16 May 2014

All in One (May)

BY Fath_n!e$@ No comments

Hey guys..
Welcome to May. *dh setengah bulan wey, ko baru nak say welcome ker??aptb


Mana tidaknya, dari pertengahan bulan April, pulun dok wat entry berkaitan Ke Seoul Korea Ke Kita bersama teman-teman. Alhamdulillah syukur kepada Allah, semuanya telah dilunaskan dengan jayanya. heee... Makanya, dengan ini bermulalah entry-entry baru. Dah tak der Korea dah. Tunggu next Jeju Island pulak. Untuk kalini, bagi penjimatan entry, semuanya aku taram dalam 1 post saja. Kira halal la yer. Carca merba (eh, btul kot penggunaan perkataan ni kan?) sikit la post kali ni. Mana yang terlintas dulu, tak ikut tarikh yer.

Syukur, alhamdulillah, pada 6hb May 2014, Selasa yang lalu, aku menerima berita dari mommy mengatakan k'ngah dah masuk spital, itupun kebetulan time rehat masa exam Akauntan aritu saya kol mommy. Dan dok petang tu, dalam jam 4 lebih, saya dapat mesej dari BIL aku bagi tahu k'ngah dah selamat bersalin baby girl. Alhamdulillah. Penantian berakhir. Heee. So cucu dan anak buah ke-5 dalam family aku. Welcome to the real world Damia' Bashiirah Bt Shahrulzaidi (DBS). Semoga membesar dengan sempurna, menjadi anak yang solehah dan berbakti pada parents, agama dan negara. Dua lagi anak cousin aku.

 

BTW, untuk kesekian kalinya aku dapat panggilan untuk menduduki exam Akauntan under SPA. Apa yang boleh aku harapkan, semoga akan ada sinar di pengakhirannya. Bila exam? 6.5.2014 yang lalu, di USM Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal, SPS, Penang. 2nd time after 5 yrs ago. Dapat la jumpa beberapa member dari KMP dan uni dulu. Exam dari kol 9.00 pagi sampai 3.30ptg. Tapi aku gerak dari rumah kol 6.50pg smpi 3.00ptg.

Minggu sebelum exam, aku jumpa geng K-pop, Hanim, Lulu dan Ina. Heee. Jumpa untuk ambik kad kahwin Yati dan untuk berikan kiriman memasing dari Korea. 
Last week, 11/5/2014 aku dapat invitation Malam Gemilang Kepala Batas, dinner. So aku bawa cousin aku sebab kad free 1 satu ada pada aku. MGKB ini dihadiri oleh VVIP seperti TYT Tun Abbas bersama isteri, Tun Abdullah bersama isteri dan Tun Abdul Hamid bersama isteri serta beberapa lagi tokoh-tokoh Kepala Batas. MGKB ini dianjurkan bagi memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh gemilang dan terbilang.


Masa cuti labor day hari tu, aku hang out dengan BFF aku, Aishah. Kebetulan dia balik cuti sehingga hari ahad. So hari Sabtu, seharian aku keluar dengan dia. Dari SP sehingga ke Sunway. Dia belanja aku makan Indulgance cake dari SR. Yummy! My favourite.


Shawl from Korea - Namdaemun
 Okeylah, sampai sini dulu la yer. Aku nak sambung wat kerja.

Wallahualam.

Publish;
FNiesa

Reactions:

0 comments: