi share bahan2 tu, aku main taruk sesuka hati aku. Aku ni memang tak suka ikut sukatan sangat, kecuali bila buat biskut dan kek, itu kena ikut sukatan la. Even aku buat agar-agar pun, kalau orang tanya sukatan, memang fail skit. 

Untuk 1st resepi ni, aku dapat dari mom. Ofkos la, mom adalah cikgu terbaik aku. Namanya stew ayam. Apa tu? Sup pekat. Heeeee. Sorry, gambo tak ambik.

Stem Ayam

Bahan-bahannya:-
1. Ayam (aku ambik yang tulang-tulang jer. Especially kaki ayam)
2. Cendawan cina (yang sedikit berbau tu. mcm cendawan butang. 
fresh dari market, bukan dalam tin na) - dalam setengah paket. depends pd korang la byk mana.
3. Batang lik (alamak, aku tak tau nama sintifik dia ler. Baik untuk jantung, darah tinggi) - 1 batang
4. Ubi kentang - 1 biji
5. Carrot - 1 batang
6. Jagung kecik - 6 batang
7. Bunga kobis - tak yah ler bebanyak. patut padan ler.  
8. Bawang besar + bawang putih - 1 ulas
9. Halia - Besar ibu jari.
10. Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, dan lada
11. Majerin untuk menumis
12. Tepung Gandum = 2 camca besar.
13. Garam secukup rasa.


Cara-caranya:-
  • Panaskan majerin.
  • Tumis bawang putih, bawang besar yang telah dihiris.
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan lada dalam selepas bawang dah layu. 
  • Masukkan sejag air.
  • Tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan Halia
  • Masukkan kentang, dan carrot yang telah dipotong dadu. Tunggu sampai empuk.
  • Masukkan ayam. Biarkan seketika.
  • Masukkan cendawan cina dan jagung.
  • Masukkan lik dan bunga kobis. 
  • Bancuh tepung gandum bersama sedikit air. Larutkan dan masukkan dlm periuk.
  • Garam secukup rasa.
  • Biarkan seketika. Bila dah sedikit pekat, tutup api dan serve.

Selamat mencuba kengkawan.


Publish;
FNiesa 

Reactions:

0 comments: