25 April 2014

Travelog : Ke Seoul Korea Ke Kita (Day 3 - Nami Island)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , , , , 4 comments



Seoul, Korea
7th April 2014, Monday

Tempat yang dilawati :
  1. Nami Island
  2. Cheonggyecheon Stream
  3. Dongdaemun Market
Directions to Nami Island

  • Myeongdong Station(Seoul Station Line 4)
  • Transfer at Ichon Station(Seoul Station Line 4 & Jungang Line)
  • Transfer at Sangbong Station(Jungangl & Gyoung Chun Line)
  • Gapyeong Station(Seoul Station Line Gyoung Chun Line)
  • From Gapyeong Bus Terminal or Gapyeong Station, take a taxi to Namiseom parking lot. (Travel time: 10-15min)
  • Take the ferry from Namiseom Dock to Namiseom Island. (Travel time: 5-6min)
Breakfast dulu sebelum perjalanan bermula

Bagi hari ke-3 di Seoul Korea, kitaorang decide untuk ke Nami Island. Semua orang tahu al-Kisah Nami Island ni. Betul tak? So saya malas ler nak story pepanjang. Gambar-gambar dibawah ni akan menjawab setiap persoalannya. 


Korang jangan plak ingat, bila sampai-sampai jer dekat Gapyeong Station tu, itu adalah Nami Island yer kawan-kawan. Tidak!!!!

Gambar dulu di Gapyeong Station

Korang kena ambik teksi dulu depan station tu. Ada keta Sonata, kereta proton jer tak der kat sana. Ha! 1 more thing, apa yang aku nampak, rakyat Korea ni pendokong utama produk-produk mereka. Kalau dalam train tu, Samsung jer la yang mereka hadap. Kereta Hyundai merata-rata. Mereka sukakan kereta yang besar-besar. Gaji depa sure besar-besar juga. Terfikir-fikir juga aku, berapa yer gaji minimun mereka. GST mereka baru 10%. Malaysia lagi tinggi, 6%. Sebab tu mereka protes sini sana. New Zealand lagi murah dari Malaysia GST yang dikenakan. Baru 15% jer. Kan??? Korang fikir-fikirlah sendiri. Kalau dah rasa Malaysia ni GSTnya yang 6% tu tinggi segala-bagai, silalah ke NZ ke, Korea ker. #aptb

Di Namiseom ock
Ok, berbalik pada Nami Island ni, tambang mereka serius aku cakap, murah jer untuk 1 kereta bagi ke Namiseom Dock. KRW3,200. Kalau balik kena KRW3,100 saja.


Sampai saja Namiseom Dock tu, sila dapatkan dahulu tiket ferry nya. Hanya KRW8,000 saja untuk return tix yer. Last ferry dari Nami Island jam 9.00 malam (WK). Berbangga seketika, bila mana ada bendera Malaysia berkibar megah dari ferry berkenaan. Dalam 10-15 minit juga ler untuk sampai ke Nami Island. 


Excited tak hingga, sampai-sampai terus bergambar sini sana. Padahal baru kat entrance saja. Perjalanan jauh lagi. Setelah puas bergambar di entrance, kitaorang berjalan kaki ke bicycle center untuk menyewa basikal. Kita orang sewa 1 jam saja untuk pusing-pusing pulau Nami. Kitaorang sewa 2 jenis basikal. 1 basikal untuk 2 orang, lagi 2 basikal single punya. Basikal single dikenakan caj bagi 1 jam sebanyak KRW3,000 dan untuk yang double KRW5,000.

 
 
 

Kitaorang ronda 1 Nami Island dahulu. bergambar sini sana untuk 1 jam. Selepas 1 jam, kitaorang barulah berjalan kaki. Bergambar di tempat-tempat yang hotzzzz.

 

Korang jangan risau. Musollah ada disediakan di Nami Island. Alhamdulillah. Di mana? Haaa berdekatan dengan library. Makanan halal pun ada. 


Untuk musollah, dia terletak di tingkat atas 1 bangunan dengan library. Actually, library ni pun bukan ler besar sangat. Dalam shop lot jugak. Bersebelahan dengan playground. Kalau playground tu berada di tengah antara bicycle center dengan 1 deretan kedai, deretan kedai itulah yang ada musollah. Kitaorang solat jamak terus memandangkan Nami Island jauh dari Myeongdong. 

Library


Usai selesai bersolat, kami menikmati makanan tengahari kami di kedai yang ada menjual makanan halal. Pastikan korang mencuba "Dosirak" ataupun namanya Nasi Goncang. KRW5,000 saja 1 bekas. Kitaorang juga order kimchi pancake yang harganya KRW8,000. Air, FOC saja. 


Kedai ni terletak di sebelah kiri surau. Korang keluar dari surau, korang menghala ke kiri kedai. Dekat dengan air terjun. Dan kalau korang tengok pada menu, Dosirak tak der kat situ. Terus jer minta Dosirak. 


Perut dah kenyang, kitaorang pekena aiskrim pulak. Sedap, hanya KRW2,000 saja. Sejuk-sejuk, makan benda yang sejuk, pergh!!! nyaman. Lepas tu sambung bergambar lagi. 

Pukul 6.00 petang, kitaorang baru gerak balik ke jeti. Kitaorang tak terus balik ke Myeongdong, sebaliknya kitaorang singgah ke Cheonggyecheon Stream dan ke Dongdaemun Market.



Kami meneruskan perjalanan ke Cheonggyecheon Stream. Di sini, korang boleh menikmati keindahan malam. Ada laser show. Actually, kawasan ni macam Sungai Klang jerss. Bahahaha... Cuma mereka jadikan terusan sngai ni sebagai satu daya tarikan pelancong. Ada juga pesta lampu. Tapi tu dalam bulan March. Kami menyusuri sepanjang sungai ni untuk ke Dongdaemun Market.

Dalam kepenatan, kitaorang singgah bergambar dahulu dekat KBS studio. Heee
 

Penat sey!! Tipa tertipu. Penat berjalan. Dalam 1 jam juga lah untuk sampai ke Dongdaemun Market ni. Argh!!! Tension. Kalau tau jauh sebegitu, aku dah naik train awal-awal. Dengan sejuknya, hanya Allah saja yang tahu. 


Selepas 1 jam berjalan, akhirnya kami sampai jua di Dongdaemun Market. Shopping bawah tanah wey.If tak salah aku, sebanyak 5 shopping complex dibuka sehingga jam 5.00 pagi. Korang ingat tak der orang ker nak shopping awal-awal pagi. Ramai sey. Murah. Kitaorang shopping apa? Stokin. Kehkehkeh., Aishah sambar baju sejuk yang cantik. Serius cantik. Harga yang diberikan KRW69,000 selepas aku bargain, dapat ler KRW63,000. Jenuh. Stokin kitaorang beli 11 pasang dengan harga KRW10,000.

Sebelum shopping,  kitaorang pekena coffee panas dulu di tingkat atas market.



Okey lah. sampai sini dulu rasanya entry bagi hari ke-3 kitaorang. 

Jumpa lagi di next entry ok. Ke mana kita? Tunggu.

Wallahualam.

Publish;
FNiesa

Reactions:

4 comments:

maisa meisya said...

salam..klau dari sanbong nk ke gapyeong station..ade dua train kn,satu itx dan satu lg train biase?train biase tu gune tmoney ke bli tket len?thanks kak..

Fath_n!e$@ said...

https://plus.google.com/114433194971225114571

wslm. aha yer....naik train yg kita naik. bukan ITX. sebab ITX kena beli tiket lain dkt kaunter dia. dkt seoul station. train biasa mmg semua guna tmoney sj....cuma yg leceh kena berjalan byk la bila kena transfer dr 1 station ke 1 station...jgn lupa upload Apps. subway diorg. sgt membantu

Anonymous said...

Assalamualaikum
Kalo dari nami island ke cheonggyecheon stream tu naik ape? Subway ke itx?
Jauh ke jalan sampai dongdaemun tu?
dekat tak dongdaemun market tu dengan dongdaemun design plaza?
hehehe sori bnyak tanya lak

Fath_n!e$@ said...

Waalaikumussalam. Naik ITX lg cepat from stesen kt nami island u. then turun seoul station, ambik subway turun trus dongdeamun. tp kalau nak jalan kaki dr cheonggycheon ke dongdeamun, blh masuk walkaton dan menang la...jauhhhhh...kitaorg tak tau, jalan punya jalan smpi sakit kaki. tp tak rugi sebenarnya jalan kaki, coz memalam ada light/laser show dkt terusan tu..jalan jer terussss.....sampai nmpk signboard ddmun. yups, DDP sblh saja....3 shopping complex besaq bukak smpi koi 5 pagi...dont worry..cuma tenaga jer ada atau pun tak