24 May 2014

Resepi : Daging Masak Cabai

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Tragis tak nama resepi haku? Janji sedap wey. (kes angkat bakul sendiri)

Bahan-bahan:

  1. 1/2 kilo daging. (potong nipis2 yer kak)
  2. 2 helai daun kari
  3. 4 camca besar cabai mesin/giling (ikut korg nak pedas ke idok)
  4. 2 camca besar tomato sos
  5. 2 camca besar cili sos
  6. 4 camca besar kicap manis
  7. 1 btg Kulit kayu manis
  8. 3 biji Buah pelaga
  9. 2 kuntum bunga lawang
  10. 4 kuntum bunga cengkih
  11. 1 biji bawang merah di mayam
  12. 1 biji bawang besar ditumbuk
  13. Minyak untuk menumis
  14. Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
  1. Perapkan daging yang dibasuh bersih bersama kesemua bahan-bahan diatas kecuali minyak, garam dan bawang yang ditumbuk tadi selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang diperap kedalam periuk.
  4. Tambah sedikit air. Dalam setengah cawan.
  5. Masak sehingga daging empuk. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Dan ready to serve.
Selamat mencuba yer kengkawan.

'Sharing Is Caring'


Publish;
FNiesa


Reactions:

0 comments: