17 April 2014

Travelog : Ke Seoul Korea Ke Kita (Departure)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Jumaat, 4hb April 2014
4.00pm

Bismillahirrahmanirrahim.
Bermulalah perjalanan seorang backpacker dari rumah, Musafir di angin lalu.
Pagi hari ni half-day. Walaupun dah takl berapa semangat nak keja, tambahan semua kerja-kerja telahpun diselesaikan dan dah di hand-over to my staff, Akma, gigihkan diri jua untuk datang.

Bertolak dari rumah pada jam 4.00 petang. Sebelum keluar, aku solat sunat musafir dahulu sebelum memulakan perjalanan. Sebelum ini aku tak pernah nak buat solat sunat musafir, tapi dengan apa yang dah terjadi pada MH370, ianya memberi kesedaran pada diri aku. Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan, aku berdoa agar perjalanan aku yang baru bermula sehinggalah kembalinya aku ke tanah Malaysia sentiasa dalam perlindungan Allah dan dipermudahkan. 

Syukur alhamdulillah, perjalananku ke Penang International Airport berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kesesakkan lalu lintas. Dalam jam 4.45 petang aku tiba di PIA. On the ke kaunter untuk check-in luggage, aku singgah dahulu di Money Changer yang terdapat di PIA. Seriusly, JANGAN TUKAQ di AIRPORT. Diorang akan ambik rendah duit kita. Ini kes, last minute, padahal survey dah pun dibuat awal. #aptb. Di MC Sunway, 1000KW = RM3.17, Tetapi di airport 1000KW = RM3.61. Arghh!!! Rasa nak menjerit jer. Hurm, isokay, just tukar RM500.00 saja dahulu untuk bayar duit hostel.

Selesai urusan tukaran duit, aku terus ke kaunter untuk check-in luggage. 3 hari sebelum, aku telahpun settle untuk web check-in, so, masa yang diperlukan hanyalah 5 minit saja. Selesai check-in luggage, aku ke surau untuk solat Asar bersama bonda. 

Jam baru menunjukkan 5.15 petang. aku ajak bonda lepak di KFC dahulu. Tea-time bersama. My lil.bro. lepak McD. Lagi pun bonda tau aku tak makan McD. Kitaorang stay di KFC sambil pekena hot tea dan nugget and fries. 

Jam dah menunjukkan 6.00 petang. Calling time lagi 20 minit. Seperti biasa, aku ke toilet dahulu settlekan apa yang patut, sementara bonda menunggu beg aku. Aku mula masuk jam 6.20 petang. Sebelum tu, aku mohon ampun maaf dari bonda dahulu. I know ada kejernihan di mata bonda. Biasalah ibu mana tak sedih bila anak perempuan dia nak pergi somewhere. Tak tau apa akan jadi. Selamat ke tak. Tapi aku pasti, doa mom sentiasa bersama aku.

Sebelum aku masuk, mom sempat berpesan, jangan seronok sangat. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. Jangan lupa solat. Jaga makan. LOVE YOU MOM....


Bonda tunggu sampaila aku settle procedure di kastam dan sehingga hilang dari pandangan. Aku mengambil tempat di ruangan menunggu dan menara tinjau. Dah ramai yang menunggu. Jam menunjukkan sudah 7.00 malam. Tetiba announcement dibuat mengatakan flight AK 6119 delay 20minit. Always like that. 

My cousin der komen di FB mengatakan di area KL/Sepang hujan lebat. Ooo, patutlah delay. Aku mesej bonda, seperti biasa, mom tenangkan aku. Bukan aku mengelabah, just nak inform mom jer, nanti takut dia tertunggu-tunggu plak kenapa aku tak mesej untuk inform sampai di LCCT nanti.

7.30 malam, Calling time. and flight ready to take off 7.45pm.


Aku sampai di LCCT pada jam 8.45pm. Sementara itu aku menunggu luggage dan settlekan tukaran duit lagi RM1,500.00 sebelum lepak menunggu Aishah di Surau LCCT. Aku solat jamak takhir dan sempat membaca Yaasin sekali. Alhamdulillah.

Dalam jam 10.00pm Aishah pun sampai di Surau. Dengan masing-masing punya luggage, kitaorang decide untuk check-in luggage dahulu. Mujurlah kaunter bukak awal. Kami ke kaunter luggage yang akan ke international flight pulak.

Selesai urusan check-in luggage, kita orang decide untuk lepak di McD plak sementara menunggu calling time. Untuk flight international, kena 3 jam awal check-in. So, pastikan korang awal. At least tak ler apa-apa masalah dikemudian hari. Pastikan passpot korang sentiasa ada k dan senang untuk diambik. Jangan plak g buh dalam luggage tu, tak ke haru.

Memasing lapar tahap gaban. Aku seperti biasa Chicken Mcnugget la. dan coffee panas. Jam 12.00am kita orang mula bergerak ke departure gate.



Bye-bye Malaysia. We gonna miss you.
Flight dari KUL-ICH jam 1.00am, 5hb April 2014, Saturday.
Settle urusan cek hand luggage di imegresen, kami singgah dulu toilet. Again???
Well, clear kan apa yang dimakan tadi maaa.
Ramainya lahai warga Malaysia yang akan ke Seoul.
Flight Air Asia X.
Flight No. : D7 506.

Okaylah, sampai di sini dahulu yer.
Nantikan next entry. Arrival Time.


Publish;
FNiesa

Seoul, Korea 
4th April 2014, Friday 






Reactions:

0 comments: