30 May 2014

Kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

AL-FATIHAH....



Seluruh alam di negeri Perak Darul Ridzuan khususnya dan rakyat Malaysia amnya amat bersedih dan berduka cita  menerima berita kemangkatan Sultan Perak Al- Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah pada  tarikh 28 Mei 2014  Jam 1:38 petang -berumur 86 tahun.  Seluruh rakyat negeri ini amat berduka  menerima berita yang amat memilukan hati.


Berita kemangkatan Baginda telah di umum kan oleh Meneri Besar Perak  Dato Seri Zambry Bin  Abdul Kadir Di RTM pada jam 3.30 petang. Al- Marhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari, 28 Mei 2014, dan pengembumian akan diadakan pada hari ini di Makam Diraja Kuala Kangsar. 


Dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan Al- Marhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi. Semoga Allah merahmati Roh Baginda. Al-Marhum Baginda telah menghuembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada jam 1:30 Petang ini bersamaan 28 Mei 2014  Hari Rabu.Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.


Sepanjang Al-Marhum  baginda  menduduki tahta kerajaan Negeri Perak, Al-Marhum merupakan saorang Sultan yang amat tegas didalam melaksanakan undang undang dan sentiasa bersikap adil terhadap setiap permasalahan rakyat dan diambil setiap keputusan setelah semua bukti diterima.


Biodata Al-Marhum Baginda Sultan

Pendidikan

Raja Nazrin Shah Ditabal Sultan Perak Yang Baru


Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu ekoran kemangkatan Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah semalam.

Pengisytiharan perlantikan itu diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang semalam. Istiadat ini dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Sultan Azlan Shah. Perlantikan Raja Nazrin menjadikan baginda adalah Sultan Perak yang ke 35.

Beautiful Family.... DAULAT TUANKU


Publish;
FNiesa



info daripada Google dan suratkhabar online

Reactions:

0 comments: