15 April 2014

Travelog : Ke Seoul Korea Ke Kita. (Preparation Part 1)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , 2 comments

Holla...

Assalamualaikum everyone.
Annyeahosayoo...

Alhamdulillah, dah 3 hari balik Malaysia. Oh Malaysia tanah airku.
Serius rindu. 
Rindukan makanannya yang pelbagai.
baru 4 hari kat sana, rindu tahap gaban wey.
Salute lah pada student-student Malaysia yang berada di perantauan dan di dalam kelompok yang Islamnya hanya minoriti.
Pelbagai pengalaman berada di Seoul, Korea telah kami pelajari.
Pengalaman itu memberikan kami semua panduan hidup dan cabaran di hadapan sana.

Oklah, cakap banyak pun tak guna, moh ler saya share-share sedikit info dengan korang semua.

Untuk pengetahua korang semua, aku beli tiket flight ni masa hari Isnin bulan December 2013. Kalau ikutkan planning nak g last year jugak 2013, tapi ada sedikit kekangan. Senang cite, saving tak cukup lagi. Mula reekey-reekey tempat dan baca blog2 since September 2013. Pastu senyap jer.

Mungkin harga tiket flight korang leh dapat lagi murah dari aku. Aku nyer tiket flight RM 988.00 for return tix. Ni turun di Incheon Int. Airport. Tapi 2 lagi member aku, turun di Busan. Diorang pergi lebih awal dan balik lebih lewat dari aku. Diorang 13 hari, aku dan Aishah 8 hari. Tapi aku der gak baca, der yang lebih dapat lagi murah. maybe ikut season kot. Aku gi dari 4/4/2014 sampai 12/4/2014, 8 hari. Spring Season.

RM988.00 ni dari KL-ICH. Tu tak termasuk lagi yang dari PNG-KL. Yang tu saja RM198.00 for return tix. Quit cheep right?

Selepas tix flight dibeli, penambahan ilmu pun bermula. Blog sini sana di belekku, prepare itinerary, revised itinerary, list kan makanan yang perlu dibawa setiap orang, download App. Jihachul Subway dari Play Shop, study macm mana nak gunakan that apps, check weather di sana dan juga check time solat mereka.


Kanan : ni aku shopping minggu terakhir b4 fly. Travel toiletries.
Kiri : Jadual solat. Just google.

Weather ni untuk siang jer. Malam Sejuk Ya Robbi. Ada gak sampai -ve 2


Sorry, malas nak rotate...Ni la senarai makanan :)
Tadaa.... Stok-stok makanan dan glove, wet tissue
Ni penting gak untuk orang yang suka selfie macam aku. Senang wey kalau nak tangkap sendiri tanpa bantuan orang lain. Monopod ni sampai malam hari nak fly.
I'm ready!!!!

Untuk pengetahuan korang, rasanya 4 kali kot aku tukaq beg. Hahaha...Nama jer backpacker, alih-alih malas nak bawa bila memikirkan berat. Arghh! lantak pi. 

Tips :
  1. Shopping jer produk dari Brahim, Alif dan Ayam Brand
  2. Bawa beras.
  3. Masak sendiri
  4. Bawa snek pek yang kecik-kecik tu, supaya boleh di bawa ke mana-mana saja. Leh makan dalam subway or metro.
  5. Please make sure korang bawa stok wet tissue banyak-banyak. Diorang toilet tak der air. Just dekat sinki jer.
  6. Bawa tupperware kosong untuk isi makana dan botol kosong kecik untuk isi air.
  7. Please make sure bawa lip balm, atau pun veseline.
  8. Bawa baju sejuk juga untuk spring season. Still sejuk sebab peralihan cuaca dari Winter ke Spring.
  9. Don't forget to bring glove. Malam sangat sejuk.
  10. Minyak panas + stokin jangan dilupakan
  11. Untuk perjalanan harian, better guna sport shoes.
  12. Jangan lupa pakai legging sebelum memakai jeans.

Budget :
  1. Flight Ticket KL-ICH = RM988.00
  2. FLight Ticket PNG-KUL = RM198.00
  3. Shopping stok-stok makanan = RM150.00
  4. Baju sejuk = RM79.00
Total Budget before fly = RM1,415.00

So, aku akan bagi budget ikut harian ok... At the end of the story, i'll combine all this things. Ok guys?

Salah satu cara xnak kasi aku lupa.

Ok guys, sampai sini dulu entry part 1, preparation. Next entry, aku akan kongsikan iternerary aku dengan korang. So leh ler korang jadikan sebagai panduan.

Publish;
FNiesa

Seoul, Korea 
3rd April 2014, Friday









Reactions:

2 comments:

Maksue said...

bagasi tu semua bwk naik ke atau masuk bagasi? terfikir2 nak bwk stok makanan tu handcarry ke bawak naik je... malas pulak nak beli utk luggage brg makanan tak byk

Fath_n!e$@ said...

Maksue, selalunya makanan yg dalam tin tak lepas. better refer balik rules and regulation brg2 yang boleh d bawa masuk cabin. mcm saya, saya mmg bw luggage dan masuk cargo. mmber sy haritu pun dia letak dalam cargo, nnti takut tak lepas. tp kalau yang dalam kotak semua tu ok rasanya. cuma yang dlm tin takut tak lepas. diorang kan ada limit smpi 70 ml jer utk cecair...kalau setakat beras, roti semua tu ok ja. xyah ambik luggage